Awal bulan ni, k.fiezz & family mertua ke Batu Kurau. Ada apa kat situ?Sesi makan durian di Batu Kurau. Tengah musim durian masa ni. Cuma sebelum dapat makan durian kena pi hiking kutip sendiri durian kat kebun. 1st time ni weiii. Sis kan orang Kay Ell, mana reti masuk kebun ni. haha. Tu pun kena scam dengan salah seorang adik ipar. Hari ke-2 kitaorang kat sini dah plan nak masuk ke kebun. Cadangan asal k.fiezz tunggu kat kereta je. Diaorang yang naik ke kebun pi cari durian. Eh sekali tetiber sampai-sampai kat kebun, dengan sis sekali kena masuk ke kebun. Alaaaa...Risau..Takut pacat. haha.

JOM KE KEBUN MENGUTIP DURIAN

Entry ni banyak gambar-gambar tau, so kalau boring boleh klik X kat atas tu, hokay. hehe. Masa hari pertama kat sini, kitaorang pi mandi-mandi je dulu kat sungai. 

Nak ke sungai ni pula agak mencabar. Kena hiking dulu. Haha. Adeh..Mr hubby jangan cakap lah mulut dia pot pet pot pet. Dia tak berapa suka aktiviti hiking-hiking ni. Dia risau kot terjatuh kat tengah hutan, jenuh pula nak kena angkat dia sebab badan dia plus plus size.

Tapi sampai juga lah kitaorang ke sungai dengan mulut mr hubby yang bising tu. K.fiezz dah tunjuk signal kat adik ipar, senyap je. Tak payah cakap apa-apa. haha..



musim durian di batu kurau perak, makan durian di batu kurau

Ni on the way nak mandi sungai...Jomsss kita...

musim durian di batu kurau perak, makan durian di batu kurau

Sampai-sampai kat sini..wah tenang..Sekeliling hijau...Sejuk mata...

musim durian di batu kurau perak, makan durian di batu kurau

View lagi kat sini..

musim durian di batu kurau perak, makan durian di batu kurau

Macam biasa kakak fiezz duduk di tepi sambil main celup-celup kaki je dalam air. haha..


musim durian di batu kurau perak, makan durian di batu kurau

Ambil gambar sekeliling sambil tunggu diaorang mandi sungai..

musim durian di batu kurau perak, makan durian di batu kurau

Feeling plus posing jap...

musim durian di batu kurau perak, makan durian di batu kurau

Ni homestay yang kitaorang menginap sepanjang 3 hari 2 malam. 
Rate harga RM300/1 malam. 
Rumah dia besar (sorry tak ada gambar). Dalam dia ada 3 bilik + 2 bilik air. Ruang tamu + dapur semua lengkap dengan peralatan/perabot. Cuma kat area sini line telefon out. Apapun tak dapat.  Kitaorang guna wifi tuan rumah sepanjang menginap kat sini. Tuan rumah pakai unifi...Alhamdulillah okey je line dia. 

musim durian di batu kurau perak, makan durian di batu kurau

Ni masa lepas mandi sungai, k.fiezz, mama & adik ipar keluar kejap mencari kedai dobi sebab nak cuci baju-baju. Kedai dobi ada tapi agak jauh dari homestay..

Hari Ke-2

Jomsss masuk kebun kutip durian. Yang pergi ke kebun cuma k.fiezz, adik-adik ipar, biras & anak-anak buah. Mak mertua, seorang lagi adik ipar & mr hubby tak ikut. Mr hubby masa ni lah ada kerja. Aihhh sabor je lah...

Konon yang ni k.fiezz tunggu kat kereta je sementara diaorang pi kutip durian. Eh sampai-sampai kat kebun, sekali kena turun juga. Tau-tau dah hiking nak masuk ke kebun. So onzz je lah yea, k.fiezz.. haha...

