Fuhh..fuhhh..berabuk blog tak hapdate beberapa hari..tuan blog cuti rehat..saja release tension..tak gi mana pun..ada je duk kat rumah..saja nak feeling2 surirumah sekali sekala..ahaks!!syok weiii duk rumah..tapi tue la bila duk rumah..nak bukak laptop pun malas..bukak fb pun guna phone je..nak update blog guna phone, tak feeling nak taip entry..kena ngadap laptop atau pc gak...So cuti haritu fefeling surirumah..kena la masak kan..Menu utama sup tulang..aku pernah share resipi kat sini dulu..Korang boleh check it out kat SINI..menu sampingan, nak pedas2 sikit..aku buat Ikan Bakar simple ni..Ikutkan menu ni ada guna aluminium foil tapi rumah aku tak pernah aku beli menda alah tu..aku buat ikan bakar ala2 ikan sumbat gitu..sambal dia aku sumbat kat tengah2 perut ikan tu..jadi la ikan bakar ala ikan sumbat..tak susah style aku..guna apa bahan yang ada kat rumah...

Bahan-bahan:

www.fiezasani.xyz
Bawang Merah, Bawang Putih, Halia, Serai


Stok Cili Kering yang dah siap di kisar

Sedikit jus limau


Bahan2 kisar dicampur dengan beberapa sudu cili kering kisar sebelum ditumis..

1-2 ekor ikan(aku guna ikan kembung je)
2 biji bawang merah*
3-4 ulas bawang putih*

1-2 batang serai*
Kunyit Hidup atau serbuk kunyit* (masa ni aku lupa buh dua2)
Halia*
3-4 sudu cili kering yang sudah diblend (boleh tambah kalau suka pedas)*
Air asam jawa
Garam
1 sb madu(optional) [aku ganti dengan gula]

Cara-cara:


Kisar semua bahan yang aku tanda kuning tu..Lepas tu tumis didalam kuali, masukkan gula/madu, garam & air asam jawa(tak perlu banyak²). Agak2 sedikit mendidih boleh tutup api tak perlu garing sangat.


Aku guna Pemanggang Ajaib ni..Sumbat sambal kat bahagian tengah ikan & balance sambal aku curahkan kat atas ikan(boleh juga perahkan jus lemon/limau diatas ikan) & kalau yang ada foil aluminium, bungkus rapat2..Lepas tu tutup pemanggang ajaib ni & sedia untuk masak...

Rupa kejadian guna pemanggang ni selepas di masak..Ikan Bakar ala-ala ikan sumbat gitu..Kalau guna foil aluminium, lagi sedap sebab boleh ratah sambal dia tu..sedapp..Next time, kena beli foil aluminium tu...

Resipi Asal Ikan Bakar ni, dari www.kongsiresepi.com

3 Comments

  1. Replies
    1. memang sedap pc..bertambah makan..sedar-sedar 2 pinggan..haha

      Delete
  2. Mudahnya.. TQ sharing resepi yang mudah nie..
    nanti boleh Sha cuba..

    ReplyDelete