AFB Feeds

Percutian Backpackers ke Hatyai Part 1

12:23

Shortvacay kak fiezz dan husband dah bermula..trip ni mama mr hubby pun joint sekali..adik2 n sepupu belah mr hubby konvoi naik motor..Kitaorang yang naik keretapi sampai di stesen Padang Besar pukul 5pagi & kena tunggu imigresen & kaunter utk beli tiket keretapi thailand bukak pukul 9..Kalau sesiapa yang nak naik van sbb malas nak tunggu keretapi, ada perkhidmatan sewa van..Ni pun kebetulan masa nak ke toilet,orang yang jaga toilet tu yang agen nya...Tapi kitaorang decide nak naik train je..adventure sikit..hehe..ikut style mat salleh percutian kali ni..backpackers...

Kitaorang naik keretapi (11.06malam) dari Bandar Tasik Selatan sampai ke padang besar..tiket seorang untuk dewasa RM77..Sampai di Padang Besar, kitaorang naik tren ke Hatyai..Harga tiket keretapi ke Hatyai 70 bhat seorang..Dari stesen Hatyai, kitaorang naik tut tut untuk ke hotel..harga naik tut tut seorang 20bhat..

Style backpackers

Mana keretapi ni?

Yeay..dalam keretapi..kitaorang ambil seat depan..ada meja..jadi cun sangat la selfie sbb kak fiezz baru beli tripod..

Kalau tetiba lapar tengah malam, ada cafe dalam keretapi...so jangan risau kelaparan...

Dah nak sampai Padang Besar...

Sampai awal benor..tunggu la kat sini..nak beli tiket & naik train ke Hatyai kat sini juga..stesyen yang sama...Lagipun border mmg bukak pukul 6pagi...

Ada cafe kat stesyen ni so sementara tunggu, boleh la mengisi perut..harga kat sini macam KL...jadi tak terkejut sangat la..
Lepas beli tiket keretapi ke Haytai & pemeriksaan imigresen Malaysia & Thailand, tunggu la kat sini..Keretapi ke Haytai 9.55pagi..

Keretapi lama...tapi sejuk gak sbb dia guna aircond & kipas..

Tadaa..tiket ke Hatyai

Yeay..sampai ke Haytai..

Mencari hotel..mula2 ingat nak jalan kaki sbb dekat je dengan stesen Hatyai tapi kitaorang datang ni masa perayaan songkran (pesta air), jadi possibility kena pancut dengan air tinggi..jadi cari tut tut..Tu pun kena gak pancut dengan air...nasib basah sipi2 je...

Hotel kitaorang..Nanti kak fiezz share pasal hotel...

Note : Nanti masa nak pemeriksaan di imigresen Thailand di stesen keretapi, korang kena isi satu borang putih. Selesai isi borang tu, cuma selit kat passport..Pastikan passport korang masih HIDUP yea dalam tempoh 6 bulan sebelum perjalanan..hehe..sila semak dulu sebelum cuti2..Kang sangkut di border, nangis je la tak boleh nak cuti-cuti...

You Might Also Like

7 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.