Sambungan trip-terapi-minda-ke-langkawi-part-3

Aktiviti Mangrove Tour..Kitaorang pilih aktiviti ni pada hari ke-4 iaitu sebelah pagi sebelum bertolak balik ke KL..Flight kitaorang petang dalam pukul 5.00..

Tempoh aktiviti ni - 2 Jam

Dalam aktiviti ni, kita cuma rilex & chill je..Naik bot & just enjoy the view sepanjang sungai...
Dalam trip ni, kita akan di bawa ke tempat2 kat bawah ni...

**Bat Cave (Gua Kelawar)
**Floating Fish Farm (Kolam ikan)
**Eagle Feeding 
**Mangrove Swamp
**Andaman Sea
**Round Shoe Island (Pulau Kasut)
**Crocodile Cave (Gua Buaya)

Ni jeti The Kilim Karst Geoforest Park...Tempat untuk naik bot bagi aktiviti Mangrove Tour..

Balik dari trip ni, ada berlaku tragedi kat kitaorang..Nanti aku story..




Sepanjang menyelusuri sungai, korang boleh nampak banyak kapal-kapal layar yang parking kat sini..

Gua Kelawar..Aku, mak, Iman & mr hubby tak turun..Aku demam..Mak & Iman tak berani..Mr hubby sakit kaki..Yang turun & masuk dalam gua ni abah, adik aku & wife dia, adik mr hubby & wife dia..


Kolam Ikan...
Korang boleh menjamu selera kat restoran terapung ni dengan pilihan ikan yang segar ada kat situ...Nak pegang2 dengan ikan pun boleh..Macam adik ipar aku, try nak pegang ikan pari tu..


Eagle feeding..Menurut tukang bawa bot tu, helang kat sini dari jenis yang lain dari helang kita tengok kat island hopping...


Gua Buaya..Dipanggil gua buaya sebab bentuk pada gua sebelum kita masuk (di gambar pertama) berbentuk buaya...Kat sini, kita akan masuk dalam gua...


Muka demam...


Walaupun demam tetap nak bergambar, okey...topi tu memang sepanjang trip ni aku pakai sebab rambut serabai..Orang demam la katakan..Memang tak ada mood, weiii...

Okey, tragedi yang aku beritahu tadi..Erm...kisah lepas balik dari trip mangrove tour ni..Masa kat jeti yang berlubang2 tu & sungai kat bawah...Mr hubby terjatuhkan kunci van...Waaaa..Dah la aku demam..tak larat weiii..Masa tu elok pulak air tengah pasang..Nak tak nak bertapa la kitaorang kat jeti tu dekat 2 jam..Tunggu air surut nak ambil kunci van balik...Telefon travel agent kitaorang tu, beritahu pasal kunci van ni terjatuh..Staff yang aku telefon tu kat luar rasanya..Dia nak check dulu nanti..Dalam masa 2 jam tu, bertapa la kitaorang kat situ..Aku dengan demam nya..Tak larat..Aku baring je kat kerusi yang ada kat situ...Lepas 2 jam baru berjaya ambil kunci yang terjatuh tu..Otw nak ke van balik, baru travel agent tadi call nak hantar kunci..ermmm...tak payah ler..udah berjaya ambil kuncinya...

Pukul 5.00 naik flight balik ke KL...Sampai kat rumah, semua demam..aku , mr hubby, abah,  mak & Iman..Amik ko..Penangan Langkawi...


Walaupun trip kali ni demam tapi tetap best sebab cuti-cuti dengan family..
Ikutkan ada game, aku & mr hubby dah plan tapi udah aku demam..cancel game tu...

Okey, habis cerita bersambung trip terapi minda ke Langkawi..

Next..Nanti aku cerita percutian terbaru kitaorang satu family..Kemanakitaney?
 ;)

1 Comments