Tersangkut Offer Kasut LEWRE kat SOGO
Jumaat lepas k.fiezz ke SOGO. Saja jalan-jalan cuci mata. Konon..Tapi sesambil tu duk cari kasut untuk pakai kat pejabat. Saja gedikss padahal kasut yang sedia ada helokk lagi..Saja je point nak beli kasut baru. hehe..Biasa lah perempuan..Nafsu shopping tu kuat..hehe..
Duk cari punya cari. Dari tingkat bawah naik ke tingkat atas. Masa kat tingkat 7 masuk kat ruangan promosi. Ada offer kasut, beg, pakaian & banyak lagi barang lain..Saja masuk kat situ. Terberkenan dengan satu kasut ni. Saja duk try, eh macam cantik je..Design dia sesuai untuk pakai kat office sebab ciri-ciri dia yang tak tinggi sangat & tapak jenis rata..
K.fiezz memang dah aim nak beli kasut tu. Tanya kat salesgirl yang jaga situ ada tak saiz 4 untuk design kasut yang k.fiezz berkenan ni. Kat tingkat tu tak ada tapi dia cakap kat tingkat bawah (tempat kasut juga) ada saiz k.fiezz sebab stok baru sampai..So k.fiezz turun ke tingkat yang dia beritahu. Round punya round, jumpa kasut yang k.fiezz berkenan macam kat tingkat 7 tu..Tapiiiii..Eh dah jumpa tapi pula...K.fiezz was-was nak beli sebab kasut dia brand biasa je tapi harga agak mahal juga lepas tu masa kat situ tak nampak pun ada pelanggan yang datang pi beli atau tengok-tengok jenama kasut tu..Jadi k.fiezz dah macam was-was nak beli ke idak sebab takut brand tu jenis tak tahan lamaa..Jenama dia memang tak pernah dengar...
So cancel beli kasut tu. K.fiezz cari pattern kasut yang lebih kurang sama macam k.fiezz berkenan tu. Memang tak jumpa. Jenuh round kat area kasut yang ada macam-macam jenis jenama kat situ..Satu pun tak ada yang sama macam k.fiezz berkenan tu..Dah rasa nak beli yang tu tapi hati was-was. Berbaloi ke idak nak beli sebab brand tak pernah dengar tapi harga agak mahal...
JUMPA PUN KASUT YANG MENEPATI CITARASA
Helokkk k.fiezz nak keluar dari situ ternampak jenama kasut LEWRE kat bawah ni ada offer 2 pasang RM150..Harga biasa sepasang RM99...Saja pi tengok kat situ, eh ada pula design kasut yang lebih kurang sama macam k.fiezz berkenan tu..Apa lagi terus lah cuba..Terus sangkut 2 pasang..hehe..Mula-mula cari yang untuk pakai kat office dulu. Lepas tu adik salesgirl tu tanya tak nak beli lagi sepasang ke sebab tengah offer..Ehhh apa lagiii, harus lah beli lagi sepasang..Jimattt..
Walaupun mula-mula duk fikir nak beli lagi sepasang, takkan nak pakai kat pejabat dua-dua..Ahhh lantak lah di situ. Beli je dulu..Nanti fikir..Lepas dah beli lagi sepasang, baru teringat yang lagi satu ni boleh pakai jalan-jalan...Nampak tak kena beli dulu, lepas tu baru fikir nak pakai time bila..hehe..
LUPA NAK CHECK SAIZ KASUT
Sampai pejabat dah dekat 2.30..Kelam kabut makan, lepas tu solat..Setel solat terus buat kerja. Biasalah hari Jumaat, lepas lunch waktu kerja pendek. Sedar tak sedar dah 4.30..Kelam kabut kemas beg apa semua. K.fiezz tak check kasut yang dah beli ni okey ke idak..
Sebelum keluar dari bilik, k.fiezz letak 1 kotak kasut lewre yang baru beli ni kat bawah meja untuk pakai kat pejabat. Itu pun main letak je, tak check pun..
Sekotak lagi kasut yang untuk pakai jalan-jalan, k.fiezz bawa balik rumah.
Dah kenapa k.fiezz asyik sebut tak check tak check kasut ni..haha..Ada cerita dia..
5 Comments
comel nya saiz kaki kak fiezz
ReplyDeleteCantik kasut tu . Comel di kaki sis fieza .. haishhh mujur staff pun perasan & take action untuk cari walaupun tak jumpa . & Mujur juga dapat tukar . Ye lah kalau sebelah saiz lain , sebelah lagi lain maunyaa tak selesa nak melangkah jalan
ReplyDeleteCantik kasut tu . Comel di kaki sis fieza .. haishhh mujur staff pun perasan & take action untuk cari walaupun tak jumpa . & Mujur juga dapat tukar . Ye lah kalau sebelah saiz lain , sebelah lagi lain maunyaa tak selesa nak melangkah jalan
ReplyDeletecomelnya kaki fiez, saiz 4 5 aje dia. cun kasut ada riben2
ReplyDeleteFun lega. Nasib baik boleh tukar. Lagipun bukan kesilapan Puan Fiezz tapi betullah kena tengok betul-betul sebelum keluar dari kedai. Selalunya kena cuba dua-dua kasut baru tahu saiz betul.
ReplyDelete