Puas hati sangat dengan servis J&T courier.. Dah beberapa kali, k.fiezz shopping kat shopee, k.fiezz pilih J&T untuk pilihan penghantaran dan setakat ni k.fiezz x de masalah penerimaan barang melalui J&T.. So far so good la omputih cakap.. terbaik la J&T..Keep up the good work..

HARI-HARI SHOPPING kat SHOPEE SEBAB ADA J&T

Macam ni suka la k.fiezz ni hari-hari shopping kat shopee..nak cari barang je, pilih shopee..hehe..sebab tahu ada pilihan penghantaran selain dari Pos Laju...

Bukan k.fiezz anti plak Pos Laju tau cuma kalau yang tahu & selalu terjah blog k.fiezz ni, tahu la citer yang pejabat k.fiezz ni tak boleh terima barang personal melalui Pos Laju..sebab Pos Laju akan hantar barang-barang ni pada bahagian pentadbiran untuk staff-staff kat Kementerian ni..dan sebab lambakan barang yang banyak sangat, bahagian pentadbiran keluarkan memo/arahan PENERIMAAN BARANG PERIBADI MELALUI POSLAJU TAK DIBENARKAN..dan sejak tu la k.fiezz slow sikit shopping secara online terutama shopee...

tapi tapi sejak-sejak Shopee dah ada pilihan penghantaran selain dari Pos Laju, ligat la k.fiezz bershopping online semula...

KOS POSTAGE LEBIH MURAH DENGAN J&T

Dari yang k.fiezz perhati,  kos postage pun murah sikit J&T berbanding yang lain mcam poslaju, DHL.. 

www.fiezasani.xyz

Barang di terima dalam keadaan elok... 

www.fiezasani.xyz

Terima lagi barang melalui J&T...yeayyy..barang diterima dalam keadaan elok....

so J&T please keep up the good work..

1 Comments

  1. Bila shopee buat pilihan selain Pos Laju memang memudahkan.. J&T ini Ahad pun dia hantar barang..

    ReplyDelete