Alamak..Baru-baru ni k.fiezz post satu video di Tik Tok masa bercuti kat Kg minggu lepas. Video tu tak ada apa pun cuma aktiviti kitaorang mengutip durian. Dalam video tu ada lah rekod adik ipar naik motor, kitaorang naik Hilux untuk ke kebun. Lepas dari sesi mengutip durian, mandi sungai. Itu je. Tak ada lah apa-apa yang menunjukkan kitaorang buat aktiviti merbahaya pula.

SAJA POST VIDEO DI TIK TOK

Video tu pun idak lah k.fiezz aiming untuk FYP (for your feed) ke apa. Saja post je video di tik tok untuk diri sendiri & follower k.fiezz..hehe. Kalau ada yang tengok lah. Tak ada tak apa. Gitu konsepnya. 

K.fiezz post video tu dalam tengahari. Biasa jumlah view video di Tik Tok k.fiezz 100+ macam tu je. Jarang sangat lah nak sampai berK-k ni. 

Petang, lepas dah post video di Tik Tok ni, k.fiezz saja tengok balik berapa dah jumlah view. Haha. Saja lah. Sekali tengok 2k plus, weii..Terkejut...Siap dapat email lagi, dah cecah 2k plus macam tu. Uiii sis terkejut.

KENA WARNING DENGAN TIK TOK

Cuma view tinggi video tu sekali dapat amaran dari tik tok. haha. Video k.fiezz ni tak naik kat fyp  sebab ada aktiviti berbahaya dalam video..

Eh aktiviti apa je kitaorang buat. Naik motor, hilux lepas tu kutip durian & mandi sungai. Idak pun buat stunt ke apa. Eiii sensitif benor lah  pun Tik Tok ni.

video di tiktok

Ni view video k.fiezz..2k plus beserta amaran dari tik tok...

video di tiktok

Ni amaran dari Tik Tok, video ni tak sesuai sebab ada aktiviti berbahaya pada diri sendiri & orang lain. 

Lepas tu ada lah nampak boleh buat appeal kat Tik Tok kalau k.fiezz rasa video ni tak ada pun aktiviti berbahaya. Mula k.fiezz malas lah nak buat rayuan bagai ni sebab risiko dia, kalau Tik Tok tetap kata video ni ada unsur berbahaya, video akan di padam. Alamakkk..Lantak lah di situ tak fyp pun. 

Beritahu kat mr hubby pasal ni. mr hubby cakap nanti Tik Tok padam automatik video ni sebab dia dah bagi amaran. Errmm mr hubby ni, saja je kan. 

Okey lah buat lah rayuan...try & error...

BUAT RAYUAN VIDEO DI TIK TOK YG KENA AMARAN

K.fiezz cuba je lah nasib. Kalau kena padam video ni, #pasrah je lah. Nak buat macamana,kan. Pandangan setiap orang berbeza.

video di tiktok


K.fiezz hantar rayuan petang dalam pukul 6 lebih.  


video di tiktok


Pukul 7 lebih dapat notification, rayuan telah di terima & dalam review tik tok. 


video di tiktok

Pukul 7.47, eh tetiba dapat notification lagi rayuan di terima. Video k.fiezz ni tak ada masalah untuk keluar di fyp. Yeay..Idak lah nak glamor pun tapi tetiba Tik Tok kata video ni ada unsur berbahaya kat diri sendiri & orang lain, agak tak puas hati di situ. Buat aktiviti kutip durian, mandi sungai & naik pengangkutan. Itu bahaya ke..Aih tak faham tau..Tapi tak apa lah dah diluluskan. 

So lepas ni peringatan juga pada k.fiezz untuk post video di tik tok, kena hati-hati. Tak boleh semua nak di post. Risau kena macamni lagi. K.fiezz pun baru tahu Tik Tok ni strict. So reminder untuk diri sendiri.

Tik Tok ooo Tik Tok...

7 Comments

  1. entah apa2 kan tiktok ni..video mcm tu nak warning..huhu

    ReplyDelete
  2. kenapa ye...agaknya sebab caption ke?

    ReplyDelete
  3. Mungkin sbb caption kot.. pelik2 ja media sosial skrg.. benda hoax okay pula nak post..

    ReplyDelete
  4. mungkin kerana durian itu tajam dan boleh kena kaki nanti...mungkin itu punya jadi video berbahaya

    ReplyDelete
  5. TikTok dah tengok memang tiada yang bahaya. Hehe TikTok agaknya tidak faham budaya kutip durian. Agaknya bahaya kena cucuk duri durian agaknya.

    ReplyDelete
  6. Kinah pun kena kak fiez. Pasal watermark je kot. Sensitif betul TikTok ni kan

    ReplyDelete
  7. Wow..tak pernah pulak post yang begini..Rupanya tak dibenarkan..Maybe TT rasa tu extreme..Mencabar aktivitinya..Haha..Haduii

    ReplyDelete