TTC..jom kita bantu pada baby yang memerlukan bantuan kita ni..kita nak baby, belum ada rezeki lagi..jadi meh kita bantu baby orang lain..Berkat bantu baby orang lain, murah rezeki kita..Insya'allah..Aamin..Untuk yang bukan TTC pun digalakkan membantu jugak..Disamping kita melakukan amal jariah, dapat juga kumpul pahala..Benda baik harus la kita kongsi bersama..Kalau ada yang nak war2kan projek ni pun dialu-alukan..Kalau viral, ramai lagi orang yang boleh membantu..Nasib bayi2 ni pun sikit sebanyak terbela..Meh nak share story pasal Projek ni..
 
Project BabyBox..
Sebelum ni dikenali dengan nama Projek Tamak Pahala tapi dah ditukar nama kepada seperti diatas selepas berdaftar secara rasmi sebagai Cradle of Love Association “Persatuan Buai Sayang”. Jadi segala sumbangan akan terus ke akaun ini.

BabyBox Project adalah program bantuan sumbangan kepada ibu bapa yang mempunyai bayi tapi kurang berkemampuan… Jadi bagi meringankan beban keluarga tersebut, BabyBox Project ni diadakan bagi membekalkan keperluan untuk bayi tersebut…



Antara keperluan baby yang diperlukan dan akan dimasukkan dalam BabyBox…
Apa yang ada dalam BabyBox ni?
Okeh BabyBox ni terbahagi kepada 2 box ikut kategori … Kategori A untuk baby berusia 6 bulan ke bawah dan kategori B pulak untuk baby yang berusia 7 bulan sehingga 1 tahun… Kategori ni diasingkan sebab keperluan untuk baby 6 bulan ke bawah dan atas 6 bulan adalah berbeza jadi barang yang ada dalam BabyBox ni pun berlainan…

Antara barang yang ada dalam BabyBox adalah baju siang dan malam, sarung kaki, bibs, lampin, barut, selimut, tuala, sabun mandi, botol susu, berus botol susu, minyak sapu, termometer dan macam-macam keperluan lagi.

Siapa yang layak menerima sumbangan BabyBox ni?
Kiteria penerima bantuan babybox adalah seperti berikut :


– Pendapatan seisi rumah RM1,000 ke bawah
– Tanggungan lebih 8 orang (RM3,000 ke bawah)
– Ibu/bapa tunggal
– Anak yatim piatu (jika ada bayi yang ibu atau bapa atau kedua2nya meninggal dunia & tinggalkan bayi berusia bwh 1 tahun kepada penjaga)



Bagaimana untuk menyumbang?
Selain sumbangan dalam bentuk wang ringgit, korang juga boleh menyumbang dalam bentuk barangan keperluan yang dah disenaraikan kat atas tadi atau pun barangan terpakai yang masih elok. Yang mana barang sesuai untuk dimasukkan dalam baby box diorang akan sumbangkan tapi kalau ada barang sumbangan yang tak sesuai untuk disumbangkan diorang akan jual dalam jualan amal dan hasil jualan akan disalurkan kepada tabung BabyBox…


Untuk makluman, setiap satu Box bernilai RM30 dan kalau korang nak menyumbang boleh buat sumbangan wang tunai ikut bilangan box yang nak ditaja atau pun kalau nak sumbang RM5 atau RM10 pun takda masalah… Ikut keikhlasan masing-masing… Boleh salurkan sumbangan korang melalui no akaun di atas ni…

Ohh yaa… Program BabyBox didaftarkan di bawah Persatuan Buai Sayang iaitu badan NGO yang menaungi program ni. Kalau ada yang was-was boleh refer sijil kat bawah ni…




BabyBox yang siap di packing dan sedia untuk disalurkan kepada penerima…

Keratan akhbar Metro pada 27 Mac 2016
Maklumat lanjut : ~
 
Facebook : ProjekTamakPahala 
Instagram : ProjekBabyboxMalaysia

0 Comments