Lama tak share hasil masakan aku..so hari ni nemandangkan aku cuti sebab baby besar a.k.a mr hubbyku tak sihat (berjangkit ngan aku..hehe) so harus ler memasak..mr hubby request Sup Tulang sebab dia kan selsema..sesuai ler menu tu dengan org tak baper nak sihat..Ni ler resipinya..tapi resipi ni,ada sikit-sikit aku amend..

SUP TULANG

resipi asal : K.Nor@SecubitGaram 
                   tapi aku amik dari Potret Kasih
Bahan:
*1 kg tulang lembu
*3 biji bawang merah – dimayang halus (2 biji bawang besar)
*1 ulas bawang putih – dimayang halus  (4 ulas bwg putih)
*2 in halia diketuk
*1 rempah sup bunjut &1 peket rempah sup serbuk (kecil)
*1 1/2 sudu besar lada hitam – ditumbuk
*3 biji ubi kentang 
*garam dan gula secukup rasa
*1 btg celery jika suka – tak letak
*1 kiub pati ayam 
*air secukupnya
*daun bawang dan daun sup
*3 biji cili padi - saja letak,nak bagi pedas sikit

bahan penumis :
*5 kuntum bunga cengkih
*3 biji buah pelaga
*1 btg kulit kayu manis
*1 kuntum bunga lawang

Cara-cara
1)Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih  dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.

2)Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang.. (yang no.2 ni,aku skip..maksudnya aku tak keluarkan bhg.berminyak kat permukaan air rebusan tulang & masuk dalam peti ais.bila daging dah agak2 masak,aku terus ke step no.3)

3)Masukkan rempah sup bunjut/rempah sup serbuk, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.

4)Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).

5)Masukkan celery jika ada, cili padi dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak leh empuk kan.. hehe)

6)Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah daun bawang dan daun sup.

tadaaaa..siap untuk dimakan.nyum,nyum cedappppp..


7 Comments

  1. Hari ni pun sy masak sup tulang gak.. Sama. hari tu pun sama gak kan, mee rebus...:)

    ReplyDelete
  2. Hari ni pun sy masak sup tulang gak.. Sama. hari tu pun sama gak kan, mee rebus...:)

    ReplyDelete
  3. Hari ni pun sy masak sup tulang gak.. Sama. hari tu pun sama gak kan, mee rebus...:)

    ReplyDelete
  4. Hari ni pun sy masak sup tulang gak.. Sama. hari tu pun sama gak kan, mee rebus...:)

    ReplyDelete
  5. Sizuka:sama lagiiii..hari tu pun sama jugak..eh,eh, cam boleh baca pulak pikiran msg2.. :-)

    ReplyDelete
  6. salam...

    kalau x sihat mmg sedap mkn sup tulang ni ;)

    salam ramadhan, semoga ramadhan kali ini akan memberi seribu rahmat kepada kita semua :)

    maaf di pinta andai ada tersalah bicara.

    ReplyDelete
  7. Syira : salam..betul tu,kalau tak sihat mmg sup ler yg dicari..btw, salam ramadhan juga buat Syira & famili.. :D

    ReplyDelete