Lepas check out hotel di Lumut, kitaorang menyeberang ke Pangkor pulak..hehe..Sesekali gitchuuu bercuti..Kita tour..Kat Pangkor, kitaorang menginap kat 2 tempat..Kenapa 2?Sila baca..hehe..Untuk penginapan pertama, kitaorang stay di Purnama Beach Resort @ Teluk Nipah..Untuk ke sini, sepatutnya ada 2 laluan..Satu yang selamat & biasa..Satu lagi laluan mencabarrrrr hokay..Kitaorang tak tahu laluan yang okey dan biasa tu di tutup sebab ada kes tanah runtuh..Cuma motor je boleh lalu kat situ..So kitaorang kena lalu satu lagi laluan yang mencabar yea..Sangatt mencabar..Lagi mencabar drive sendiri pulak tu sebab kitaorang amik kereta sewa untuk drive sendiri..Sebab tak tahu laluan yang nak lalu ni mencabar..Kus semangat masa nak naik dan turun bukit..Mr hubby yang drive..Memang lepas tu dah sampai ke Purnama Beach Resort ni kitaorang tak keluar ke mana-mana..Tunggu untuk check out je esok nya sebab serammm nak lalu kat laluan yang mencabar tu..Nak jadi cerita esoknya lepas check out, tuala k.fiezz tertinggal kat dalam bilik..Memang idak lah nak patah balik..haha..

Nasib baik kat sini dekat dengan kedai-kedai makan, kedai cenderamata & laut..So memang kitaorang jalan-jalan kat sekitar sini sajo..

Berjalan kaki dari resort ni nak ke tempat makan dan pantai..ada tempat untuk ootd..So sambil-sambil berjalan tu boleh lah pit stop ambil gambor jap..

purnama beach resort pangkor


Purnama Beach Resort ni ke dalam sikit..Sederet dengan resort ni ada juga resort-resort lain...Kat sini breakfast tak disediakan..Tapi kalau malas nak keluar ke kedai makan, boleh order dari restoran dalam resort ni je..

Ni ada video sis edit share kat Tik Tok..K.fiezz lupa nak ambil gambar kolam depan je dengan bilik kitaorang..Dalam video ni ada..



purnama beach resort pangkor


Mr hubby booked 2 bilik sebab kitaorang 7 dewasa & 1 baby..Pattern dalam bilik sama je..Ni bilik pertama yang k.fiezz & mr hubby dapat..Tetapi lepas tu kitaorang complaint sebab aircond rosak..Mula-mula pihak resort datang repair je tapi hasilnya tetap sama..aircond tak berapa nak function..Lepas complaint kali ke-2 & kitaorang request bilik lain baru dapat jugak tukar..Bilik mama, okey..tak ada masalah..Bilik kitaorang yg problem..

Kat sini jugak lah badan si Kinah ni naik bintit2 merah macam kena gigit..Rasanya munkin pepijat sebab kalau nyamuk tak ada pulak nampak atau dengar bunyi dia..


purnama beach resort pangkor

Restoran kat dalam Purnama Beach Resort..So malas nak keluar, boleh order makan kat sini..Kat sini belah tepi (tak masuk dalam frame, ada air coway)..Macam k.fiezz & mr hubby yang ada budak kecik ni, memang perlukan air panas untuk buat susu..Boleh ambil air kat coway ni..Dalam bilik ada cerek elektrik tapi tu lah takkan nak ambil air dalam tandas untuk masak..Jadi kalau ke sini bercuti, bawa je tumblr masing-masing, pi top up air kat coway dekat area kaunter ni..Cuma tu lah ambil air awal kalau untuk stand by nak minum waktu nak tidur..Air coway nya nun kat kaunter..Macam kitaorang haritu dapat bilik kat belakang..Jenuh nak berjalan sampai ke kaunter nak ambil air..


purnama beach resort pangkor

Dalam bilik..Okey lengkap semua..Sila abaikan budak kecik tu..Sampai je kat dalam bilik, dia isi minyak dulu..Kang dia mengamuk...


purnama beach resort pangkor

Tandas..Ada disediakan sabun badan & syampu..2 dalam 1 rasanya...

