AFB Feeds

Percutian Backpackers Ke Hatyai Part 3

15:41

Orang kata kalau ke Hatyai wajib pergi FLOATING MARKET Hatyai..Jadi moh la kita terjah apa ada kat sini?Kak Fiezz selalu tengok kat TV, floating market ni dorang menjual dari atas sampan je..Macam unik pulak nengoknya..Nak juga experience membeli dengan orang jual atas sampan, kannn..Tapii masa kak fiezz ke sini minggu lepas, eh kenapa macam pasar malam ni?Masuk2 je kat pintu gerbang bawah tu, nampak orang meniaga kiri kanan..Macam pasar malam pulak..Jalan lagi ke depan, nampak bot2 pulak tapi kenapa tak ada pun orang meniaga atas bot tu..sekali rupanya dorang dah advance daaa, meniaga kat darat..haha..Dorang meniaga kat tepi2 sungai tu...Dulu kot dorang menjual dari atas sampan..Ni, dah moden..Tapi luas la pasar dia..Macam2 ada..Kebanyakan makanan & cenderamata...Rambang mata nak beli apa?Yang penting, harga murah..Itu memang terbaik..Kak Fiezz pun jadi confuse amenda la yang nak dibeli kat sini..Cuma kalau nak beli cenderamata tu, korang kena pandai2 cari la yea...Macam mama (mak mentua) kak fiezz terbeli wristlet kat sini dengan harga 150 bhat..Lepas tu, otw kitaorang nak berjalan keluar ke tut tut yang tunggu kat luar pintu gerbang ni, kita memang akan lalu kat pasar malam dekat area pintu gerbang ni, sekali ternampak ada orang jual wristlet yang sama dengan harga 100bhat..Jadi kena bijak memilih yea..Part makanan memang best..Banyak kot kat sini..Pilih je la yang mana nak?dan kebanyakan yang menjual kat sini wanita yang bertudung...Makanan tu ada yang dah biasa kita tengok tapi minuman, kak fiezz tertarik sebab dorang jual dalam tembikar..tak pasti plak nama dia apa..korang tengok la gambar kat bawah ni, hah...

    
Naik tut tut dari hotel ke floating market..Orang thailand, panggil floating market ni TALAKNAM     (sorry..ejaan tak pasti)..Ni tukang urut yang beritahu... Naik tut tut dari hotel - Floating Market - Hotel (400 Bhat)..

    
 Pintu gerbang ke floating market..Sebaik je masuk ke sini, boleh tengok orang jual kiri- 
kanan, macam pasar malam..So boleh cuci mata dari sini sampai ke tempat floating market..
   

    Dah sampai kat floating market..

   Kat bawah ni, semua gambar2 sekitar kawasan floating market..

    
Macam kak fiezz beritahu tadi, kebanyakan yang menjual kat sini wanita thailand bertudung..


    
Okey, tue la tembikar yang kak fiezz cakap tadi..Kalau beli air dalam bekas tembikar tu 30 bhat..Kalau dalam cawan plastik 20 bhat..Murah ke idok?Kak fiezz beli air dalam bekas tu sebab nak buat hiasan bekas dia..hehe..Gigih bawa balik ke Malaysia..Dah la trip backpackers gitu...Nasib tak pecah sampai Malaysia...

   
  Best bergambar time ni, angin sepoi2 manja gitu..Belakang tu sampan2 kosong...

   
Kagum betul dengan orang Thailand..Tempat untuk buang bekas plastik..Memang displin orang Thailand..Dorang cuma buang bekas plastik je..Kalau kat Malaysia, dah macam2 rasanya dalam tu...Bila tengok macam ni, automatik kita pun jadi displin gak...

    Hai Floating Market...

     Antara wajib cuba kalau ke Thailand..Mangga Pulut...

    Kawasan menjual di sekitar Floating Market...

    
Haritu ternampak blogger Lan Careno post beli air ni masa dia bercuti ke Hatyai..Jadi Kak Fiezz tertarik nak cuba jugak..Satu sebab warna dia yang menarik, dua berwarna-warni & tiga - murah je rega dia..30bhat...Kak fiezz dah try, sedap air nya..Macam2 perasa buah-buahan + ada jeli2 dalam dia...Botol dia, pun kak fiezz bawak balik ke Malaysia jugak..Nak deko-deko..

    
Feeling betul dapat beli air dengan bekas tembikar ni..Air dia manis meleting..Kak Fiezz minum sikit je..Point benornya nak bekas dia je...

Entry sebelum, percutian ke Hatyai >> Percutian Backpackers Ke Hatyai Part 2

You Might Also Like

2 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.