Ikan masin belanak. Siapa suka?Kita geng..K.fiezz memang suka giler ikan masin belanak ni. Ada yg ni, lauk lain tak berapa nak pandang dah..hehe. Susah nak jumpa ikan masin belanak kat KL ni. Kalau ada pun, adeh kurusnya..Sian tengok..haha. Kadang kalau nak sangat makan, k.fiezz beli je lah tapi tak puas hati betul sebab kurus. Isi tak mandang (bak kata orang Perak..haha)..

IKAN MASIN BELANAK BATU KURAU

Baru-baru ni masa k.fiezz & family in law bercuti ke Batu Kurau kat kampung sebelah arwah ayah mertua, terjumpa ikan masin belanak ni ada jual kat kedai runcit betul-betul sebelah homestay yang kitaorang menginap. Mula tak perasan, eh sekali ternampak ikan masin belanak ni ada jual kat situ. Apa lagi sis pun tanya lah kira macamana ikan masin belanak ni?Pakcik kedai tu beritahu sekilo RM25.00..Errr k.fiezz pun tak tahu murah ke mahal harga tu..haha..Tapi idak lah sis terus beli. Nak tanya mr hubby dulu. Sat gi k.fiezz rasa murah, mr hubby rasa mahal. Udah bergaduh pula pasal ikan masin belanak. Haha. So tanya dulu mr hubby, okey ke idak harga tu.

Tanya mr hubby, dia cakap okey. Suka hati lah nak beli ke tak. Mak mertua k.fiezz cakap beli lah 1/2 kilo. Sekilo tu macam banyak pula. Udah lah anak laki dia tu darah tinggi. haha. So okey lah beli 1/2 kilo je.

K.fiezz geram tengok ikan masin belanak yang jual kat kedai runcit tu sebab saiz dia. Besor. Dah besor tu confirm isi pun tebal. Puas hati ni bila makan. 

Nak jadi cerita masa nak balik KL Isnin (cuti hari keputeraan YDP Agong), mak k.fiezz kirim juga ikan masin belanak dari Manong (kg k.fiezz). Haha. Mak memang tahu k.fiezz & mr hubby suka ikan masin belanak ni. Tiap kali balik ke KL, mesti mak bagi ikan masin belanak dari kampung ni kat kitaorang sebab tahu kat KL susah nak jumpa. Kalau ada pun kurus. haha. 

So kat rumah sekarang k.fiezz ada 2 stok ikan masin belanak. Satu beli kat Batu Kurau & satu mak bagi dari Manong, Perak. Okey lah, banyak stok ikan masin ni. hehe.. 

ikan masin belanak

Plastik merah yang dari Batu Kurau & plastik kuning dari Manong. 
Saiz je beza. Ikan masin belanak Batu Kurau tu berisi & panjang. Ikan masin belanak dari Manong, berisi juga cuma kecil sikit..

MASAK APA IKAN MASIN BELANAK NI?


K.fiezz goreng gitu je. Kalau rajin, potong bawang & goreng sampai warna macam dah coklat-coklat sikit.hehe. Lepas tu letak bawang yang dah digoreng atas ikan masin belanak. Udah, simple. Ni pun dah menaikkan selera makan, uolls..Walaupun sis membesor di KL tapi layan tau ikan masin belanak ni.  

Siapa lagi yang suka makan ikan masin belanak ni, cer share sikit korang masak apa selain dari goreng. K.fiezz pun idak kreatif sangat masakan ni. K.fiezz masak apa yang tahu je. Meh lah share sikit resipi kalau korang masak selain dari ni..

PENCINTA IKAN MASIN BELANAK...hehe...

6 Comments

  1. sedap tu Fiez, kak ana pun kalau balik kampung TI rajin beli ikan masin sebab banyak pilihan kan.. aah kak ana pun suka goreng je belanak masin ni tapi banyak tulang hehe :)

    ReplyDelete
  2. klu ke perak..lauk ni paling sedap..mkn dgn nasi panas..kna ulam timun xpayh lauk lain..skarang pun klu jumpa kat kelantan ttp jgk bli..sedap weh

    ReplyDelete
  3. penambah selera ni he hee kalu ciknur pun blk kg mesti beli. sana memang puas besau2 pilih. mkn tghari kalu goreng ni semerbak pakat semua mkn bersila he hee
    oh family mertua fieza belah bt kurau ya kg apa tu? ciknur amsk dlm lg dah nk ujung ke grik

    ReplyDelete
  4. Tidak pernah makan. Inipun baru tahu apabila Puan Fiezz cerita dalam blog.

    ReplyDelete
  5. wah sedap menu ikan masin belanak fiez tu mmg membuka selera. malu nak ckp akak xpenah beli ikan belanak ni. ingatan ikan belanak yg selalu duduk batu tu

    ReplyDelete
  6. Saya sukaaaaa ikan asin ini kak. Di Indonesia kebetulan ikan asin tuh banyak macam. Tapi jujur saya tak inget semua nama, cuma tahu jenisnya macam2. Yg kayak belanak tuh saya suka Krn daging tebal. Tapi tak nak kalo terlalu asin 🤣🤣

    Kalo masaknya, biasa mama masak pakai cabe hijau.

    Jadi cili padi hijau diiris sesuai suka lah. Bawang merah diiris tipis. Bawang putih cincang. Pakai tomat Cherry yg warna hijau, potong2. Warna merah pun boleh. Kasih sedikit asam Jawa. Trus gula dan seasoning penyedap macam Maggie atau kaldu jamur. Lalu minyak goreng

    Yg bawang2 dan cabe (Chilli) tuh digoreng dulu, baru masukkan ikan dan tomat. Trus bumbu2. Icip rasa. Dah sedap gitu aja, makan pakai nasi panas kan 😄. Wanginya aja dan naikkan napsu makan 🤣

    ReplyDelete