Cuba Spaghetti Kat Crispy Chippy
Menu lunch Jumaat lepas masa k.fiezz ke SOGO..Nak cari hadiah kahwin untuk officemate. Dah ke situ, beli lah lunch juga. Tukar selera lah sikit..Asyik makan kat area pejabat je..Bosan juga yea tak?K.fiezz cari hadiah kahwin untuk officemate kat tingkat 5..Lepas dah setel cari hadiah, k.fiezz naik tingkat 7. Kat level ni ada kedai makan juga selain tingkat 6 yang ada food court..
K.fiezz kalau ke SOGO ni, memang selalunya beli lunch yang kat tingkat 7 ni..Ada pilihan beberapa kedai, kali ni k.fiezz pilih CRISPY CHIPPY lagi...
Kali ni tukar menu pula. Sebelum ni k.fiezz pernah cuba kuetiau goreng singapore kat sini. Rasa dia, errr boleh lah..haha..Sedap tu subjektif kan..Jadi kali ni pilih Spaghetti..Tiber tekak rasa nak makan spaghetti pulakkk..Ehhh ngada tekak ni..hehe...
SEDAP KE IDAK?
Alamakk...Errr boleh lah..Macam kurang garam tapi habis juga lah k.fiezz bedal sebab lapar agaknya..haha..Lain kali ke sini, try lah tukar menu lain..
Overall dari segi rasa dia, boleh lah lalu kat tekak..Tekstur spaghetti tu pun just nice untuk dikunyah..Kira okey lah untuk k.fiezz sebab berjaya habiskan...Kalau keras, memang idak lah sis nak perabiskan. Penat nak kunyah..
Air, redeem Avocado Smoothie kat Kenangan..Macam biasa dah cukup point untuk dapat percuma 1 air jadik harus lah redeem sebelum tarikh untuk redeem expired...hehe...
Pssttt - Tekak ni kadang nak selera melayu, kadang nak selera omputih..aihhhh..Ngengada tau..hehe...
0 Comments