Celebrate Birthday Simple Je

11:16

Alhamdulillah..Sabtu lepas aku sambut birthday yang ke-tetttt..sejak2 dah masuk 3 series ni malas nak bagitau kat orang umur aku berapa...Dulu masa angka 2, okey lagi nak share..sekarang..tettt..rahsia..

Tak kisah la..angka cuma sekadar nombor je, kan...Yang penting, seiring dengan peningkatan angka tu, semakin matang dalam kehidupan..Alhamdulillah, masih bernafas di bumi Allah ni untuk melakukan amal ibadah & berbakti pada keluarga, suami...Diberi kesihatan yang baik..Kadang ada antara kita ni tak bersyukur...Di beri macam2 oleh Allah tapi tetap lalai..Eh!!aku bukan la baik sangat pun..Aku pun suka mengeluh jugak bila tak dapat sesuatu..Tapi bila terbaca kisah orang lain yang diberi dugaan lagi hebat, rasa syukur aku diuji sikit untuk belajar erti redha...

eh...macam touching plak aku punya ayat..okey, tak nak sedih..kita chill je..Anggap setiap ujian dari Allah tu untuk jadi kan kita lebih kuat & redha...

Jom nak share dengan korang, hadiah aku dapat dari mr hubby...Dah kahwin ni, hadiah dari mr hubby je ditunggu..Dari kawan2, faham je la perempuan kalau dah kahwin, kawan dah jatuh no. 2 3 4 dan seterusnya..Aku ler..Mungkin pada orang lain walaupun dah kahwin, kawan masih no.1...

Ni hadiah dari mr hubby..Tiga2 ni aku terima hari Jumaat, sehari sebelum birthday...Dua2 Chanel tu beli kat Lazada je..Yang Chanel besar tu, aku memang tahu sebab mr hubby suruh aku yang pilih..Tapi yang Chanel kecil & bunga tu surprise...Bunga tu ada 3* kuntum (ikut umur aku)..Chanel tu aku pun tak pasti original ke tidak..Mr hubby pun tanya aku, ni original ke tidak..Aku pun tak pasti..Ala, boleh jer..Aku bukan nak jenama sangat pun..Mr hubby ingat pun dah syukur alhamdulillah...


Ala..Rasa sweet pulak dapat bunga..Mr hubby cakap, dia bagi bunga sebab aku pernah cakap kat dia 'dah lama tak dapat bunga'..eh yea ke..aku ada cakap ke?tak ingat lerrr..


Romantik tak suami kita...


Ni la isi dalam barang Chanel tu...Yang hitam tu, memang aku yang pilih sebab kata mr hubby 4 hari 4 malam dia duk mencari kat website Sephora, Lazada set barang mekap macam aku pernah share kat sini haritu..Tak jumpa..haha..adoiii!!sayang..sayang..mana maunya..yang tu, kena pilih mana yang kita nak lepas tu baru buat macam jambangan bunga tu...Yang warna putih tu, mr hubby yang pilih..


Masa birthday aku, celebrate simple je..Ajak adik aku & wife dia datang ke rumah dan buat makan2 sikit..Tak ada jemput orang luar pun..Kitaorang satu family je...Pagi tu kitaorang ke pasar jap beli bahan mentah..Petang pi beli kek ni kat secret recipe...Sedap weii, kek ni..Black Forest rasanya...Menu sampingan, mak aku masak laksa..The best laksa...Bila makan laksa kat kedai, bagi aku tetap tak boleh challenge laksa mak aku punya...Teringat2 u..

So ni cara aku celebrate birthday...Simple kan..Tak kisah..Yang penting, family di sisi...

Note : Sorry, kualiti gambar kurang memuaskan pulak..Sbb guna handphone kot..Kalau nak paparan lebih jelas, klik pada gambar, k...eh!!kalau korang nak tengok lebih clear la..tiada paksaan di situ...

You Might Also Like

3 Comment

  1. Biar simple asalkan sweet barulah simple and sweet. Dapat sikit idea nak bagi apa kat orang rumah bila sampai masanya nanti insya Allah.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Selamat hari lahir Fieza....dah masuk 30-an ni, sambutan birthday dah lebih "tenang" dan tak huha huha lagi kan? Heheh.....Yani pun kalau birthday takde sambut beriya, inshaAllah lebih suka buat sedekah dari jamu org makan.

    ReplyDelete