Terpengaruh juga beli coffee tumbler ni..hehe..Sebelum ni tak kisah pun sebab k.fiezz jenis minum ayor putih je kat pejabat. Eh tetiber berkenan pula nak beli untuk guna kat pejabat. Sejak-sejak failed rawatan kesuburan bulan lepas, dah malas nak jaga makan/minum. Itu yang belasah minum air manis pagi-pagi.hehe. Ternampak pula coffee tumbler ni lalu lalang kat Tik Tok, nak beli nak beli. haha..Harga pun berpatutan. 

Tengok review, ramai cakap coffee tumbler ni tahan panas. Lagi lah berkenan nak beli sebab pejabat k.fiezz tahap sejuk dia, memang sejuk giler. Ambil air panas, sat je dah sejuk. Kalau beli barang kat pasar tani yang patutnya kena letak dalam peti ais, tak perlu pun. Letak je kat pejabat k.fiezz ni, tahan sampai petang kecuali ayam/ikan/daging/bahan basah kena lah buh juga dalam peti ais. Jap gi berbau satu pejabat. haha..

TUMBLER TAHAN PANAS

Berbalik pada cerita tumbler tahan panas ni, k.fiezz tengok dulu review sebelum beli.  Antara kriteria dia yang jadi pilihan tahan panas, kalau terjatuh air tak tumpah tapi pastikan penutup tutup dengan ketat dan elok. 2 kriteria ni dah lulus untuk k.fiezz, jadi jom masuk dalam bakul & buat bayaran. 

K.fiezz buat bayaran 3hb Jun..7hb Jun barang selamat sampai. Yeay..Esok terus bawa ke pejabat nak rasmikan buat air panas. Eh tapi k.fiezz tak buat, beli air siap kat cafe pejabat. hehe. Sampai pejabat, salin je dalam coffee tumbler ni. Walaupun nama kat depan tumblercoffee tapi sis tukar letak air teh sebab sis peminat teh. hehe. Kopi tak minum sebab sat gi nak membuang air besor, susah..haha..

Tak kisah lah kan tumbler kita, terpulang lah nak letak air apa pun. Bukan orang nak tengok dalam tumbler tahan panas kita ni, hah betul ke idak air kopi. haha. Kita yang nak minum, ikut selera masing-masing ler kan..hehe

coffee tumbler,tumbler tahan panas

Dari bahagian depan coffee tumbler..Smart kan. K.fiezz pilih warna hitam.
Coffee tumbler k.fiezz ni saiz 380ml sajo...Malas nak beli yang besor sangat. Hat ni just nice omputih cakap...Coffee tumbler ni ada 2 saiz, yea. Satu yg ni, satu lagi 510ml...

coffee tumbler,tumbler tahan panas

Cover dia. Lubang kecil tu part untuk kita minum air. Pastikan cover ni tutup elok tau, just in case tumbler terjatuh, idak lah air tumpah..

coffee tumbler,tumbler tahan panas

Tadaaa air teh tarik k.fiezz. All da time favourite...Dulu k.fiezz minum air ni lepas tu sebabkan ttc k.fiezz stop air teh tarik ni sebab tak elok untuk badan sebab teh jenis berangin. Ada lah sesekali k.fiezz curi-curi juga minum. Sekali badan rasa semacam sebab lama tak sentuh agaknya. Ni lepas dah failed rawatan kesuburan bulan lepas, k.fiezz berjinak-jinak semula dengan teh tarik/teh ais..So nampaknya badan k.fiezz dah okey & boleh terima semula air teh tarik/teh ais lepas sekian lama berpantang..hehe..

BETUL KE TUMBLER TAHAN PANAS NI?


Baru guna sekali ni yang k.fiezz perasan beli air teh tarik ni pagi dalam pukul 7 lebih kurang. Masa minum pukul 10 lebih, teh dah suam-suam gitu. Idak lah k.fiezz tunggu sampai pukul 10 baru minum. Ada lah minum sikit demi sikit lepas je dah salin teh tarik dalam tumbler ni. Dalam pukul 10 lebih macam tu, teh dah jadi suam..Kira tahan lama juga lah dari panas kepada suam. Kalau buat air sendiri mungkin lebih lama lagi panas air tu sebab kita guna air panas sepenuhnya. Macam teh tarik k.fiezz beli ni, dah campur sikit air putih biasa sebab k.fiezz minta kurang manis. 

AIR TUMPAH TAK?

Nak jadi cerita coffee tumbler ni terjatuh sebab kawan k.fiezz tak sengaja ter tolak masa guna telefon kat tempat k.fiezz. K.fiezz letak coffee tumbler ni sebelah telefon. Masa dia tengah guna telefon, dia ter tolak. Dia ingatkan tak ada air rupanya ada. Tapi nasib baik lah k.fiezz tutup ketat & elok, tak ada lah air tumpah..Hehe..Jadi terbukti lah part tak tumpah. Cuma pastikan tutup ketat, tau..

So overall k.fiezz rekomen kat sesiapa yang nak beli coffee tumbler ni. Untuk hadiah top pengomen April & Mei k.fiezz bagi coffee tumbler ni yang letak nama sekali (engraving). Harap penerima suka sebab kalau baca entry di blog, dia suka kopi...Sesuai lah bagi coffee tumbler ni..

Update - Tumbler ni untuk air sejuk pun boleh tau. Lupa nak beritahu. K.fiezz dah cuba beli air sejuk & letak dalam ni. Memang air dia masih terasa sejuk walaupun selepas 2 jam lebih macam tu. 


STYLE COFFEE TUMBLER NI..SUKA DESIGN DIA...

5 Comments

  1. wah cantik..cik nor ada jgk mcm ni..dapat masa buat task cuckoo..:)

    ReplyDelete
  2. Nak cari yang tahan sejuk pulak
    Sebab cuaca panas sekarang

    ReplyDelete
  3. Eh tidak tahu ada tumbler boleh letak air panas dan sejuk. Ek tetiba terfikir yang Puan Fieza bagi itu boleh letak air panas ke tidak.

    ReplyDelete
  4. bestnya, tumbler yg fiez bagi mama tak guna lagi.. sayang. kalau boleh letak air sejuk sgt menarik la.. nak bawak travel everytime ke keda.

    ReplyDelete