Total Pageviews

Kota Kinabalu Kami Terjah Part 5 - Desa Dairy Farm

08:30

Meh sambung citer cuti-cuti k.fiezz & family ke Kota Kinabalu, Sabah..Entry sebelum ni k.fiezz cerita pasal >> Pekan Nabalu Dan Homestay Di Kundasang..So untuk hari pertama di Kundasang, kitaorang ke Desa Dairy Farm..tempat wajib singgah ni kalau datang ke Kundasang...sebab nak tengok view ala-ala New Zealand gituuu..dengan lembu-lembu dia tu..Semua duk citer pasal tarikan kat sini sebab view dia macam di New Zealand..tu yang ramai orang kalau bercuti ke Kundasang ni mesti masukkan dalam itinerary, melawat Desa Dairy Farm...

Harga Tiket masuk ke Desa Dairy Farm

Nak masuk ke sini ada bayaran dikenakan... walaupun korang datang satu van, tetap kena bayar ikut baper orang yang ada dalam van tu..RM5 untuk seorang dewasa..RM3 untuk kanak-kanak.. so setiap orang dalam van kena bayar harga tiket..

Datang Awal Kalau Nak Clear View Gunung Kinabalu

Satu lagi kalau nak nampak view Gunung Kinabalu yang clear, kena datang awal pagi kat sini..seawal 7.30pagi macam tu..Kalau atas pukul 9pagi, dah dilitupi kabus..tak baper nampak puncak G.Kinabalu..

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

Pekan Kundasang waktu pagi...cantik kannn..clear nampak view G.Kinabalu..

www.fiezasani.xyz

Cantik tak?fefeling cover drama je..haha

www.fiezasani.xyz

Lembu Kundasang...

www.fiezasani.xyz

Nak merasa susu lembu fresh atau ais krim yogurt boleh masuk kat sini..harga okey la affordable...

www.fiezasani.xyz

Ais Krim Gelato Yogurt...harga RM5 lebih kurang..tak ingat exact harga...tapi lebih kurang tu la..faktor usia sungguh k.fiezz ni..padahal baru je bercuti kat sana..dah lupa..hehe..dan kalau nak tambah flavour, add on RM1.00..masa k.fiezz ke sini ada 2 perasa - strawberry & passion fruit...

www.fiezasani.xyz
kalau lapar, Pizza pun ada gak...

Bagi Anak Lembu/Kambing Minum Susu & Makan Rumput

Kat sini kalau nak anak-anak merasa pengalaman bagi minum susu atau makan rumput pada anak-anak lembu dan kambing..no worry, anak-anak lembu dan kambing kat sini pun mesraa..tak takut pun..haha..padahal k.fiezz tangkap gambar pun amik pose jauh dari anak lembu..

www.fiezasani.xyz

Tempat anak-anak lembu dan kambing


www.fiezasani.xyz

Ni anak buah k.fiezz bagi anak lembu minum susu...habis je beli lagi..tue mak dia cakap, arip datang sini kenyang anak-anak lembu ni sebab asik minum susu..haha

www.fiezasani.xyz

Bagi kambing plak makan rumput..

www.fiezasani.xyz

harga untuk bagi susu atau makan rumput..mur mur je...

Ni tempat Lembu-lembu dewasa

www.fiezasani.xyz

Okey, ni kat tempat lembu-lembu dewasa pulak..helokkk k.fiezz snap video untuk IG story, ada seekor lembu pi melepas plak..sabar je la...haha

www.fiezasani.xyz

Dah habis lawatan tengok lembu dan kambing, kita take five kat depan ni sesambil makan aiskrim yogurt...Masa ni adik ipar k.fiezz guna drone untuk ambil video dan gambar..tapi upenya kat sini tak boleh guna drone sebab tak ada sebarang notis diletakkan kat area sini...mana la kita nak tau..so korang take note yea kat sini X DIBENARKAN GUNA DRONE..

www.fiezasani.xyz

Aiskrim Gelato Yogurt perasa passion fruit..sedap gak..

www.fiezasani.xyz

Kena la amik gambar kat sini kan..

Best tak datang sini?

Untuk k.fiezz, best...korang kalau dah sampai kat Kundasang, wajib singgah ke sini..dengan cuaca dia awal pagi sejuk,suasana dia memang fefeling oversea sangat...patut la lembu-lembu kat sini gemuk-gemuk..cuaca sejukkk..rumput pun fresh...

memang worth it sangat masuk ke Desa Dairy Farm ni..pas tu ada tarikan yang bagi pengalaman untuk anak-anak bagi minum susu dan makan rumput..memang okey sangat..sure anak-anak excited nak cuba macam anak buah k.fiezz tu..duk repeat bagi susu dan makan rumput kat anak-anak lembu dan kambing...


You Might Also Like

7 Comment

  1. fieza..xbawak balik ke lembu sekor..hihi.. bila la nak sampai sabah lagi ni..:)

    ReplyDelete
  2. cantik tempatnya kak, sejuk dan tenang

    ReplyDelete
  3. dulu pegi sana tempat ni x bukak lagi. memang berkurun da pegi time sek rendah hehe.. memang nak kena repeat laa cantik sangat tempatnya. part kasi lembu n kambing makan tu syok sangat tu dala comel !! harga masuk murah yang amat..

    ReplyDelete
  4. Jelesss I.
    Kitorang silap pilih tarikh time dtg sini, crowded gila2...

    Cantik gambar2 FS ... Gambar no.13 tu ambil pakai apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..repeat mrs pip..hehe..time ni mmg best, tak ramai sgt org..ada la jugak pelancong tapi tak crowded mcm cuti sekolah..oo, gmbr no.13 tu guna drone..sebelum kena announce kat sini tak boleh guna drone, berjaya rekod video & snap gambar guna drone ni...

      Delete
  5. Ini tempat yang SA nak sangat pergi...bestnya kalau dapat pi kan...

    ReplyDelete