Minggu lepas sis & mr hubby ke KLCC, mr hubby ajak tengok wayang cerita La Luna. K.fiezz ni mula-mula ingat cerita seram. Mr hubby tunjuk kat aplikasi TGV, cerita melayu rupanya. Tak nampak ada promo kat tv ke apa cerita ni. Tu yang bila dengar tajuk ingatkan cerita seram..Lepas tu mr hubby tunjuk trailer dia, boleh tahan juga jalan cerita dia kelakar.  Pelakon-pelakon  Shaheizy Sam, Sharifah Amani, Wan Hanafi Su, Nadiya Nisa, Nam Ron, Farah Hamid, Hisyam Hamid dan ramai lagi.  

Filem ni dalam kategori cinta komedi. Mula ditayangkan kat Malaysia 9 November 2023, di Singapura 16 November 2023 & di Indonesia 9 Disember 2023.

SINOPSIS LA LUNA

Mengisahkan Hanie Abdullah (Sharifah Amani) yang membuka kedai pakaian dalam di Kampung Bras Basah. Kat sini Hanie berjumpa dengan polis yang menjaga kawasan kampung ni bernama Salihin (Shaheizy Sam) yang juga mempunyai seorang anak gadis (Azura). 

Orang kampung menerima kedatangan Hanie yang membuka pakaian dalam di kampung mereka tetapi bukan Ketua Kampung iaitu Tok Hasan (Wan Hanafi Su). Tok Hasan sedaya upaya berusaha untuk menutup kedai pakaian dalam kepunyaan Hanie. Bermacam cara di buat untuk menutup kedai Hanie..Sebab Tok Hasan ni jenis yang tak boleh terima sebarang perubahan dalam kampung tambah Hanie buka kedai pakaian dalam. Lagi lah Tok hasan ni tak boleh nak terima. 

Berjaya ke tidak Tok Hasan menutup kedai Hanie, check it out...

La Luna

REVIEW SIS CERITA LA LUNA NI

Jalan cerita yang simple & tak payah nak banyak fikir. Straight to the point..Ada lawak, sedih, emosi, pengajaran. Ada terselit sikit lawak dan scene dialog ke arah 18sx tapi tak keterlaluan sangat. Cuma setakat dialog bukan tunjuk scene macam omputih. Sikit je scene dan lawak pasal ni. 

Apa yang nak di sampaikan dalam cerita ni bila pemimpin bersifat kuku besi seperti Tok Hasan yang tak boleh terima apa-apa perubahan baru dalam kampung. Setiap apa yang nak buat dalam kampung termasuk lah ceramah agama yang ingin disampaikan lepas solat di surau kampung harus ikut acuan dia & tak boleh bantah apa yang dia nak. Dia yang tentukan apa yang boleh dan tak boleh kat kampung tersebut. Semua penduduk kampung kena bersetuju dengan dia walaupun cara dia memang salah & ada yang menyalahi undang-undang.

Bila Hanie buka pakaian dalam kat kampung ni, memang Tok Hasan ni marah lah..Macam-macam cara dia buat nak tutup kedai si Hanie. Tambah pula bila pakaian dalam milik Hanie dapat sambutan secara tak sengaja bila Enah (Farah Ahmad) dan Ayob (Nam ron) terbuat promosi percuma. Kaum isteri kat kampung tu apa lagi beramai-ramai serbu kedai Hanie sebab semua ada agenda nak mengoda suami masing-masing dengan pakaian dalam yang ada dijual kat kedai Hanie. 

Walaupun majoriti dari kaum isteri kat kampung ni ada misi menggoda suami tapi ada juga terselit masalah rumahtangga salah sorang isteri di kampung ni yang di dera dengan suami tapi tetap bertahan atas dasar sayang..Macamana Hanie nak tolong yang sorang ni, kena lah tengok..hehe..

Lepas tu berjaya ke tidak Tok Hasan nak menutup kedai pakaian dalam milik Hanie?

Tak pasti cerita ni ditayangkan sampai bila & tak semua pawagam ada cerita ni. Kitaorang tengok ni kat TGV KLCC sebab kat sini yang ada tayang La Luna ni...

Overall sis suka jalan cerita dia rileks, santai. Tak payah nak pening-pening kena figure out apa yang jadi..Just sit back & enjoy the movie...

Psstttt - Kadang kan perlu juga tau goda suami dengan pakaian dalam seksi macam kat kedai Hanie jual..hehe...

2 Comments

  1. Waaah seriuuus bakal masuk Indonesia?? 😍😍. Saya nak nonton lah. Coba cek dulu main di bioskop mana.

    Tak banyak film Malaysia yg masuk sini, padahal saya sukaaa nonton film Malaysia. Jadi Krn tak banyak di bioskop, saya biasa cari di Netflix kak, atau prime.

    Macam menarik memang movie nya 👍biasalah kan orang tua, suka tak nak mengalah. Merasa paling benar 😄

    ReplyDelete