aku penghidap PCOS..

15:47

Lama aku tak story pasai TTC aku kan..last year masa aku start buat blog aku nak share story TTC aku tapi skrg aku rasa dah byk entry aku lari dari tajuk TTC..ngeeee..akceli aku malas nak story selalu sgt pasai TTC sbb nanti ahkak stressssss..tapi tadi masa BW, terjumpa blog findingtwolines so tertarik dengan topik PCOS yang dia tulis..aku pun nak share jugak le coz aku salah seorang penghidap PCOS..sedeynyeeee..PCOS ni tak le membahayakan cuma sebagai pesakit PCOS kita kena jaga @ kawal pemakanan kita but aku kan susah nak kontrol (alasan ni padahal diri sendiri yg tak mo kontrol)..kang tetiba mr hubby ajak makan KFC ler, MCD ler..haiiii,kalah aku dengan fastfood ni..untuk TTC especially PCOS ladies macam aku, fast food sangat tak digalakkan..tapi kadang2 tu belasah jugak le fastfood..

sambung story tadi..

Apa tu PCOS?

Polycystic ovari atau PCOS adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak, pada permukaan luar ovari mempunyai banyak follicles yang kecil dan menimbulkan berbagai jenis masalah kesihatan pada wanita tersebut. Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita Malaysia dan mencapai tahap yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.

masa aku buat treatment fertility kat hospital, dr scan untuk tengok keadaan rahim aku macamne & aku punya macam gambar yang dibawah..huhu..so aku salah seorang wanita PCOS..

TANDA-TANDA PENYAKIT PCOS

TIDAK SUBUR ATAU MANDUL.
Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCOS datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Mereka ini mudah meningkat berat badan mereka dan seringkali peningkatan ini berlaku secara mendadak. 
1.Haid tidak teratur. >>>> yes, aku dalam kategori cik P tidak teratur..
Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sehingga 3 atau 6 bulan untuk datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sehingga mencecah satu tahun tidak datang haid.

2.Gemuk @ obesiti >>>>>> aku tak gemuk..okey je..
Peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obes. Ini juga tanda lain bagi polycystic ovari. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak iaitu selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas. Ia terjadi kerana sel badan menahan dari hormon insulin yang mengawal gula. Insulin ini menahan sel pertahanan dari menggunakan gula di dalam badan secara normal dan gula tersebut di simpan sebagai lemak secara terus.

3.Darah haid sikit atau/dan berpanjangan >>>>> kadang-kadang
Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, mereka juga boleh mengalami perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovari akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami pendarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa henti.

4.Tumbuh rambut. >>>>>> ada kat kaki..mr hubby selalu buat lawak nak cabut bulu kaki aku & cukur kat atas mulut aku coz ada bulu2 halus cam misai..
Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini adalah disebabkan hormon androgen yang berlebihan menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovari.

Fakta-fakta penting secara ringkas berkenaan PCOS:

Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.
  • Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS. 
  • Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.                  
  • Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi.
  • Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan.
  • PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.
  • Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza diantara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar untuk dibuat.
  • Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka dan keguguran rambut. >>>>>> aku mengalami keguguran rambut yg teruk..huhu
  • Untuk membuat diagnosa PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami sekurang-kurangnya 2 dari criteria berikut:
    • Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
    • Tahap hormon androgen yang tinggi, atau
    • Polycystic Ovari
  • Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.
  • PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.
  • PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.                   
  • Rawatan bergantung kepada samada wanita berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.
 Kredit info dari >>>>> qasehdindakanda


aku baru dapat new info dari blog findingtwolines..untuk TTC sekiranya nak minum susu yg dalam kotak tu..digalakkan pilih yang FULL CREAM not LOW FAT..sebabnye korang baca kat sini..aku nak explain pun tak baper nak pandai tapi aku baru tau >>>>>> siapa-minum-low-fat-milk..tapi lagi elok sekiranya kita TTC amalkan minum susu kambing..ngeeeee..>>>> ditujukan pada mr hubby "sayang,tolong belikan susu kambing"..

You Might Also Like

16 Comment

  1. PCOS masih ada chance untuk pregnant.. harap2 ada rezeki awak

    ReplyDelete
  2. Baru tau pasal ni kak....
    Thanks sharing...
    Semoga ada rezeki anak untuk akak dengan suami... =D
    Insyaallah...
    Usaha tangga kejayaan.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Inshaallah..Aamiin.. :D

      welcome AJ..sharing is caring gitewwww..hehe

      Delete
  3. dear,
    semoga tabah hadapi nya.. kekadanag kita akan rasa down sgt bila pikir masalah yang kita hadapi.. selagi ada cara untuk dptkan anak, selagi tu kta ade peluang, kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaallah..sentiasa tabah & sabar..betui tu, selagi ada cara lain, kita cuba usahakan..

      Delete
  4. Salam sis . Kite pun ada pcos . Diagnose ada pcos time form 2 , muda kan ? Hehe . Sekarang baru lapan belas tahun . Sobs . Nak tanya , sekarang sis dah ada baby ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm sis, sama lah, dlu wex pn dpt symptom start form 2 (tahun 2001). Awal form 4 wex is diagnosed having PCOS and start metformin ngn hormone pil. Tapi dah stop sbb lose weight ngn having regular menstruation. Tp start balik irregular mense sbb gain weight.

      PCOS nih syndrome imbalance hormone in women dan masih tidak diketahui puncanya lagi.

      Victoria Beckham has PCOS.

      Delete
  5. salam, maaf menganggu.. Jemput baca masalah customer saya nie.. Dia menghidap PCOS juga.. Dia sertakan pada saya gambar scan rahim yang ada biji2 kecil di dalamnya. Alhamdulilah sekarang customer saya dah preggy... Produk ini disyorkan oleh doktor perubatan.. Mungkin Puan boleh pertimbangkan sebagai alternative untuk PCOS
    http://kokoadik.blogspot.com/2014/02/ekstrak-kacip-fatimah-testimoni-dari.html
    http://kokoadik.blogspot.com/2014/06/ekstrak-kacip-fatimah-utm-customer-pcos.html

    ReplyDelete
  6. Salam sis..saya Ibu yg mempunyai 2 ank..selepas bersalin ank kedua..period jd xteratur..doc sahkan saya pcos..sedih Sgt..mmg xde rawatan ke..

    ReplyDelete
  7. Salam sis..saya Ibu yg mempunyai 2 ank..selepas bersalin ank kedua..period jd xteratur..doc sahkan saya pcos..sedih Sgt..mmg xde rawatan ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis..saya ada buat entry khas mengenai soalan sis seperti diatas..klik di sini >> http://www.fiezasani.xyz/2016/04/rawatan-untuk-penyakit-pcos.html

      Delete
  8. Saya alami kemurungan lpas dapat tau yg saya ni ada pcos.sebab yg sedihnya, xde ubat..aduhaii..sedihhhhhhhh

    ReplyDelete
  9. Saya alami kemurungan lpas dapat tau yg saya ni ada pcos.sebab yg sedihnya, xde ubat..aduhaii..sedihhhhhhhh

    ReplyDelete
  10. Saya pun ada PCOS. Almost 4 years juga TTC baru berjaya hamil. Jgn risau. Walau pun kita ada PCOS insyaAllah kita boleh hamil. If nak tips dari saya boleh whatsapp saya 019-7291846

    ReplyDelete