Harini aku ke klinik gigi..sapa yang baca entry aku pasal systema haritu, perasan tak aku ada mention pasal aku ada gigi berlubang..tak sakit pun tapi rimas sebab bila makan je masuk kat situ..kadang jenuh tolak dengan lidah, keluarkan balik sisa makanan..tak selesa..

Tadi beranikan diri pergi jugak ke klinik gigi..semalam dah cadangnya nak gi ke sini tapi masa sampai kat klinik dah petang..untuk pesakit luar, waktu pagi sahaja..jadi tunda ke harini..

Aku gi Klinik Pergigian Petaling Bahagia..dekat dengan rumah..1st impression masa tanya dengan nurse semalam, kena buat appointment ke untuk datang harini?nurse peramah..cakap dengan kita pun senyum..okey, pass..Pagi tadi dalam pukul 9.30 sampai..Buat pendaftaran..memandangkan aku kakitangan gomen, guna GL saja..part ni untung kerja gomen..ajak mr hubby sekali untuk buat scalling..lepas pendaftaran, aku dapat no.1007 & mr hubby 1008..lepas setel tu, tunggu turn..orang tak ramai..adoiii..nerves weii..paham je la klinik kerajaan camne kan..dalam15-20 minit tunggu, terus naik no.mr hubby dulu..eh..cuak dah aku..takut aku tak perasan no.aku dah lama naik..tapi sibuk sangat main hp sampai tak perasan..mr hubby dah masuk bilik rawatan..aku pi tanya kat kaunter pendaftaran..ada sorang kerani perempuan yang jaga situ..sambil tanya dengan kerani tu, aku tunjuk no.giliran aku 'cik..no saya dah naik ke?'..kerani tu pandang aku dengan pandangan sinis & jawab 'tak tahu..tak tahu..pergi la masuk bilik rawatan straight situ'..aku macam..dah kenapa ko senyum sinis & jawab dengan nada annoying?aku tau la aku salah sebab tak perasan no.giliran dah naik..dah tu tak boleh jawab elok2..aku kerja gomen..ko pun kerja gomen..tak yah nak ek sangat dengan aku, boleh???

Masuk bilik rawatan..nurse sebut nama aku, terus tanya aku nak buat apa?aku bitau gigi berlubang..lepas tu macam biasa kena baring kat kerusi pesakit tu..dup dap dup dap..dr check..dan gigi aku ada 2 berlubang..belah belakang..dr tanya aku nak cabut dua2 ke?aku cakap nak cabut 1 yang aku tau berlubang..aku tak tau ada lagi satu yang dah berlubang jugak..ishhh..macam nak bergaduh tadi dengan dr..aku cakap suh cabut yang berlubang hat besar..dia cakap yang belakang sekali lagi besar dari yang aku tunjuk tu..penyudahnya, cabut yang hat belakang tu je..lagi 1 tu, kalau tak silap dr beritahu kena datang lagi..

Dalam bilik rawatan tu, aku ternampak la ada sorang pesakit kena pegang yang tempat air tu sambil dr check gigi dia..teringat member aku cerita kalau gi klinik kerajaan , dia pernah kena pegang macam tu jugak..hehe..aku tak kena la tadi..kalau klinik kerajaan, bilik dia open..naik segan pulak tadi..dr pun sempoi giler kowt..pakai sandal getah tu je..ermmmm..
Patut la member aku ada cakap, kalau nak cabut gigi ke, tampal gigi ke keluar duit sikit pergi klinik swasta..layanan pun okey..hati tak sakit..kita tak kena pandang sinis macam aku tadi..
gomen ohhhh gomen..

4 Comments

  1. betul tu.. saya pun pegi klinik swasta.. tak sanggup ke klinik kerajaan.. ngeri.. huhu..

    ReplyDelete
  2. huhuhu...penah gi both swasta n gomen... gomen ada yg baik layanannya, ada yg x ramah dan x mesra alam. swasta, memang dorang kena layan baik kita, kalo tak x dop customer nak datang balik ... ehehhe...

    memang kena canut eh? x leh nak tampal dah gigi u tu fieza?

    ReplyDelete
  3. mm.. kerana seorang habis dpt imej buruk kan...

    ReplyDelete
  4. pernah g gomen sekali je pastu xnk dh. biarlah sanggup melabur sikit utk selesa

    ReplyDelete