Jumaat lepas gi jalan-jalan kat dalam SPM, termasuk dalam Kaison. Saja cuci mata..Tahu lah kat situ kan untuk deko-deko, banyak pilihan..Lepas tu barang-barang lain pun ada..Hah salah satu, lanyard kad ni..Sangkuttt jugak sis ni..Kebetulan lanyard kad yang sedia ada dah uzur..Lanyard yang k.fiezz guna sekarang ni gift dari bos.. Boleh baca kat sini > LANYARD <.. Sebenarnya lanyard tu bos bayar yuran kursus so pihak urusetia bagi door gift lanyard card tu dan wristlet beg..Consider bos bagi lah sebab dia bayarkan yuran kursus tu..

Dah setahun lebih lah guna lanyard kad tu rupanya..

Memang guna sepenuhnya sampai dah lunyai rupa dia..Nak pakai hat lain, sis ni sejenis sentimental sikit. Sayang nak buang & beli baru..Gigih lah pakai jugak lanyard uzur tu..

Tapi tersangkut jugak lanyard Kaison ni, hah..Harga RM9.90..Siap ada loceng tapi sis buang lah loceng tu. Sat gi duk berbunyi bila berjalan, orang dah tahu k.fiezz yang datang..hehe..


lanyard kad

Comey lanyard kad nya..Ada 3 slot kad belah depan & 2 belah belakang...Tengah tu untuk letak duit. Kecik je slot untuk letak duitnya..Okey lah senang bila keluar beli breakfast & lunch, bawa duit yang nak bayor makanan je..Tak payah bawak purse besor sis tu...

lanyard kad

Tadaaa atas tu lanyard baru..Ada 3 slot untuk letak kad..
Bawah, lanyard lama..Udah uzurrr kan tengok rupa dia tu...

lanyard kad

Masa duk tukar kedudukan kad-kad dari lanyard lama ni, baru lah perasan rupanya kat bahagian penyangkut tu udah nak tercabut benor weiii..Seyes sis tak perasan..Tunggu masa je tu...Adeh..Kira k.fiezz beli lanyard kad kaison yang baru ni memang tepat pada masa dia...Masa beli lanyard baru kat Kaison memang sis tak perasan pun yang hat lama ni dah tunggu masa je nak putus kat penyambung tu..Sis beli je lanyard kad kaison tu sebab tengok comel & ada tempat letak duit..Tu je..

Haritu masa balik lepas dah tukar kad-kad ke lanyard baru ni, k.fiezz saja cuba touch kad akses bangunan, tanpa keluarkan kad bila lalu kat laluan keluar..Eh berfungsi helokk..Kat laluan LRT pun sama, bila touch ic elok je terbuka laluan dia..Suka ni..Tak payah nak keluar masuk kad dari lanyard kad setiap kali nak guna...Tak tahu lah baru-baru ni je elok..Nanti dia buat hal..We see..hehe...

Psstt - Sejenis suka benda comey...

0 Comments