Salah Satu Post Video di Tik Tok Kena Amaran
Alamak..Baru-baru ni k.fiezz post satu video di Tik Tok masa bercuti kat Kg minggu lepas. Video tu tak ada apa pun cuma aktiviti kitaorang mengutip durian. Dalam video tu ada lah rekod adik ipar naik motor, kitaorang naik Hilux untuk ke kebun. Lepas dari sesi mengutip durian, mandi sungai. Itu je. Tak ada lah apa-apa yang menunjukkan kitaorang buat aktiviti merbahaya pula.
SAJA POST VIDEO DI TIK TOK
Video tu pun idak lah k.fiezz aiming untuk FYP (for your feed) ke apa. Saja post je video di tik tok untuk diri sendiri & follower k.fiezz..hehe. Kalau ada yang tengok lah. Tak ada tak apa. Gitu konsepnya.
K.fiezz post video tu dalam tengahari. Biasa jumlah view video di Tik Tok k.fiezz 100+ macam tu je. Jarang sangat lah nak sampai berK-k ni.
Petang, lepas dah post video di Tik Tok ni, k.fiezz saja tengok balik berapa dah jumlah view. Haha. Saja lah. Sekali tengok 2k plus, weii..Terkejut...Siap dapat email lagi, dah cecah 2k plus macam tu. Uiii sis terkejut.
KENA WARNING DENGAN TIK TOK
Cuma view tinggi video tu sekali dapat amaran dari tik tok. haha. Video k.fiezz ni tak naik kat fyp sebab ada aktiviti berbahaya dalam video..
Eh aktiviti apa je kitaorang buat. Naik motor, hilux lepas tu kutip durian & mandi sungai. Idak pun buat stunt ke apa. Eiii sensitif benor lah pun Tik Tok ni.
Pukul 7.47, eh tetiba dapat notification lagi rayuan di terima. Video k.fiezz ni tak ada masalah untuk keluar di fyp. Yeay..Idak lah nak glamor pun tapi tetiba Tik Tok kata video ni ada unsur berbahaya kat diri sendiri & orang lain, agak tak puas hati di situ. Buat aktiviti kutip durian, mandi sungai & naik pengangkutan. Itu bahaya ke..Aih tak faham tau..Tapi tak apa lah dah diluluskan.
So lepas ni peringatan juga pada k.fiezz untuk post video di tik tok, kena hati-hati. Tak boleh semua nak di post. Risau kena macamni lagi. K.fiezz pun baru tahu Tik Tok ni strict. So reminder untuk diri sendiri.
Tik Tok ooo Tik Tok...






7 Comments
entah apa2 kan tiktok ni..video mcm tu nak warning..huhu
ReplyDeletekenapa ye...agaknya sebab caption ke?
ReplyDeleteMungkin sbb caption kot.. pelik2 ja media sosial skrg.. benda hoax okay pula nak post..
ReplyDeletemungkin kerana durian itu tajam dan boleh kena kaki nanti...mungkin itu punya jadi video berbahaya
ReplyDeleteTikTok dah tengok memang tiada yang bahaya. Hehe TikTok agaknya tidak faham budaya kutip durian. Agaknya bahaya kena cucuk duri durian agaknya.
ReplyDeleteKinah pun kena kak fiez. Pasal watermark je kot. Sensitif betul TikTok ni kan
ReplyDeleteWow..tak pernah pulak post yang begini..Rupanya tak dibenarkan..Maybe TT rasa tu extreme..Mencabar aktivitinya..Haha..Haduii
ReplyDelete