Total Pageviews

Kota Kinabalu Kami Terjah Part 4 - Pekan Nabalu & Homestay Di Kundasang

17:30

Sambung entry jenjalan..entry sebelum, pasal JAMBATAN TAMPARULI . So lepas ke Jambatan Tamparuli, teruskan perjalanan ke Kundasang...agak jauh jarak perjalanan dari K.Kinabalu ke Kundasang ni rupanya..ingatkan sejam dua je..fuhhh..tak pe la nama pun jenjalan kan..bukan selalu nak jenjalan..so dalam perjalanan nak ke Kundasang tu, ada singgah kat Pekan Nabalu di Kota Belud ni pulak..ingatkan sebab apa benti kat sini..upenya ada view untuk amik gambar berlatar belakang G.Kinabalu..kalau cuaca elok, nampak la gunung nya..kalau tak, macam kitaorang ni la...gunung kinabalu di litupi kabus...

Ada apa kat Pekan Nabalu ?

Selain dari spot bergambar berlatar belakangkan Gunung Kinabalu ni, ada deretan kedai jualan barangan / snack dari Sabah..Cuma dari segi harga, tak pasti yang mana lagi murah..sebab masa ke sini, k.fiezz tak perasan sangat harga barang-barang yang sama ada jual kat pasar phillipine..tapi k.fiezz tak ada beli apa kat sini..jenjalan cuci mata je..cuma lepas bergambar, kitaorang makan kat satu kedai makan area sini...dah time lunch kan..laparrrr...

www.fiezasani.xyz

acah-acah sangat k.fiezz konon cam candid..

www.fiezasani.xyz

ni la view untuk bergambar yang k.fiezz cakap tadi...kalau time clear, boleh nampak la gunung kinabalu..time kitaorang datang sini, tengah panas lit lit...

www.fiezasani.xyz

tak tau la pokok apa ni..tapi nampak banyak note2 gantung cam ni...untuk wish atau berhajat kan apa-apa kot..agaknya la...


www.fiezasani.xyz

Yang berbumbung belakang tu, deretan kedai yang ada kat sekitar sini...

www.fiezasani.xyz

macam-macam ada kat sini...cuci mata...

www.fiezasani.xyz

kedai yang kitaorang lunch kat Pekan Nabalu ni...

www.fiezasani.xyz

cer teka nasi apa ni?haha..k.fiezz pun memula terkejut masa dapat nasi ni..
mana ayamnya...haha...upenya ni style masakan nasi goreng ayam sabah...
lepas dapat nasi ni, tunggu jap kot dorang hantar ayam kemudian..eh lepas tu dia hantar hat lain, sama gak...baru la tahu camni nasi goreng ayam Sabah style...rasa dia, boleh la boleh la..dah lapar..licinnn..haha


HOMESTAY di KUNDASANG

Abis je makan kat Pekan Nabalu, perjalanan diteruskan ke Kundasang..and here we are, Kundasang yooo..


www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

Kat sini, kitaorang menginap kat Seribu 1 Homestay untuk 2 hari..Harga sewa homestay kat sini , tak pasti..tapi adik ipar k.fiezz guna handphone k.fiezz untuk buat pembayaran kat tuan homestay..so k.fiezz tertengok kat slip bank, RM780.00..hehe..adik ipar guna handphone k.fiezz sebab line dia U Mobile tak ada coverage..Digi pun sangkut-sangkut..tapi boleh la..

Rumah ni 2 tingkat ada 5 bilik..so 5 keluarga, setiap keluarga dapat satu bilik...dan ada dapur, complete dengan dapur gas..boleh la untuk masak..peralatan memasak ada disediakan + untuk bbq pun ada..kelangkapan dapur macam pinggan, sudu pun ada..Peti ais..Ruangan untuk menonton TV pun ada..cuma tak ada sofa..pihak homestay sediakan bangku2 plastik..kalau nak tengok tv, duduk guna kerusi-kerusi plastik ni je...dapur & ruangan menonton TV ni di tingkat atas dengan 4 bilik...

Macam bilik tingkat bawah terasing dengan 4 bilik tingkat atas..Kebetulan plak tv bilik k.fiezz & mr hubby rosak so kitaorang nak tengok tv kena naik atas..

setiap bilik ni ada bilik air memasing..kira tak sharing la...cuma istimewa bilik bawah, bilik k.fiezz & mr hubby, ada balkoni sendiri..dan dari tingkat bawah nak naik kat tingkat atas, tak ada tangga dalam rumah..kena keluar & guna tangga di luar..bilik bawah & 4 bilik atas terasing...

eh..lupa plak nak inform, tak ada aircond tau dalam bilik..haha..kang tercari2 plak aircond..tak payah aircond pun udah sejuk weiiii...k.fiezz tidur pakai baju sejuk + ber stoking..K.fiezz ni memang jenis tak tahan sejuk pun...so kat sini malam-malam memang sejukkkk....

