AFB Feeds



Dari Backpack Carlo Rino ke Backpack CR2

22:56

Dua minggu lepas, kak fiezz jalan2 dengan member kat Sogo..Kalau siapa yang suka ke SOGO tahu la kan, kat situ all the time SALES..Masa tu kawan kak fiezz nak beli kasut jenama Carlo Rino..Ada promosi..dua pasang RM99..Sebelum sampai ke tempat kasut tu,lalu kat area beg..Masa ni la,kak fiezz nampak bagpack Carlo Rino ni..oh mai mai..Terus jatuh cinta,u...Nak beli masa tu belum dapat gaji..Harga boleh tahan la juga walaupun ada diskaun..Harga asal RM3××.××..Selepas 50% diskaun,jadi RM199.50...okey, berpinor kejap tengok rega dia, tau..Kak fiezz snap gambar bagpack carlo rino idaman ni sbb nak minta permission mr hubby..Lagipun nak minta mr hubby sponsor..haha..Dalam masa sama, kak fiezz post gambar bagpack carlo rino ni kat IG..kebanyakan kawan kak fiezz semua cakap cantik..seee..mana kak fiezz tak jatuh cinta..Dalam minggu lepas, kitaorang ada ke SOGO untuk makan tengahari dan bagpack carlo rino idaman ni ada lagi..Jadi selepas difikir semasak-masaknya, memang nak beli la..Kebetulan duit payment review dah masuk & minta mr hubby top up lagi separuh..Mr hubby pun setuju..Tadi mr hubby bagi duit suruh gi beli beg ni tapiii...

Beg tu dah back to normal price..Sebelum tu kak fiezz pernah up status pasal bagpack carlo rino ni kat fb & adik sepupu mr hubby inform kat Zalora pun ada..Kak fiezz nak cari kot kat website online, jual murah sikit ke apa..hehe..Tapi harapan je lah..harga Carlo Rino standard kot..Backpack Carlo Rino ni sama je harga macam kat Sogo..Tak terus beli..KIV je dulu walaupun duk tengok la gambar beg ni..hehe..dah macam orang bercinta...

Lepas dapat duit review, beberapa hari lepas,kak fiezz usya balik kat web Zalora tapi harga dia dah kembali ke harga asal..Gigih time lunch tadi jalan kaki ke Sogo nak beli bagpack Carlo Rino idaman ni..Sekali sama juga, harga promosi dah habis..Dah harga asal balik..Okey, sikit kecewa..Nak ubat hati,kak fiezz gantikan dengan bagpack CR2 ni..Yang ni pilihan kedua kak fiezz..Ternampak masa ke Sogo dengan member minggu lepas..Tertarik juga tapi pilihan utama tetap bagpack Carlo Rino tu..tapi rezeki kak fiezz kat bagpack CR2..tak pe la..Kak fiezz okey je..Harga bagpack CR2..kak fiezz pejamkan mata je bayar..kurang sikit dari harga promosi Carlo Rino tu...aiyakk..sejak bila taste jenama2 ni, fieza ooi...Korang, kak fiezz bukan kaki branded punya orang tau..Selalu pilihan kak fiezz murah2 je..Kali ni pulak nak selera branded..Sekali-sekala boleh la...


Pilihan utama no.1

Backpack Carlo Rino, kak fiezz tertarik sebab cantik..Kawan-kawan kak fiezz pun cakap cantik tapi harga promosi dah habis..Harga asal, kak fiezz fikir banyak kali nak beli..huhu...

Pilihan kedua

Backpack CR2..kak fiezz tertarik sebab comel hokay...Tengah fikir nak buat pakai gi kerja atau pakai time jalan-jalan..hmmm...

You Might Also Like

2 comments

  1. Alahai...sekejap je sales nyer...syg x grab hari tu kan..SA plak kalau dh berkenan..sanggup swipe card...pejam mata je...pas tu bayar balik slowly...

    ReplyDelete
  2. Alahai cantiknye beg.. teringin nk beli beg cenggini.. ritu usah jenis polo.. tapi berkira-kira nak beli.. hehe.. kalau carlo rino tak mampu nk membelinya.. hahaha

    ReplyDelete


Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.