Resipi Sizzling Yee Mee Homemade Mudah

11:53

Siapa suka sizzling yee mee?angkat tangan..kita geng..Kalau pi shopping complex kat food court, mesti ada menu ni..Harus la order ni..

Kali ni buat sendiri kat rumah..Ni request by mr.hubby..Masa beli barang-barang kat Tesco minggu lepas, mr hubby ternampak yee mee ni kat situ..Tanpa ragu-ragu terus suruh si isteri ni buatkan..Isteri pula dengan penuh confident, cakap okey..Padahal tak pernah masak ni, weiii..On the spot tengok resipi kat google..Jumpa resipi dari SINI..Tengok bahan-bahan dia, macam tak susah je nak buat..Scroll lagi sampai bawah..Okey, rasa senang ni..Jadi moh la kita beli barang & cuba masak..kalau jadi, alhamdulillah..Tapi boleh agak rasanya, mesti jadi sebab aku post kat sini..hehe

Meh tengok bahan-bahan dia


Dalam Gambar 
6 Ulas Bawang Putih  (Hiris halus @ tumbuk)
1/2 Halia (Hiris halus @ tumbuk)
7 @ 8 Biji Cili Kering (dipotong 2 @ 3)..Kalau yang suka pedas, lebihkan cili
Isi Ayam (Dipotong kecil-kecil)
Sayur Sawi
Cendawan Shitake (rendam hingga lembut)
2 Sudu tepung jagung
Serbuk Lada Hitam @ 1 Sudu Makan Lada hitam yang telah dikisar..
Mee Sanggul (Yee Mee)..Kuantiti ikut pada berapa orang makan
(Celur sekejap dalam air panas)
Tiada Dalam Gambar
2 @ 3 biji telur
3 Sudu Kicap Pekat (Aku guna kicap jalen)
3 Sudu Kicap Cair (Yang ni aku tak letak sebab tak ada)
4 Sudu Sos Tiram


CARA MASAK :-


Tumis bawang putih, halia & cili kering sehingga kekuningan


Lepas itu, masukkan ayam & goreng sehingga separuh masak


Masukkan air dalam 3 cawan atau lebih..Ikut pada kuantiti berapa orang makan..
Macam aku haritu untuk 4 orang makan...


Masukkan sos tiram (4 sudu), Kicap (3 sudu), Sedikit serbuk lada hitam atau lada hitam yang telah dikisar..Letak sekali garam secukup rasa & 1 kiub pati ayam..Biarkan mendidih sehingga ayam masak..


Masukkan cendawan..Biarkan dalam 2-3 minit...

www.fiezasani.xyz

Letak air tepung jagung & sedikit air.. Gaul rata sehingga kuah jadi pekat dan likat...


Kuah dah pekat, baru masukkan sayur sawi..Biar sekejap je sebab sayur cepat masak...


Letak telur terus dalam kuah..Tungguh sekejap..Dah siap masak...Boleh la di hidang...


Siap...Sizzling Yee Mee Homemade...Yummylicioius..

Memang sedap..Balik kang nak buat lagi sebab balance cendawan ada lagi...kang berbuang dalam tong sampah je cendawan tu..sayang..Duit tuu..huhu..Zaman yang serba serbi mahal ni, tak boleh membazir...Sayang duit..

You Might Also Like

3 Comment

  1. lepas nii mya boleh cubalaa resipi nii.. thank you

    http://www.myarosli.com/2017/07/blog-berbaju-baru.html

    ReplyDelete
  2. Bonde suka makan yee mee hot plate... nnt nak masak boleh guna resepi ni... tq sharing

    ReplyDelete