Total Pageviews

Dapur FiezaSani - Sambal Ikan Bilis Petai

12:31

Nyummy..dapat lauk Sambal Ikan Bilis Petai ni, tak pandang lauk lain dah..betui dak...k.fiezz baru dapat resipi ni dari mr hubby..Resipi ni dari You Tuber - KCHUP..you tuber yang terkenal ni..tak tau la korang kenal ke idak..kalau nak kenal, boleh la cari kat You Tube, cari je KCHUP ni..banyak dah video2 dorang buat...Video review makan paling top kalau tak silap k.fiezz...Ramai follower dorang ni...K.fiezz kenal KCHUP ni pun melalui mr hubby..sebab kenalan game dia...Dorang ni main game ARMA sesama..kira mr hubby kenal KCHUP melalui kumpulan game ni la..

Lepas mr hubby yang introduce KCHUP ni pada k.fiezz, rajin gak kenkadang k.fiezz melayan video-video dorang...

Bulan puasa yang lepas ni, KCHUP tak buat apa-apa review makan sebab bulan Ramadhan..Dorang buat video masak2 plak..So k.fiezz memang mencari menu yang simple2 je..malas nak renyah banyak keja kat dapo...Mr hubby share pulak video ni..hah, cun sangat la...

Meh kita masak Sambal Ikan Bilis Petai

BAHAN-BAHAN 

www.fiezasani.xyz

*Ikan Bilis
*Minyak
*Petai (Belah/potong dua)


(Panaskan minyak dahulu..Pastikan minyak betul2 panas, baru masukkan ikan bilis untuk digoreng...Goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan dulu)..kita beralih untuk masak sambal tumis dia pulak)...


BAHAN TUMIS 

*Bawang Merah (Kisar)
*Bawang Putih (Kisar)
*Cili Merah (Kisar)
*2 Sudu Besar Cili Kering (Kisar)
*Asam Jawa
*Garam
*Gula


(Kisarkan bawang merah, bawang putih & cili merah dahulu. Pas tu panaskan minyak, guna je minyak yg sama goreng ikan bilis tadi..Tumis 3 bahan kisar ni dulu sampai cili merah betul2 masak atau warna bertukar kepada merah gelap atau pekat sikit..Bila dah nampak masak, baru masukkan cili kering kisar. Gaul sekata dan biarkan sampai naik minyak. Lepas tu baru masukkan petai beserta sikit asam jawa. garam sikit, gula sikit..dan kacau-kacau, kemudian baru masukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi..Kacau-kacau bagi sekata & biar jap smpai sambal kering...and lepas tu it's DONE..)

You Might Also Like

8 Comment

  1. Sambal ikan bilis tu memang dah buka selera tapi tuhlah petai tu saya kureng

    ReplyDelete
  2. sambal bilis petai. sedapnya

    ReplyDelete
  3. sedapnya. dah lama saya tak buat hidangan ni. thanks bagi idea nak maasak apa petang ni =))

    ReplyDelete
  4. sedap fav suami saya. saya suka bilis tu di goreng. asben pulak xsuka hehe..

    ReplyDelete
  5. baru je cerita ttg petai di blog tadi dah ada resepi petai.. nak masak sambal gak laa

    ReplyDelete
  6. Sedap part sambal n ikan bilis tu, part petai I tolak tepi ... Dulu bila BFF saya bawa balik sambal petai, petai tu mrs pip tolak tepi, sambal tu of coz la makan ... Sedap wei..

    ReplyDelete
  7. Sedapppnya Rabia suka mkn petai jugak

    ReplyDelete