Alhamdullilah..semalam k.fiezz terima surat pengesahan kenaikan pangkat dari gred N19 ke N22 bagi jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat...Tahun lepas masa bulan November ni k.fiezz memangku gred N22 ni..So dah dapat surat ni official k.fiezz gred N22..Lepas ni nak tulis jawatan sambil flip hair, iolls tulis 'gred N22'..hehe..motip sangat kan..pdhal besa-besa je gred k.fiezz ni...

Alhamdulillah..rezeki hujung tahun..kebetulan rumah k.fiezz & mr hubby yang kat Semenyih tu pun ada orang berminat nak sewa..Kalau rezeki, jadi la orang tu sewa..orang yang nak sewa tu dah hantar perjanjian pada syarikat dia sebab kalau jadi ni, syarikat yang akan bayar sewa bulanan..Dengan sewa yang ditawarkan tu dia okey je..terpulang pada syarikat..tak pe la..kalau rezeki, alhamdulillah sangat...bak kata mama (MIL k.fiezz), rezeki bertimpa-timpa..k.fiezz Aamiin kan je...

okey, berbalik pada tajuk..kenaikan pangkat ni satu pencapaian kerjaya yang k.fiezz rasa membanggakan..Kebiasaan gred k.fiezz ni susah nak naik pangkat..kalau nak naik pangkat kena tunggu 13 tahun baru ditawarkan..k.fiezz baru 11 tahun berkhidmat, dah naik gred..jadi memang rezeki sangat...


www.fiezasani.xyz

Kembang kempis hidung masa terima surat ni semalam..haha...post kat FB..ramai wish tahniah...tantiu uolls...

tips untuk cepat naik pangkat - buat kerja dengan jujur & suka dengan kerja kita..hehe...cliche jawapan tapi tue la tips nya....

6 Comments