Happy birthday to me..Happy Birthday to me..Happy Birthday to meeee...hehe...Alhamdulillah bertambah lagi usia..

Alhamdulillah masih bernafas, masih sihat sehingga hari ni. Ada suami yang baik, penyayang, menerima sis seadanya dari mula kahwin dulu sampai sekarang. Ada keluarga sendiri & keluarga mentua yang baik. Kawan-kawan yang baik. Semua yang baik-baik..Alhamdulillah...Semoga berterusan yang baik-baik sahaja dalam kehidupan k.fiezz..

CELEBRATE BIRTHDAY

Sambut birthday kat mana tu sis?Harus lah celebrate berdua dengan mr hubby. Pi tengok wayang (cerita Pendekar Awang), makan-makan & makan kek..hehe..Kek pun beli yang cup cake cute je. Malas nak beli yang besor, makan berdua je. Sat gi jenuh nak bagi perabis. So mr hubby beli satu je untuk k.fiezz..

Fieza Sani,celebrate birthday, january baby

Tengok wayang kat TGV Pavillion Bkt Jalil. Ni seronok betul, kitaorang berdua je 1 panggung. haha. Mr hubby main booked. Tak tahu  panggung yang kitaorang nak tengok movie Pendekar Awang ni tak ada orang. Bila masuk, tengok kosong lagi. Bila dah start pun tak ada orang. Sampai habis kitaorang berdua je. So kitaorang conquer satu panggung. Seronok betul sambil tengok movie, duk buat ulasan laki bini bersembang macam kat rumah. Tak ada orang nak marah..haha..

nandos,celebrate birthday, january baby

Lepas layan movie, apa lagi pi makan lah. Mr hubby suruh pilih. Dia ikut je. K.fiezz pilih Nando's sebab kitaorang jarang makan kat Nando's..

nandos,celebrate birthday, january baby

Kek, mr hubby beli chocolate muffin cake satu je kat Nando's ni juga. Nak share dengan mr hubby, dia tak nak.. K.fiezz duk suap. Mr hubby makan lah juga sikit...Sedap gak kek dia cuma manis..Sesekali gitu..hehe..

Overall a simple birthday celebration with my man a.k.a permanent sugar daddy..hehe..Thank you sayang for da treat..

Eh hadiah tak ada ke?Haha..Ada. Baru order kat Shopee..Masih dalam proses penghantaran lagi..Tadi tengok dalam sistem shopee, courier baru pick up.. Tak apa lah..Tunggu je..Nanti sis update bila hadiah dah sampai...

Mr hubby tak tahu nak bagi hadiah apa benornya..haha. Ingat nak bagi emas juga macam tahun lepas tapi bajet kurang memberangsangkan. So mr hubby buka aplikasi shopee, tunjuk kat k.fiezz. Mr hubby tahu k.fiezz suka apa. Dia cari lah hadiah ikut apa yang k.fiezz suka. Ingat nak pilih satu je. Udah mr hubby cakap nak dua-dua. Boleh je..Laaaa ni yang sayang lebih ni..haha...

Apa hadiahnya tu?Stay tune...

Pssttt - Dua hadiah dapat..Sukaaaa..hehe...

3 Comments

  1. Alhamdulillah...
    semoga hadiah tu nanti dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

    happy belated birthday fieza

    ReplyDelete
  2. Happy birthday kak dm nama alamat no phone okey

    ReplyDelete
  3. Happy birthday kak saniiii 🎉🎉 walo telat banget saya ucapkan 😄. Makin diberi rezeki melimpah, rezeki sehat dan tetap bahagia juga rukun dengan suami..

    Biasanya saya birthday, suami pun tak payah cakap nak kado apa. Krn saya langsung beli sendiri pakai kartu dia 🤣🤣

    ReplyDelete