Beg baru k.fiezz..Bukan boleh tengok beg tambah-tambah yang nampak cantik kat mata k.fiezz..Mula lah gatai je nak beli..hehe..Ni minggu lepas, temankan kawan k.fiezz beli beg tangan kat SOGO..Elok dia tengah membayor, k.fiezz ternampak beg pierre cardin ni kat rak..Alaahhhh cantik ni..Ambil gambar, hantar kat mr hubby..Tanya dia cantik ke idak..Hehe..

BEG PIERRE CARDIN

Sekali mr hubby jawab, 'cantikkkk'...Mr hubby tanya beli ke idak.. K.fiezz cakap tengah fikir..Pastu mr hubby offer beli lah. Halah halah..Bukan boleh ni kena offer pulakkk..Terus semangat nak beli sebab mr hubby dah offer..haha...

On the way nak keluar nak ke stesen LRT, k.fiezz singgah kejap kat tingkat 2..Laju-laju pi ambil beg pierre cardin ni, terus bayor. Tapi yang tinggal hat display ni sajo. Staff tu tanya nak ke?K.fiezz ni sebab udah berkenan sangat, ambil juga lah yang ni. Staff tu suruh check dulu, kalau okey semua boleh lah bayar..Sis check, tengok elokkk je semua..Terus ke kaunter untuk bayar...

beg pierre cardin

Tadaaaa bertambah lagi koleksi beg tangan..hehe..

Sabtu lepas k.fiezz dah rasmi pakai..Suka sangat weiii..Muat letak purse size medium & handphone. Itu pun ada lagi ruang kalau nak letak benda lain yang tak besar sangat saiz dia...

Beg Pierre Cardin ni memang jenis tali panjang sajo..Sis suka pun sebab senang nak silang je..

Material dia pun lembut & sedap dipegang..Ada dapat keychain bulu-bulu gak sekali..hehe..

Pssttt - Aduiiii camne lak nak kurangkan hobi suka kumpul beg ni..Asal nampak beg helok je, mula lah menggeletis nak beli..haha...

1 Comments