Macam lama tak kongsi resipi dari Dapur Fieza Sani. Terbaru k.fiezz mencuba resipi sotong goreng kunyit. Mula ingat nak buat sambal je tapi sebab mr hubby tak minat sambal-sambal ni, k.fiezz tanya nak masak menu apa dengan sotong ni. Mr hubby bagi idea resipi sotong goreng kunyit..Okey, siap. haha..Ewah..Moh lah cari resipi sotong goreng kunyit kat Mr Google. K.fiezz tak pernah masak resipi ni kalau tak silap. Kalau ayam goreng kunyit k.fiezz biasa masak sebab favourite sis. Sotong goreng kunyit, tak pernah.

RESIPI SOTONG GORENG KUNYIT

Bahan-Bahan :-

  • Sotong (K.fiezz masak untuk 2 orang makan. Sotong pun jenis sederhana je, jadi potong kecil)
  • Kacang buncis (hiris)
  • Lobak merah (hiris)
  • 1 biji cili merah (hiris)
  • 1 biji cili hijau (hiris)
  • 1 biji tomato (hiris)
  • Kobis bunga (potong kecil-kecil)
  • Serbuk perasa
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • Sedikit air


Bahan Untuk Ditumis : -

  • Beberapa ulas bawang putih - tumbuk
  • 1 biji bawang holand - hiris
  • 1 sudu serbuk kunyit

Cara Masak :-

  • Cuci bersih sotong & potong ikut saiz yang korang suka.  Lepas tu perah sikit limau @ lemon & sedikit cuka (k.fiezz tak letak cuka sebab tak suka). Perapkan sekejap dalam air untuk elakkan sotong tak kecut masa dimasak nanti.  
  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih, masukkan serbuk kunyit & kacau rata.
  • Kemudian masukkan cili merah & cili hijau yang dah dihiris tadi, diikuti dengan sotong.
  • Perasakan dengan garam, gula & serbuk perasa. Kacau bagi sekata.
  • Masukkan lobak merah, kacang buncis & bawang holand. K.fiezz letak juga bunga kobis. Nak berkuah, letak air sikit. Lepas tu kacau sekata, biar kejap sampai sayur empuk. Sambil-sambil tu rasa sekali. Kalau rasa dah okey & sayur pun dah empuk siap untuk dihidangkan. 
     

sotong goreng kunyit


SEDAP TAK SOTONG GORENG KUNYIT

Sedap lah weii..K.fiezz buat juga sambal belacan + timun (ulam), wahhh layannn..hehe..Cuma portion sotong goreng kunyit ni, k.fiezz buat terlebih lah pulak. Udah tak terabis. So lain kali kena kurangkan kuantiti.

Pssttt  - Sis suka resipi yang simple-mimple macam ni...


1 Comments

  1. Sedapnya nanti nak buatlah. Kalau beli di kedai, kedekut sangat sotongnya

    ReplyDelete