Shopee Campaign. Payday Sale 26-28 February 2018
Hi korang..kak fiezz nak war-warkan untuk yang suka shopping kat website SHOPEE, jangan lepaskan peluang promosi sempena HARI GAJI..uwaaa..ni untuk orang swasta la..org gomen dah gaji awal bulan baru ni..gaji bulan Mac lambat lagi weiii..kitaorang yg gomen ni cuci-cuci mata je la dulu..So korang yang keja private & gaji dah otw masuk dalam akaun tu, boleh la grab kempen shopee yang menarik ni...
Shopee, platform
e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari
Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh kesukaan membeli-belah pengguna semasa tempoh terima gaji. Pengguna Shopee boleh
menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini,
termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk
promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee
yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan.
“Tahun lepas, kami
mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi
sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan.
Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan
tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak
aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
Pada masa yang
sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan
tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul
12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam
hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk
pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular,
diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya,
pemindahan bank.
Berikut merupakan
kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji:
No
|
Kategori
|
Kategori
Kecil
|
1
|
Mobil & Gajet
|
Sarung & Pelindung; Audio; Bank Kuasa
& Bateri
|
2
|
Kesihatan & Kecantikan
|
Produk Kecantikan Kulit; Makanan Tambahan;
Berus & Peralatan Solek
|
3
|
Permainan, Kanak-kanak & Bayi
|
Fesyen Kanak-kanak; Permainan &
Pendidikan; Perkakas untuk Makan & Penyusuan
|
4
|
Pakaian Wanita
|
Baju; Pakaian Dalam & Pakaian Tidur;
Gaun
|
5
|
Perabot & Perhiasan Rumah
|
Hiasan Dalaman; Tempat Menyimpan untuk
Dapur; Kelengkapan Bilik Tidur
|
*Sila rujuk infografik dilampirkan
Shopee akan
memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen
bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama
terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi.
Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh
menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih
termasuklah Mobil & Gajet ; Kesihatan & Kecantikan ; Permainan,
Kanak-kanak & Bayi; Perabot & Perhiasan Rumah; Perkakas Rumah; Barang
Runcit & Haiwan Peliharaan; Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki. Shopee turut
bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation,
XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar
Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale
akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan
pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad,
hingga kehabisan stok.
Sepanjang kempen
ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26
Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling
Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai
RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh
menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee
sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000
termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas
Dyson.
Untuk maklumat
lanjut, layari www.shopee.com.my.
Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.
Mengenai
Shopee
Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara
dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna
pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan
pembayaran dan logistik yang kukuh.
Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan
menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan
produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah,
kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan
kecergasan.
Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura
sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia,
Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital,
eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan.
Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan
kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New
York (NYSE) dengan simbol SE. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shopee.com.my
Untuk sebarang pertanyaan media, hubungi:
Paris Ashiqin (Cik)
Pegawai Kanan
Pemasaran, Perhubungan Awam
Emel: paris.ashiqin@shopee.com
Tel: +6010-4079948
Vanessa Tan (Cik)
Go Communications
Sdn. Bhd.
Emel: vanessa@gocomm.com.my
23 Comments
casing phone tu tiap hari sha cari hahaha, shopee ni geram betul dengan dia haha
ReplyDeletecasing phone tu lawa..aish geram pulak tgknya
ReplyDeleteJarang tau tengok shopee ni kejap kejap xD
ReplyDeleteHadoii..tak kuat betul dengan godaan
ReplyDeleteJom Shopeeing kak fizz. Ana tinggal nak chexck out je ni. Tggu kempen tu on ana terus byr. Haha
ReplyDeleteGodaan shopee menjadi-jadi lately...aduh....kena scroll la nt apps dia
ReplyDeleteSana sini citer pasal shopee. Best nya kalau boleh shopping.
ReplyDeleteKak Sue pun terjebak dah dengan Shopee nie tau, tengah tunggu barang sampai ja nie..
ReplyDeleteadui.. asyik nampak iklan shoppee je dah ni.. memang kena shopping jugak ni.. haha.. tunggu penuh bakul dulu baru checkout.. hehe
ReplyDeleteCampaign pay day! Wowwee! Siapa dah payday bolehlah shopping.😁
ReplyDeleteGodaan betul. Sana sini buat promo macam2. Rabak lagilah kocek bulan ni. Tihihi!😝
ReplyDeleteAlah ni buat geram ni. Promo best plak dari Shopee. Ni rasa terpanggil untuk shopping ni.
ReplyDeleteBest sangat shopping kT shopee...sis pun dh shopping..tadi baru je sampai 1 barang
ReplyDeleteBest sangat shopping kT shopee...sis pun dh shopping..tadi baru je sampai 1 barang
ReplyDeletetahniah shopee
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteShopee nih bab koyakkan poket org no 1 kan...hahaha
ReplyDeletegov dah gaji awal..ni msti nak tarik yg swasta join sama hihi..xapa..smua brgan shoppe berbaloi..xrugi kann
ReplyDeletejemput singgah di entry yg sama hihi
http://www.opzzpinky.my/2018/02/nikmati-18-pulangan-tunai-sempena.html
Godaan betul la hehe.. nasib baik mampu bertahan
ReplyDeletetapi cemburu la pula tengok ramai yang post barang dah terima sempena shopping hari gaji ni huwaaaaa
DeleteFuh fuh ada jugak benda Yana shopping kat Shopee nie.. Murah kottt
ReplyDeleteFuh fuh ada jugak benda Yana shopping kat Shopee nie.. Murah kottt
ReplyDeletehaha semua pon terjebak dengan sale shoppee kali ni nampaknya
ReplyDelete