Bawah ni bilik k.fiezz & mr hubby...

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

TV ada tapi rosak la plak time kitaorang menginap kat sini..so agak sunyi bila malam-malam..

www.fiezasani.xyz

Bilik air ada disediakan water heater tapi time pagi-pagi tak baper nak panas pun..acah-acah suam je...mengigil la bila nak mandi..dalam bilik air, mandi air suam pun sejukk..acane... 

www.fiezasani.xyz
balkoni di bilik k.fiezz & mr hubby...

www.fiezasani.xyz
katil queen bed dan ada tuala disediakan juga..

PERISTIWA SERAM MASA MENGINAP KAT SINI

okey, yang ni tak tau la nak cakap sekadar imaginasi k.fiezz & mr hubby ke apa..tapi masa kejadian, kitaorang mmg jaga dan dalam keadaan sedar, bukan mamai ke apa..mr hubby terjaga tengah malam, nak bangun buang air kecil..lepas dah selesai, mr hubby baring nak sambung tidur..tetiba mr hubby ternampak kat tombol pintu cam ada orang pulas2 tombol pintu nak bukak pintu...bawah pintu tu selalunya ada ruang kecik yang kita boleh nampak bayang orang kat luar...mr hubby tak nak pandang kat bawah pintu tu samaada betul ke ada orang atau tak..mr hubby buat-buat tak perasan je..

yang k.fiezz plak..k.fiezz terjaga tengah malam nak buang air kecil gak..sejuk kan..masa nak baring tu mr hubby suh picit kaki atau badan dia sebab dia memang tak sihat masa kitaorang sampai je kat K.kinabalu ni..masa picit tu k.fiezz duduk atas katil sambil picit..so sesambil picit tu k.fiezz tengok ke arah tingkap..tapi tingkap ada langsir la..idak la direct nampak luar...masa duk pandang langsir tu, nampak bayang-bayang pokok-pokok bunga berayun betul-betul kat tepi tingkap bilik..k.fiezz tengok je la..sesambil tu k.fiezz terpikir, eh luar tingkap bilik kitaorang ni ada pokok ke..tak ingat plak nampak ada pokok..kalau belah balkoni, jauh sikit dari tingkap tu tau la ada..tapi k.fiezz just ignore je la kejadian tu...k.fiezz tengok je la pokok-pokok tu berayun...dah abis picit, sambung tidur..hehe

esok paginya k.fiezz pun lupa nak check betul ke idak luar tingkap bilik kitaorang tu ada pokok2 ke tak..

sebelum kejadian yang ni masa malam kitaorang buat bbq..lepas dah setel makan-makan..k.fiezz & mr hubby nak turun ke bilik..sebelah homestay kitaorang ni ada homestay lain yang kosong..dan kedudukan homestay2 ni di lereng bukit..masa ni homestay sebelah kitaorang ni, kosong..masa nak turun tu, k.fiezz & mr hubby dengar cam bunyi haiwan mencakar2 tanah kat belah bawah homestay sebelah kitaorang ni..k.fiezz dah nak patah naik atas balik..tapi mr hubby cakap, tak ada apa tu..terus je turun, masuk bilik...

dan kejadian ni kitaorang senyap..dah sampai kat homestay k.kinabalu, baru la kitaorang bercerita..upenya adik ipar k.fiezz pun alami kejadian pelik..dia & adik k.fiezz kan tidur bilik atas..masa malam kitaorang buat bbq tu, sebelum makan-makan dia baring dalam bilik..pintu memang dah tertutup rapat sebab masa tutup, tombol tu dah bunyi macam kita tutup pintu rapat..tengah dia baring tu, tetiba pintu bilik dia yang dah tertutup rapat tu terbukak sendiri..adeh...

tapi no worry kalau datang bercuti ke sini, tak yah risau ke apa..tempat dia memang cantik & homestay kitaorang menginap untuk 2 hari ni pun seles..kedudukan homestay yang kitaorang menginap ni pun dalam kawasan kampung..idak la terpencil pun...cuma mungkin saja nak bagi kitaorang pengalaman sikit masa menginap kat sini..hehe

You Might Also Like

4 Comment

  1. Adeh, seram juga bunyi cerita tu tp semua selamat , tak da demam2 ke apa, alhamdulillah ...

    ReplyDelete
  2. seram pula baca yang last tu hahaha nasib baik tak berlaku apa2

    ReplyDelete
  3. orang kata ikut nasib juga kan nak nampak view Gunung Kinabalu tu. dia kadng2 malu nak menjelma hehe..

    ReplyDelete
  4. Alamak..bab kejadian tu yang tak nak tau tu...alaa..itu biasa berlaku kot..nasib- nasib siapa yang kena kan?

    ReplyDelete