Satu lagi produk dari Hatyai yang k.fiezz kirim beli kat adik ipar tahun lepas, brightening and anti aging serum.  K.fiezz dah start pakai ni dalam 1-2 bulan lepas. Saiz 30ml. Lamanya baru pakai yang ni pulak. Kisahnya k.fiezz ada beli serum lain lagi selain ni. Jadi k.fiezz habiskan dulu yang mana ada..Ni baru sampai turn brightening and anti-ageing serum yang ni pulak..

Tengok saiz macam sikit je tapi 30ml ni kira banyak juga untuk k.fiezz seorang pakai. Sebab serum ni pakai sikit je tiap kali guna..Jadi boleh tahan lama...

FUNGSI BRIGHTENING & ANTI AGEING SERUM

Diformulakan dengan Vitamin C Advance Plus, ditambah dengan 2x Hyaluronic Acid untuk cerahkan kulit yang kusam & mengurangkan kedutan pada muka. Cepat meresap ke dalam kulit untuk menyihatkan kulit secara mendalam dan menyegarkan semula kulit yang semakin menua..hehe... 

Pemakaian yang konsisten boleh membantu mengurangkan kedutan pada kulit & kulit nampak lebih glowing.. Jangan risau brightening and anti ageing serum ni tak ada mengandungi PARABEN

brightening and anti aging

Saiz 30ml

brightening and anti aging

Fungsi & cara pemakaian di kotak

CARA PEMAKAIAN SERUM NI?

Selepas cuci muka & lap kering dengan kain, pakai toner & diikuti serum ni. Pump serum pada hujung jari, kemudian calitkan pada muka dan ratakan pada keseluruhan muka sebelum pakai pelembap. Diikuti dengan skincare yang lain sampai lah ke proses mekap pula..Untuk yang bermekap lah macam sis...

HASIL PEMAKAIAN BRIGHTENING AND ANTI AGING SERUM

Tengok muka sis macam helok je berseri-seri..haha..So far k.fiezz guna ni nampak muda gitu..Eh..haha.Perasan..

Tapi honestly so far guna ni, k.fiezz rasa okey. Nampak muka tu macam maintain je..Tak ada lah nampak kedut-kedut ke apa..Ni pada pandangan mata sendiri lah yeak..

Tekstur serum brightening and anti-ageing serum ni pun cepat kering bila apply kat muka..dan tak ada efek melekat-lekat bagai..Sis loike..

Rupanya k.fiezz beli serum ni ada 2 ketui..Satu saiz kecil & satu saiz 30ml ni..Tak perasan..Baru duk rungsing ni nanti dah habis, celah mana nak repeat beli sebab ni import maaa dari Hatyai..Sekali haritu buat 5s, terjumpa serum ni yang saiz kecil..Legaaa di situ..Satu botol ni pun tahan lama sebab tiap kali pakai sikit je..

Psstt - Insyaallah bulan depan repeat trip ke Hatyai, boleh lah borong serum ni..hehe..


0 Comments