Cuba lah Kuetiau Goreng Singapore Ni. Sedap Ke Tak
Semalam lunch, k.fiezz lari kejap ke SOGO..Nak cari mask rambut & shower gel kat Guardian/Watson. Belakang pejabat k.fiezz ni ada je SpeedMart. Shower gel ada je kat situ tapi mask rambut kena pi drug store..Kebetulan bos k.fiezz cuti semalam, jadi boleh lah lari kejap ke SOGO time lunch. hehe..Aihhh masalah betul bila pejabat dekat tengah-tekan bandar, dekat dengan segala tarikan. Asyik lah nak ke mall..haha..Alasan..Padahal suka..
Lepas dah cari mask rambut & beli shower gel kat Guardian. K.fiezz cari makan sekali kat situ. Kat SOGO tu banyak je kedai-kedai makan. Pilih je nak yang mana. So untuk lunch semalam, k.fiezz try beli lunch kat Crispy Chippy ni..Tingkat 7, berdepan je dengan Guardian & Mr DIY..Tak pernah cuba makanan kat sini. Takat beli air, pernah lah kat sini sebab temankan kawan k.fiezz dah penat berjalan dalam SOGO..So kali ni cuba lah menu kat sini..
ORDER KUETIAU GORENG SINGAPORE
Sebabkan k.fiezz ni peminat kuetiau, jadi sis order kuetiau goreng singapore..Kena guna passport menu makan tengahari semalam..haha..
Lepas order, kena tunggu kejap. Diaorang ada bagi macam 1 cip kot, nanti order dah siap. Cip tu berbunyi & boleh lah pi ambil kat kaunter. Sementara tunggu kuetiau goreng Singapore k.fiezz ni siap, k.fiezz masuk dalam Mr DIY..Saja jalan-jalan dalam tu..Elok k.fiezz dah bayar kat Mr DIY, cip k.fiezz tu berbunyi. Order k.fiezz dah siap..
Masa ambil kat kaunter, terkejut tengok sebelah bungkusan kuetiau goreng singapore k.fiezz, ada air teh o ais..Rupanya sekali..Dapat free..
SEDAP TAK KUETIAU GORENG SINGAPORE KAT SINI?
Errrr..Lapar..Makan je lah..haha..Review jujur, kuetiau goreng dia rasa tawar hambar..Tapi sebab lapar, sis makan je lah..Cuma nak puji part bahan-bahan sampingan dalam kuetiau goreng Singapore ni meriah. Ada telur, tauhu, fish cake, udang..Sayur tauge pun just nice tak banyak sangat..K.fiezz makan je sayur tapi kalau banyak sangat, serabut. Tapi nasib baik yang ni okey je..Daun kucai pun tak banyak..Nasib baikk..K.fiezz tak suka kucai ni tau..Tak lut kalau kunyah..Hat ni tak banyak sangat di letak, jadi boleh letak ke tepi...
So lain kali nak repeat lagi ke kuetiau goreng Singapore kat sini? Tak mau..haha..Cuba lah menu lain pula...
Pssttt - Sesi food hunting kat SOGO..haha..Mentang lah pejabat dekat dengan SOGO..Kemain boleh food hunting dalam tu..haha...
4 Comments
Sogo ni beberapa stesen je dgn rumah saya tapi tak pernah lagi try makan dekat tingkat 7 tu. Selalu makan kat food court je. Ada beza ke kuetiau goreng singapore dengan kuetiau biasa?
ReplyDeletetak tau lah ada beza ke tak kuetiau spore & kuetiau biasa..hat ni kurengg...tawarrr hambar...
Deletekalau Ana pon jenis kurang suka kucai bila dlm k.teow & Ana akan asingkan satu-satu ke tepi hehehe
ReplyDeleteNampak macam Char Koey Teow tapi versi kering. I is sukaaaaaaaa. Nanti bila balik KL nak try lah. Tak pernah lagi pi kat Tingkat 7 tu, next balik kampung, mesti kena singgah Sogo.
ReplyDelete