AFB Feeds

Komitmen pada tugas

12:47

 Komitmen pada tugas..Suka ke tak suka SYMP - Saya yang menurut perintah..Begini la jadi P.A., kadang kena ganti P.A. bos atasan sebab kekurangan post untuk P.A di jabatan kerajaan..Pasrah je la P.A2 sedia ada untuk jadik P.A. pool jugak..pikir positif je..walaupun kadang2 kitaorang ada juga tugas hakiki yang kena buat..Tapi orang suka cakap 'eh..kerja kerajaan bukannya sibuk pun'..rasa nak pang je sapa yang cakap tu..cuba try test duk kat tempat kitaorang..Nampak je kitaorang cam rilex tapi hakikatnya banyak tugas lain..kalau style aku, aku suka buat keja..dapat je keja tu, terus buat..tak nak tangguh2..satu - takut terlupa..dua - kalau dah pending selalunya mesti malas nak buat..lepas tu tangguh lagi..penyudah kena marah dengan bos..tiga ~ kerja cepat setel..selagi ko tangguh, selagi tue la kerja tu berbalik pada ko..ini boleh menyebabkan stress..penyelesaiannya, setelkan kerja secepat yang boleh..dapat je terus buat..tu la style yang aku buat..kalau tak serabut pikior..

2 hari lepas, aku E/L sebab mr hubby jatuh motor..kaki bengkak..harini masuk ofis, bertugas jadi  P.A. ganti..dah tau dah..dah dimaklumkan melalui e-mail..Jadi ikut je arahan..

Nasib baik rilex sikit harini, bos yang aku kena jaga tak de di ofis..YEAY!!Nampak tak..happy..rilex sikit..rilex2 pun, surat tetap kena rekod walaupun bos tak de..panggilan masuk, kena jawab..jawab call tu pun bukan jawab saja..bila dah jawab tu, ada la kerja yang kena buat..panggilan telefon = kerja..so, sapa cakap kerja kerajaan goyang kaki..main fb je..meh nak lempang sikit..kerja kerajaan ni ikut jabatan yang ko bertugas..kalau dapat yang sibuk, memang ko sibuk la..kalau dapat rilex..rilex la ko..Jadi apapun ikut nasib masing2..kalau dapat yang rilex tu, memang syok la..cukup bulan amik gaji..part tu best tapi minda kurang berkembang sebab tak de kerja..eh..kadang2 tak de kerja langsung pun boring jugak tau..duk je depan pc..tak de menda nak buat..Jadi syukur la bila ada kerja nak kena buat..ahaks!!



You Might Also Like

1 comments

  1. janji tak melampaui batas kira ok la kan. dan paling penting, lagi komit kita dengan kerja, lagi berkat gaji yang kita dapat tu

    ReplyDelete

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.