Overall penginapan kat Purnama Beach Resort ni boleh tahan cuma dalam bilik dia nampak old fashion sikit..

Nextttt..

Patutnya hari ke-2 lepas check out dari Purnama Beach Resort, kitaorang nak balik ke Lumut..Sebab booked kat situ cuma 1 malam saja..

Cuma masa kitaorang beli tiket feri masa nak ke Pangkor ni, mr hubby letak tarikh untuk balik semula ke Lumut, tambah sehari dari tarikh yang sepatunya..Contoh tiket untuk ke Pangkor 1hb, tiket untuk balik semula ke Lumut 2hb tapi mr hubby pilih 3hb...

Tiket feri kena beli pergi & balik..Tanya kat kaunter di Marina sebab naik dari sini, katanya boleh tukar tarikh kalau kata nak balik awal..Cuma beritahu je pada kaunter di Pangkor..Jadi bila kitaorang nak balik lepas keluar dari Purnama Beach Resort ni, masa nak masuk untuk naik feri tak lepas..Tanya kat kaunter, dia kata tak boleh..kena ikut tarikh pada tiket yang dah beli..Oh maiii..Itu yang decide tambah lagi sehari di Pangkor..Ikutkan mr hubby memang nak tambah lagi sehari tapi mama ajak balik sebab tak berapa sihat..Terpaksa lah cari hotel lain..Dapat lahhh hotel ni pulakkk

2nd hotel menginap kat Pangkor - Thara Beach Resort @ Pasir Bogak


thara beach resort

Hotel yang ni berdekatan dengan laut tapi tak lah dekat sangat yea..haha..Adik ipar sis, anak buah 2 orang ada pi ke laut ni..Sambil bawa si Kinah sekali sebab masa ni k.fiezz & mr hubby nak ke mart beli pampers..Pampers kinah dah nak abis..Tinggal berapa keping je..Nak bawa kinah sekali, dia tak boleh nak behave naik motor..Oo yea kitaorang sewa motor untuk sehari masa menginap kat sini..Motor ni, deal dengan kenalan pada biras k.fiezz..


thara beach resort

Kat kaunter hotel..Kitaorang sampai awal sebab lepas je tak dapat tukar tarikh kat jeti untuk naik feri balik Lumut, terus cari hotel & dapat sini..So sampai awal, kena menunggu...Udah lah tak ada aircond pulak masa ni..Fuhhh sabar je lah..Kata orang hotel ni, dorang dalam proses nak buat renovation..


thara beach resort


Akhirnyaaa dapat masuk bilik..Unit ni special, 2 tingkat..Ni kat dapur..Biasa lah Kinah buat spot check dulu..hehe..Lengkap semua peralatan..


thara beach resort


Bilik no. 1 di tingkat bawah..Bilik air dalam bilik..K.fiezz & mr hubby ambil bilik ni sebab dak kinah tu jap gi amik bilik atas, dia duk main tangga...


thara beach resort

Bilik ke-2 tingkat atas..Setiap bilik, bilik air dalam bilik..Adik ipar & isteri rasanya amik bilik ni..


thara beach resort

Ni bilik ke-3..Ngam untuk mama, arip & iman..pun sama bilik air dalam bilik..


thara beach resort

Bilik air atas..Sama je lah kan bilik air setiap bilik..Cuma yang bilik air kitaorang tingkat bawah besar sikit..Sikit je..


thara beach resort

Ruang tamu di tingkat atas..Besar weiii..Datang ramai, memang sesuai sangat duk bilik ni..Bawa toto & bantal sajo..hehe..


thara beach resort

View bilik kureng sikit ngadap ni..Tapi boleh lah..Untuk 1 malam..

Overall penginapan kat sini selesa sangat dari segi saiz..

Pssstt - Sesekali bercuti kan..Ada masa untuk kerja, ada masa untuk family..So bila dah bercuti, kerja tinggal tepi jap..hehe..Nanti sambung balik...

0 Comments