Rawatan Untuk Penyakit PCOS

21:10

Top entry di blog ~ Aku Penghidap PCOS

Entry kat atas ni antara carian utama oleh korang di google dari info yang aku semak di GA..

Terima kasih korang..sudi singgah ke blog aku cari info pasal ni.Ada juga yang tinggalkan komen bertanya rawatan untuk PCOS ni..Segala maklumat yang ada disini hasil dari pembacaan & pengalaman aku sendiri serta kawan yang pernah membuat rawatan tersebut..Jadi kalau berbeza dengan korang yang pernah menjalani rawatan ini, boleh la kongsi di ruangan komen..

Okey,sejujurnya dari pembacaan aku di group FB tiada rawatan khusus untuk PCOS selain dari pemeriksaan doktor & rawatan kesuburan secara moden dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu bagi merangsang kesuburan..Cara rawatan bergantung kepada pandangan pakar sakit puan masing-masing & keadaan kita semasa melakukan pemeriksaan kesuburan tersebut..Ada yang perlu menjalani pembedahan yang dipanggil ovarian drilling untuk membuang telur2 yang tidak matang yang berkumpul di ovari kita..info seperti dibawah: ~

Rawatan laparoscopy dan ovarian drilling

 
Ini adalah satu kaedah baru dimana pesakit “polycystic ovary” akan menjalani pembedahan kecil yang memerlukan bius am. Teropong laparoscopy untuk melihat ovari dan seterusnya laser drilling akan dilakukan dengan menggunakan elektrik cautery ataupun laser cautery. Kaedah rawatan ini juga menghasilkan kehamilan dalam lingkungan 50 hingga 60 peratus. 

SUMBER : Hamidarshat6

Video klip atas dari YouTube

Ada yang tidak perlu menjalani rawatan seperti di atas..Selepas pemeriksaan, Dr akan memberi CLOMID iaitu sejenis ubat kesuburan kepada kita untuk beberapa cycle bagi membantu pengeluaran/pembesaran telur. Sekiranya telur2 kita memberi tindak balas kepada ubat ini, Dr akan cadangkan ke peringkat seterusnya iaitu IUI..Bagi proses IUI ni, untuk pesakit yang telur2nya tidak membesar perlu membuat suntikan Gonal F..Iaitu suntikan untuk membantu proses pembesaran telur..Suntikan ni perlu dibuat sendiri di rumah..

Proses Ujian hysterosalpingogram (HSG) iaitu pemeriksaan saluran tiub fallopio akan dilakukan juga untuk memeriksa keadaan tiub kita..Dalam sesetengah kes, pesakit berjaya hamil selepas membuat proses HSG kerana saluran kita telah dibersihkan..Apapun semua bergantung pada rezeki masing-masing..

PCOS bukan sahaja dialami oleh kita yang masih tidak hamil, ada juga yang berjaya dapat anak pertama tetapi susah untuk hamil lagi untuk yang berikutnya..Selepas di periksa, didapati pesakit mempunyai masalah PCOS..

Di atas ni serba sikit info mengenai perubatan moden untuk PCOS..Selain dari perubatan secara moden ,kita juga boleh cuba amalan/tips dari PCOSer yang berjaya hamil seperti dibawah.. 

Entry ni khusus aku kongsikan maklumat berkenaan amalan pemakanan untuk PCOS yang cuba hamil secara natural..Dari pembacaan aku, ramai wanita2 yang menghidap PCOS, berjaya hamil dengan mengamalkan tips yang lebih kurang sama, jadi aku kumpulkan  kat sini sebagai rujukan aku & korang juga yang mencari maklumat..

 Khusus buat kita yang sukar hamil disebabkan oleh masalah PCOS, hormon, cyst atau fibroid..

1. Pemeriksaan kesihatan suami isteri untuk kenal pasti masalah masing-masing.

2. Amalkan low carbs diet atau diet atkins..Dari pembacaan aku di group untuk Diet atkins, ramai juga yang berjaya hamil selepas mencuba diet ni. Tak kisah samaada kita mempunyai masalah berat badan berlebihan @ normal, kita cuba untuk kekalkan berat yang sedia ada dengan jaga pemakanan kita kerana PCOSer mempunyai kadar insulin tinggi dalam badan.

3. Bersenam (Sekurang-kurangnya 15 minit setiap pagi atau petang) untuk keluarkan peluh.

4. Amalkan pemakanan sunnah seperti (Habatussauda, susu kambing, kurma, pati delima gulsan,olive oil, VCO, unsalted badam, air zam-zam)

5. Tambahan dengan pengambilan multi-vitamin (GNC atau Blackmore), fish oil & asid folic untuk cukupkan vitamin yang kurang dalam badan.Aku tengah amalkan multi-vitamin jenama Blackmore.

6. Ganti gula dengan stevia.

7. Elakkan makanan/minuman yang manis, masam, berangin, tajam & bergas.

8. Makan beras perang, roti wholemeal, biskut cream cracker.

9. Elakkan semua produk berasaskan soya &  susu lembu.

10. Cuba kurangkan atau elakkan makanan & minuman segera yang telah di proses kerana tidak elok untuk stabilkan hormon kita.

11. Elakkan mengambil makanan perisa tambahan/yang ada ajinomoto (contoh : kiub ikan bilis).

12. Rajin bersedekah walaupun RM1.

13. Berurut untuk kesuburan.

14. Berjumpa dengan ustaz (untuk check masalah dalaman, mana tahu ada orang dengki atau gangguan).

15. Cuba bersama pada hari subur. Stabilkan period dahulu & buat ujian OPK (test hari subur) atau BBT (korang boleh rujuk kat sini)..Kedua2 cara ni aku pernah buat tapi aku berhenti dulu sebab aku tengah amalkan beberapa produk..Aku tak nak terlalu stress diri sendiri..Jadi aku usaha mengikut kemampuan diri..

16. Jangan stress sangat..Pergi bercuti dengan pasangan/keluarga.

17. Sekiranya dah berjaya hamil, rahsiakan untuk 3 bulan pertama.

Ni antara tips2 yang kita boleh cuba..

INFO MENGENAI PCOS untuk korang yang nak tahu apa itu PCOS?

Nampak tak bulat2 kecil & berderet ?tue la keadaan telur dalam ovari seorang PCOS..telur yang tidak matang..Untuk proses persenyawaan, telur kita perlu mencapai size matang (18mm ke atas)..

Simptom pesakit PCOS

Punca PCOS


Makanan yang boleh menyebabkan PCOS

Nak tahu simptom2 PCOS, korang boleh klik link di atas sekali..

You Might Also Like

2 Comment

  1. Saya penghidap pcos.. berjaya hamil anak pertama tetapi susah nak dapat anak ke-2. Kerana tiada ovulasi. Bole share apa supplement yang dimakan? Cara-cara plan diet terperinci?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear, good to hear you berjaya pregnant..me, i'm still trying..dan i baru tahu sejak tahun lepas sebab ada kakak yang i pi urut, nasihatkan for PCOS macam kita, kena turunkan berat tak kisah walaupun kita kurus..macam saya sendiri, saya memang kurus..so nak turunkan berat, kena exercise..banyakkan berpeluh untuk bagi toksin dalam badan keluar..dalam group yang i joint di fb, ramai PCOSer berjaya pregnant naturally, dengan cara macam ni plus jaga makan..PCOS kena kurangkan pengambilan makanan karbohidrat..

      Delete