Dapur FiezaSani Resipi Ikan Masak 3 Rasa
Macam lama tak kongsi resipi masakan dari dapur fieza sani kat blog..hehe..Meh k.fiezz kongsi satu lagi resipi baru yang k.fiezz masak. Resipi Ikan 3 Rasa ni k.fiezz baru je cuba masa sesi masak-masak dengan mak mertua & mak saudara time nak raya baru-baru ni. Kan mr hubby duk promote k.fiezz pandai masak ikan 3 rasa ni.Ehhh suka diaa je..Mengagau bini dia mencari resipi kat Mr Google tau..haha..
RESIPI IKAN 3 RASA
Masa cuba kali pertama haritu, rasanya macam okey sebab habis licin. Consider sedap le tu..hehe..Baru ni mr hubby restock bahan basah, dia beli sekali ikan siakap ni. Apa lagi k.fiezz masak resipi ikan 3 rasa lah juga..
Jom tengok bahan-bahan dia.
Bahan-bahan Ikan 3 Rasa
- 1 ekor ikan siakap (k.fiezz potong kepada dua bahagian sebab kuali kat umah sis kecik je..hehe)..
- 2 sudu besar tepung jagung
- Sedikit garam
- Sedikit Kunyit
- Bahan untuk Sos/Kuah:
- 4 ulas bawang putih (kisar/cincang)
- 3 biji bawang merah (kisar/cincang)
- 1 inci halia (kisar/cincang)
- 1 biji bawang besar (potong bulat)
- 1 biji tomato (potong dadu)
- 1 batang bunga kantan (hiris nipis)
- Sikit nenas kiub (sis beli yang dalam tin je. tak letak air dia pun, ambil nenas sahaja)
- Sikit baby jagung (potong kecil)
- Sikit lobak merah (potong bulat)
- 1 batang serai (titik)
- 6 biji cili padi (potong kecil-kecil)
- 1 biji cili merah (potong kecil-kecil)
- 2 sudu besar cili kisar
- 4 besar sos cili
- 3 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos ikan
- 2 helai daun limau purut (Sis tak letak sebab lupa nak beli..hehe)
- Garam dan gula secukup rasa
SEDAP TAK
Lepas dah siap masak, k.fiezz tanya komen mr hubby sedap ke idak. Kata dia, sedap...hehe..Boleh lah buat jual..haha..Tak tau la ikhlas ke idak pujian tu tapi sis ambil sudut positif sebab ikut deria rasa lidah sis, hasil masakan ikan 3 rasa sis masak ni sedap..haha...Apapun sedap ni subjektif..Jadi ikut lah pada masing-masing..Kalau nak tahu sedap ke idak, cuba lah sendiri resipi ni...
Psttt - Nak masak renyah camni kena tunggu time cuti je..Hari kerja, sis masak seringkas yang boleh..Malas duk dapur lama-lama sebab penat kerja..hehe...
6 Comments
Kalau buat 3 rasa mesti ikang siakap erk.
ReplyDeleteHusband puji tu dah kira 1 kejayaan tau k.fiezz!
ReplyDeleteSiakap 3 rasa ini pernah saya coba di bukit bintang waktu itu. Sukaaa, tapi itulah tak pandai masaknya 😄. Saya kalo lauk ikan give up kak. Apalagi saat digoreng, memang lah takut sangat 🤣🤣
ReplyDeleteDari penampilannya, memang kliatan sedap masakan kak fieza 🤤
kelakar fanny, takut goreng ikan. takpe, makan yg dh siap masak je kalau mcm tu
DeleteNampak sedap dah tu . Betul kalau seharian bekerja ..balik-balik tu mesti fikir menu yang simple saja nak masak kan ..
ReplyDeletewah nampak sedap. yang penting byk sayur. mama skaa
ReplyDelete