Tapi sampai-sampai kat kebun, duduk kat pondok. Sis jadi supervisor je. Takut nak cari durian sekali. Risau pacat..haha...


musim durian di batu kurau perak, makan durian di batu kurau

Seorang adik ipar bawa motor yang ada bakul untuk letak hasil kutipan durian kat kebun yang berjaya di kutip nanti..Kitaorang yang lain naik hilux..

musim durian di batu kurau perak, makan durian di batu kurau

On the way nak masuk ke kebun, nampak tempat pengumpulan durian-durian dari kebun sekitar sini...Untuk yang nak jual durian-durian diaorang agaknya...

musim durian di batu kurau perak, makan durian di batu kurau

Sampai kat pondok, k.fiezz tak bergerak dari sini. Sebelah ni biras. Dia joint yang lain mengutip durian. Harapkan sis, memang tak boleh diharapkan..Haha...

musim durian di batu kurau perak, makan durian di batu kurau

Pokok-pokok durian kat kebun...

musim durian di batu kurau perak, makan durian di batu kurau

Sis jadi supervisor & ambil gambor je. hehe...Adik ipar ketua yang mengutip durian...

musim durian di batu kurau perak, makan durian di batu kurau

Memantau je..haha..Kuang asam betul sis ni...

musim durian di batu kurau perak, makan durian di batu kurau

Hasil kutipan..

musim durian di batu kurau perak, makan durian di batu kurau

Part bergambar, bagi lah kat sis..hehe...

musim durian di batu kurau perak, makan durian di batu kurau

Mana buah yang kecil, kitaorang buka..Apa lagi meh lah makan buah fresh from pokok...

musim durian di batu kurau perak, makan durian di batu kurau

Penuh bakul..Puas hati...

musim durian di batu kurau perak, makan durian di batu kurau

Jomss balik...

musim durian di batu kurau perak, makan durian di batu kurau

On the way nak keluar lalu jambatan ni..Nak juga bergambor..Peghak betul..haha...

musim durian di batu kurau perak, makan durian di batu kurau

Eh singgap jap sini, yang mengutip durian nak mandi sungai...
Sungai ni kat bawah jambatan yang k.fiezz ambil gambar atas ni. 

musim durian di batu kurau perak, makan durian di batu kurau

Sakan tau main-main air...

musim durian di batu kurau perak, makan durian di batu kurau

Kemain tunjuk bakat anak buah k.fiezz tu..Mentang lah pandai berenang...

musim durian di batu kurau perak, makan durian di batu kurau

Mak long main celup-celup kaki je..haha...

musim durian di batu kurau perak, makan durian di batu kurau

Tenang betul kat sini..Rasa kalau ada laptop / tab ni, nak taip apa-apa entry mesti banyak idea keluar..tapi masa ni k.fiezz tak bawa lah..Tak plan nak mandi sungai pun benornya..Tetiba diaorang yang kutip durian nak mandi-mandi kejap sebab kepanasan...

Kebun durian ni dekat dengan sungai. Itu yang seronok kat sini, lepas penat kutip durian boleh terjun mandi kat sungai pula..

MAKAN DURIAN DI BATU KURAU


Overall percutian makan durian di Batu Kurau ni santai je. Tempat dia pun tenang gitu. Kebun durian yang kitaorang kutip durian tu kepunyaan family belah arwah abah (bapa mertua). Adik kepada arwah abah yang ajak datang makan durian di Batu Kurau ni. Dia cakap kat mama & mama pula beritahu kat kitaorang. So kitaorang ni okey je part-part bercuti ni..Memang suka..hehe..Tambah pula dalam family semua suka durian kecuali ada seorang je adik ipar tak makan durian. Hat lain, memang kaki durian termasuk lah k.fiezz. Sis tak lah peminat tegar sangat tapi dah ada depan mata, rugi lah tolak..haha..

 So next year musim durian di Batu Kurau Perak ni, boleh lah ulang lagi..hehe...

6 Comments

  1. syoknya kutip durian kat kebun..xmndi ke kt sungai tu?

    ReplyDelete
  2. nyaman tu Fiez, makan doyan lepak air terjun.. kak ana belum pernah sampai lagi Batu Kurau nii :)

    ReplyDelete
  3. Seronoknya kak, dulu selalu berangan ada kebun durian gini dengan air sungainya. ya Allah seronok betul

    ReplyDelete
  4. Unik juga dekat dusun durian ada homestay.
    Pengalaman buat Puan Fiezz.

    ReplyDelete
  5. Ada planning jugak nak ke batu kurau makan durian ni . Tapi ramai yg cakap buah durian pun dah sampai ke penghujung .. Alih-alih batalkan planning tersebut .tak sangka pulak ada anak sungai jernih ni .

    ReplyDelete