Selepas mencuba produk Cosmoderm 2x dan hasilnya aku tidak serasi dengan cosmoderm..huhu..Aku tak la cakap kalau korang pakai, korang pun tak sesuai hokay..ikut kesesuaian..ramai je yang guna produk ni, serasi..Tambah lak duta cosmoderm is Abg Ben, okey..blogger otai..ko berani nak mengata..hehe..cuma dengan aku, produk ni tak serasi..gedik sikit kulit muka aku ni..

Jadik pencuci & moisturiser yang aku beli haritu, banyak lagi weiii..nak buang sayang..mahal jugak harga dia..kebetulan pulak haritu ada kawan ofis aku tengah mencuba produk cosmoderm untuk hilangkan jeragat tapi dia tak amik set..so aku bagi yang aku punya kat dia..dari aku buang dalam tong sampah, baik la aku bagi kat member ofis aku ni..Mungkin dengan aku tak serasi..dengan kawan ofis aku, serasi kan..mana tahu..hasil selepas dia guna dalam seminggu lebih kurang, nampak jeragat dia dah kurang sikit..alhamdulillah..

Punca aku stop guna cosmoderm, naik jerawat kat muka especially kat pipi..sapa lagi yang cakap kalau bukan tukang komen tetap aku tu, mr hubby..masa mula-mula dulu aku guna, kawan ofis aku yang tegur sebab jerawat naik agak banyak..terus aku stop..aku bertukar ke sabun Ephyra..alhamdulillah, serasi..dah aku gedik tukar balik ke Cosmoderm..

So kali ni aku tukar apa pulak?

tadaaaa!!!!!

 
Guna semula SkinBar Ephyra..dalam entry sebelum ni, aku pernah mention yang aku serasi guna sabun ephyra ni cuma sebab susah nak restock, aku tukar ke produk yang senang nak cari untuk restock..tapi lepas guna Cosmoderm dan hasilnya tak berapa serasi dengan aku..aku pilih semula ephyra..alhamdulillah..memang memuaskan hati..mr hubby pun tak de komen apa2..so maksudnya, aku serasi dengan sabun ephyra ni..haritu gigih cari dalam website Oceanlife2U, syarikat yang mengedarkan/mengeluarkan ephyra ni kat mana ada jual produk2 keluaran dorang..cari punya cari..jumpa 1 farmasi yang dekat dengan rumah aku..tak de la dekat sangat..kena naik keta jugak la..hehe..mr hubby suh beli 2 terus..hah ko!!mr hubby dah offer, apa lagi..sambar je 2 ketui..

So memang lepas ni aku stick dengan sabun Ephyra ni je..malas nak tukar2..duk ber'eksperimen sangat..muka aku yang berjerawat..Jadi untuk itu, tak nak la jerawat-jerawat yang tak best ni naik kat muka..Aku stick dengan Ephyra ni je la untuk elakkan muka berjerawat..Lagipun sejak guna Ephyra ni, pasan jugak parut jerawat macam dah pudar sikit..pori-pori pun macam dah mengecil..saya suka saya suka!!

2 Comments

  1. Kite pon pakai sabun epyhra ni 4 bulan aritu, ok je, pastu stop sbb tukar lain pulak, hahaha

    ReplyDelete
  2. Rabia pakai bedak sejuk je,alhamdulillah hilang ,

    ReplyDelete