AFB Feeds

Percutian Backpackers Ke Hatyai Part 2

14:37

MENGINAP HOTEL DI HATYAI


Entry kali ni kak fiezz nak kongsi mengenai hotel yang kitaorang menginap di Hatyai, Thailand untuk percutian baru2 ni..Kak Fiezz tak tahu nak kategori hotel ni mahal ke murah memandangkan time kitaorang ke sini, tengah hot pesta SONGKRAN..Hari untuk deme main ayor jadi harga bilik yang kitaorang stay masa ni, RM400 untuk satu malam..Mahal ke murah?Tepuk dada tanya selera..Entry ni cadangnya pun kak fiezz nak buat live tapi line wifi hotel kat hp kak fiezz kurang stabil masa hari ke-2..Hari pertama okey..Siap la 1 entry kak fiezz karang..Sekali hari ke-2, dia dah main cak cak..Tapi kalau tanya okey ke tidak line wifi kat sini?kak fiezz nak cakap okey sangat..Selalu kalau hotel lain, line wifi dapat kat ruang legar hotel je..Masuk bilik, memang haram tak dapat..Tapi kat sini, sampai dalam bilik line wifi laju..eh!!penting ke wifi ni?penting la uolls..Kang nak update kat sosial media acane?hehe..tambah2 kak fiezz ni, kan..social media influencer sangat..haha...

Ni la hotel kitaorang menginap selama 2 hari di Hatyai, Thailand..Berdekatan dengan jalan besar..

V.L. HATYAI HOTEL

Hotel V.L. Hatyai. Kat sini dekat dengan kedai-kedai & arked macam kat Jalan TAR tapi harga di situ, agak mencekik..Nanti kak fiezz share kenapa?

   APA BEST KAT HOTEL NI?

** Makanan HALAL sebab penginapan kitaorang termasuk sarapan untuk 2 orang..
** Ada line WIFI sampai dalam bilik..Nanti reception akan beri password wifi hotel masa nak check in..Cuma masa hari ke-2, kat hp kak fiezz line wifi dah tak stabil. Mungkin sebab dah ramai tetamu yang check in..
** Berdekatan dengan jalan besar & ada deretan kedai-kedai termasuk yg macam arked Jalan TAR..

Nota : Kedai2 kat area ni, tutup awal tau korang..Pukul 7mlm waktu Thailand. Kalau nak happening, korang boleh menginap hotel Lee Garden atau sekitar situ sbb waktu malam kedai2 masih dibuka & ramai orang islam menjual makanan kat tepi2 jalan..


   Di ruang legar hotel..Masa ni tak ada orang, jadi boleh la posing...

   Kat ruang tamu hotel..

Ni dalam bilik kitaorang..Korang boleh tengok la okey ke idok?Untuk kak fiezz, okey bilik dia..luas..ada tv nipis tu, katil besar boleh muat untuk kitaorang ber3 tidur..ada lemari & penyangkut baju untuk sangkut baju..Ada peti ais..Kira okey la bilik kitaorang dapat ni..Kak Fiezz tak cerewet sangat...Bilik kitaorang di tingkat 6 & menghadap jalanraya..Jadi masa pesta songkran haritu leh nampak la dorang main ayor kat tepi jalan tu, hah..Sampai fobia kak fiezz nak turun tau..Takut kena simbah dengan air, weiii...

   Boleh masak air kalau nak air panas.. Air minuman sejuk ada disediakan dalam peti ais 
   (4 botol) & 2 kotak air soya (complimentary)..

  Ruang tamu bilik..Siaran TV, kitaorang dapat TV3 jadi sepanjang 2 hari kat sini, tengok 
  TV3 je la..

    Bilik Air

    Ada apa dalam bilik air?Standard la kan, mesti ada semua ni...

    
Sticker kat dinding tu reminder untuk Iron supaya jangan letak atas karpet tapi Iron tak disediakan. acane tu?hmmm..Try call reception, kalau nak iron kena hantar ke Laundry..

    Penginapan termasuk sarapan pagi untuk 2 orang..HALAL

    Menu sarapan pagi. Yang buttercup tu, ada cop HALAL juga yea..

Sos pun ada cop HALAL..Jadi yakin kat hotel ni, makanan disediakan adalah HALAL..Masa kat sini, kak fiezz paling suka salad dia..Jadi minah salleh kejap...

Makan Malam hari pertama, kitaorang order di Hotel je..Fobia nak turun sebab pesta songkran..Kalau korang plan nak ke sini, elakkan waktu pesta songkran tau kalau tak nak basah sepanjang masa...Kalau memang plan nak basah, sila bawa seluar & baju lebih sikit...Kak Fiezz tahu pesta songkran ni macam pesta air tapi tak tahu macamana cara orang Thailand celebrate..Dah tengok sendiri, baru tahu besar rupanya perayaan songkran ni kat Thailand...

Murah ke makan di hotel

Harga agak berpatutan..Tak adalah sampai 20-30 hengget satu pinggan..Standard macam makan kat kedai di Hatyai ni, jadi hari pertama kitaorang order makan malam di hotel je..



Kak Fiezz order Nasi Goreng Udang & mama Nasi Goreng Ayam (Tak ada dalam gambar) & mr hubby, kak fiezz tak tahu nama menu ni..Benornya mr hubby order Nasi Goreng Pattaya dalam bahasa melayunya tapi sampai2, kuew tiow..Eh, balun je la..haha..Sedap gak..Kat sini, agak susah nak berkomunikasi..Bahasa inggeris dorang, tak berapa mahir..Dah macam ayam & itik bercakap..Jenuh kadang tu kita explain dalam bahasa inggeris..Tengok gaya macam faham tapi lain yang dorang faham rupanya...Contoh macam yang mr hubby order kat hotel ni..Lain yang di order, lain yang dapat..Mungkin ada orang Thailand yang pandai berbahasa inggeris tapi kebanyakan yang kitaorang tanya, kurang sikit...

Entry sebelum mengenai percutian ke Hatyai ni >> Percutian Backpackers Ke Hatyai Part 1

You Might Also Like

2 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.