Glow Serum Boots. Salah satu item skincare yang k.fiezz kirim beli kat adik ipar tahun lepas. K.fiezz start pakai tahun ni sebab habiskan dulu serum yang sedia ada sebelum tu dulu..Sis sejenis berjimat..Dah habis baru sis guna yang lain. Konsep sis jangan membazir. Sebelum ke Hatyai bulan Ogos yang lepas, memang dah nampak Glow Serum Boots ni antara yang hot item juga wajib beli bila ke The Boots Hatyai. Tapi masa bercuti ke sana, k.fiezz tak beli pun. Tak berminat. Ewah..hehe..

KIRIM JUGA GLOW SERUM BOOTS

Lepas tu adik ipar k.fiezz pi repeat holiday ke Hatyai lagi bulan Oktober  yang lepas, k.fiezz masukkan Glow Serum Boots ni dalam list kiriman..hehe..Macam tertarik nak cuba..Nak juga glowing glowing gitu..hehe..

Apa fungsi Glow Serum Boots ni?

Boots Glow Essence berfungsi untuk energise, menghidrat dan menyegarkan kulit supaya kulit kelihatan lebih cerah dan terasa gebu dengan kelembapan.


Glow Serum Boots

Tadaaa dah tinggal sikit Glow Serum Boots k.fiezz ni?K.fiezz kirim 1 botol je dengan adik ipar. Malas nak beli 2-3 botol sebab risau tak serasi ke apa. Membazir pula uolls..

Ater sekarang ni dah habis, acane..Nampak kulit sis serasi je dengan Glow Serum Boots ni..Kena repeat holiday ke Hatyai lagi ke untuk beli ni?haha..Motif sangat..Pi lah beli kat shopee tu..Ada je orang jual..Memang sis cari juga kat shopee tapi risau fake pula..Eh banyak betul cekadak, kan..hehe..Tak pe nanti sis fikirkan dulu nak proceed beli ke idak kat shopee tu. Dah habis Glow Serum Boots ni, sis ada serum anti aging jenama Vitamin C, beli kat The Boots juga...So pakai yang tu dulu lah..

KESAN PAKAI GLOW SERUM BOOTS NI?


Eh lupa pula nak story, apa effect yang nampak pada muka sis bila pakai Glow Serum Boots ni sampai nak repeat beli lagi.. Nampak glowing lah uolls..hehe..Nampak kegebuan kat muka  ..Eh..Perasan..haha..Ni pada sudut pandangan mata k.fiezz lah yea..Selain dari tu nampak muka macam licin je..Sis suka..

Tekstur dia pekat & likat tapi cepat je kering. K.fiezz memang guna ni hari-hari & masuk dalam rutin skincare sebelum pakai mekap..Lepas tepek ni & pakai barang skincare yang lain tak rasa pun melekit pada muka sebab dah kering...

Setakat k.fiezz guna hampir habis 1 botol ni, tak nampak ada kesan yang kurang best pada muka..Lagi best ada lah kesan dia macam k.fiezz beritahu kat atas ni..Itu yang k.fiezz anggap serasi dengan Glow Serum Boots ni..Harga Glow Serum Boots ni tengok kat website The Boots 109 THB (harga promo) = RM14.20..Kat shopee, k.fiezz check harga dalam RM28.90 & ke atas..Ada terjumpa seorang seller kat shopee  lokasi dia kat Perlis.. So rasanya boleh trusted untuk beli kat seller ni sebab sempadan je dengan Thailand..Lagipun kena pre order dulu kat seller ni. So k.fiezz rasa dia kumpul order dulu & lepas tu baru pi beli kat Thailand..Jadi rasanya boleh percaya produk original..Harapnya begitu lah..

Tapi nanti lah dah habis serum yang anti aging jenama Vitamin C, baru repeat beli Glow Serum Boots ni semula...

CARA GUNA - Titik 2-3 pada muka & ratakan. Tunggu kering jap baru pakai moisturizer pula...

Pssttt -  Dah tua-tua ni baru berminat nak berjinak dengan skincare lah, make up lah..hehe...

0 Comments