Total Pageviews

Kota Kinabalu Kami Terjah Part 3 - Jambatan Tamparuli

16:03

Sambungan entry sebelum >> Makan2 Di Todak Waterfront.. Untuk hari kedua di Kota Kinabalu ni, kitaorang ke Kundasang pulak...here we come, Kundasang...kalau ke Kota Kinabalu ni, tak sah kalau tak pi ke Kundasang...tak complete percutian..Tapi jarak dari K.Kinabalu nak ke Kundasang ni agak jauh jugak..so on the way ke Kundasang tu, kita singgah ke Jambatan Tamparuli di daerah Tuaran...

Ada apa kat Jambatan Tamparuli ni?

K.fiezz penah tengok kat rancangan jalan-jalan..tak ingat rancangan apa..tapi konsep jalan-jalan cam ni jugak la...pengacara & krew rancangan singgah kat Jambatan Tamparuli ni..jadi kita singgah gak la memandangkan adik ipar k.fiezz memang dah letak dalam itinerary ada singgah ke sini...

Jambatan Tamparuli ni = Jambatan Gantung Kayu..yang bila kita jalan atas dia, bergoyang-goyang..haha..bawah tu sungai..ko ghasa..gayat ke idak?kitaorang mampu jalan sampai kat tengah je, itu pun sebab nak amik gambar je..lepas siap amik gambar, moh la kita patah balik..

Jambatan ni untuk pejalan kaki lalu..Sebelah jambatan ni ada laluan jalanraya untuk kereta/motosikal..tapi jalan dia kecik..so bila lalu kena take turn..kalau dari sebelah sini, ada kereta tengah lalu kat jalanraya tu..kereta2 di sebelah sinun kena tunggu dah clear baru boleh lalu...

SEJARAH JAMBATAN TAMPARULI

Nak tahu tak sejarah jambatan Tamparuli ni?Boleh baca kat gambar bawah ni...


www.fiezasani.xyz



www.fiezasani.xyz

Ni kitaorang jalan sampai ke tengah jambatan untuk tangkap gambar je..haha...Lagipun panas lit lit pun masa ni..tak lalu nak jalan sampai belah sana jambatan...


www.fiezasani.xyz

wefie kat tengah-tengah jambatan..acah berani la sangat...tak tau, debor ni...masa nak turun, tak tau la sapa antara kitaorang pi berjalan kuat sangat..bergoyang jambatan ni tau..sabar je la..lelaju k.fiezz jalan turun dari jambatan ni,hah...


www.fiezasani.xyz

jom wefie

www.fiezasani.xyz


halah-halah..romantik la konon..hehe...

Kalau korang ke K.Kinabalu, jangan lupa singgah kat sini..okey gak..bukan selalu nak naik jambatan kayu yang goyang-goyang bila berjalan atas dia..haha

You Might Also Like

5 Comment

  1. wah..bestnya..nak g sabah jgk..:)

    ReplyDelete
  2. Seram.. Saya fobia tinggi n jmbtn gini

    ReplyDelete
  3. Kalau SA memang x lepaskan peluang ni...terjah je...takut tu belakang kira

    ReplyDelete
  4. Haha, beraninya korang.. I is gayat, so mmg tak berani nak naik ..

    ReplyDelete
  5. ambil gambar pakai drone ke tu ? bestnya hehe..

    ReplyDelete