Dalam usaha membawa rakyat Malaysia bersama-sama dengan pelbagai komuniti ekspatriat dan pelancong antarabangsa di negara ini, Festival Durian Makan Sepuas Hati 2023 yang dipersembahkan oleh MAE oleh Maybank2U telah mendapat sokongan yang amat menggalakkan apabila tiket acara ‘Super Early Bird’ untuk lokasi pertamanya, Komtar Walk Penang, telah habis dijual dalam tempoh lima hari pertama selepas pelancaran jualan tiketnya di laman web dan media sosial. 

festival durian, festival durian 2023

FESTIVAL DURIAN TERBESAR DI MALAYSIA BAGI TAHUN 2023

Digelar sebagai festival durian yang terbesar di Malaysia tahun 2023, tapak tiket dalam talian pra-acara telah menerima kunjungan melebihi sejuta kunjungan bukan sahaja daripada netizen di Malaysia, malah juga kunjungan netizen dari negara jiran seperti di Indonesia, Singapura, Thailand, China dan Hong Kong. 

festival durian, festival durian 2023

MAE PAKEJ SEDAP 

Menurut pihak penganjur, festival ini telah dirancangkan sejak kira-kira setahun lalu diantara Institusi Kewangan Terbesar Malaysia, Maybank Berhad dengan Agro Best Services Malaysia Sdn Bhd, sebuah syarikat peruncit dan pengeksport durian premium Malaysia. Dalam promosi ini, ia telah menawarkan peluang untuk menjamu durian sehingga 60-minit. 

  • Dewasa : RM69.99 / seorang (Harga Biasa : RM89.99 bersih)
  • Warga Emas : RM59.99 / seorang (Harga Biasa : RM69.99 biasa)

Promosi pembelian eksklusif 2 tiket dewasa, percuma 2 tiket kanak-kanak & 1 tiket warga emas.

MAE Pakej Sedappp yang ditawarkan akan menyajikan durian-durian kegemaran Malaysia seperti durian Kampung Kahwin, D24, D13, IOI dan Udang Merah. 

MAE PAKEJ SEDAPPP GILERRR

Untuk Pakej Sedappp Gilerrr, ia akan menyajikan durian Musang King bersama durian-durian campuran seperti Super XO, D13, D99 dan Udang Merah. 

  • Dewasa : RM148 / bersih setiap orang (Harga Biasa : RM160.00 bersih)
  • Warga Emas : RM99.00 / bersih setiap orang (Harga Biasa : RM99.00 bersih)

Promosi Eksklusif Pembelian 4 Tiket Dewasa, Percuma 4 Tiket Kanak-Kanak & 2 Tiket Warga Emas

festival durian, festival durian 2023

RESHARE DI LAMAN SOSIAL & LAYAK MENDAPAT SEBIJI DURIAN BAGI 100 ORANG PERTAMA SEMENTARA STOK MASIH ADA...

Khas untuk penggemar buah durian, untuk setiap pembelian tiket yang dibuat ke acara ini dan ‘reshare kandungan acara yang dibuat di laman sosial Penang Foodie, KL Foodie dan Johor Foodie, netizen akan layak mendapat sebiji (1) durian untuk dibawa pulang. Tawaran ini tertakluk kepada 100 orang yang pertama yang menebusnya dan sementara stok masih ada. 

PESTA DURIAN DI 3 BANDAR UTAMA

Pesta Durian ini akan disambut di tiga bandar utama,

  • KOMTAR Walk, Pulau Pinang, pada 27 & 28 Mei 2023 (Sabtu – Ahad) 
  • Pusat Membeli-Belah IPC, Mutiara Damansara di Klang Valley pada 3 & 4 Jun 2023 (Sabtu - Ahad) 
  • The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru pada 1 & 2 Julai 2023 (Sabtu – Ahad). 

festival durian, festival durian 2023


festival durian, festival durian 2023

Tiket acara boleh dibeli daripada platform digital MAE Oleh MAYBANK

Platform lain yang tersedia ialah tapak e-dagang Agro Best Services di https://www.agrobestservices.com .

9 Comments

  1. Petanda musim durian sudah tiba! 😀

    Ada dua pilihan pakej, bolehlah pilih ikut poket dan selera tekak 👍🏽

    ReplyDelete
  2. rasa berbaloi makan durian berkualiti camni kann., hehe

    ReplyDelete
  3. adudu.. menggamit sungguh doyan tu

    ReplyDelete
  4. Mampu telah air liur je kak fiezz nengok ni haaa

    ReplyDelete
  5. aduyaii sedapnya.. nak musang king.....

    ReplyDelete
  6. Peminat durian boleh serbu ke sini.

    ReplyDelete
  7. acara yang menjadi syurga kepada kaki makan durian....saya makan sedang-sedang saja..biasalah sudah berumur begini.

    ReplyDelete
  8. Ampuuuunn, langsung nak pergi Penang rasanyaaa 🤣😍😍. Saya ke Penang masih tgl 7 Juli kak, semoga lah yaaa Durian masih banyak di sana saat saya datang 😄. Bela-belain kesana saat juli, hanya demi durian 😁

    ReplyDelete