Lama tak share review filem kat blog ni. Meh k.fiezz nak kongsi pendapat k.fiezz untuk filem plane 2023 ni. Filem plane ni diterajui oleh Gerard Butler & Mike Colter. Yang hero omputih tu biasa tengok dia berlakon tapi tak tahu nama pelakonnya cuma biasa tengok filem-filem yang dia berlakon, memang best. Selain dari jalan cerita, pelakon pun memainkan peranan penting bila nak tengok filem tu. Ni ikut citarasa k.fiezz lah. Orang lain mungkin lagi pentingkan jalan cerita. Jadi masing-masing punya pendapat. 

Macam biasa sebelum tengok cerita apa-apa pun, k.fiezz akan baca dulu sinopsis filem tu. Bila baca sinopsis plane 2023 ni, menarik. Sis suka jalan cerita macam ni. Dia da unsur thriller..I like.. So jom layan. Maklumlah sis tengah berisitirehat kat rumah sebab dapat mc dekat 2 minggu..hehe. Jadi boleh lah layan segala filem yang ada ..

SINOPSIS PLANE 2023

Cerita ni berkisarkan Kapten Brodie Torrance yang berjaya mendaratkan kapal terbang dia dalam keadaan kecemasan sebab di sambar kilat dan menyebabkan kerosakan pada kapal terbang. Dia terpaksa mendarat kapal terbangnya di sebuah tempat yang tak diketahui lokasinya sebab peralatan mengalami kerosakan. 

Tempat yang menjadi pendaratan kecemasan tersebut sebenarnya satu pulau kecil yang terletak di Filipina & kawasan itu di terajui oleh penjahat-penjahat yang lengkap bersenjata. 

Semasa Kapten Brodie & Louis salah seorang penumpang mencari bantuan, penumpang-penumpang lain termasuk 3 orang krew kapal yang sedang menunggu telah di tahan oleh penjahat di pulau tersebut untuk dijadikan tebusan bagi mendapatkan duit.  

sinopsis plane 2023

REVIEW K.FIEZZ UNTUK CERITA NI?

Ni ikut sudut pandangan k.fiezz lah yea. Orang lain, tak pasti sebab citarasa kita berbeza. Untuk k.fiezz cerita ni best sebab ada unsur suspense sebab ada scene yang buat kita terkejut. Lepas tu penuh dengan aksi tembak-menembak, lawan terutama masa Kapten Brodie & Louie ni nak selamatkan penumpang-penumpang yang jadi tebusan. 

Masa Kapten Brodie ni jumpa telefon di salah satu bangunan terbiar, dia hubungi syarikat penerbangan yang dia kerja untuk beritahu kapal terbang yang dia bawa mendarat kecemasan kat salah satu pulau di Filipina tapi customer service yang jawab call dia tu sangat lah menyakitkan hati. Orang dalam kecemasan, dia minta nombor pekerja untuk pengesahan, lepas tu bila Kapten ni try explain, dia tak layan. Aiiih geram sis part ni. Kalau sis jadi Kapten Brodie, jumpa customer service tu memang bagi penampor je. Lepas dari customer service tu tak layan & call terputus, Kapten Brodie call anak perempuan dia & minta hubungi syarikat penerbangan dia kerja untuk beritahu lokasi kapal terbang dia mendarat. 

Dari sini lah baru dia tahu pulau yang diaorang mendarat kecemasan ni tempat penjahat sebab Louis beritahu & selamatkan Kapten Brodie ni masa dia tengah call syarikat penerbangan untuk minta bantuan dari 1 bangunan terbiar. 

Dalam masa yang sama HQ tempat kerja Kapten Brodie ni dah tahu kapal terbang diaorang dah mendarat kecemasan kat salah satu pulau di Filipina.  Masalahnya pihak  berkuasa samaada tentera ataupun polis tak nak masuk kat kepulauan tersebut sebab pulau tu dikawal oleh penjahat sepenuhnya. 

So macamana Kapten Brodie & Louis nak selamatkan penumpang-penumpang tersebut, sila lah tengok sendiri. Sis dah spoiler banyak juga kat atas ni..hehe..

Overall movie ni berbaloi untuk ditonton. Cerita best & banyak scene tembak menembak cuma ada 1-2 scene ganas sangat. K.fiezz tak pandang skrin masa scene tu. Ngeri...

Rating :  8/10


3 Comments

  1. wak dh tgk film nih, ada sebut kapal mas MH370 yg hilang ittuuu., huhu

    ReplyDelete
  2. tak penah tgk lagi film ni tapi pelakon dia tu mama suka

    ReplyDelete
  3. Mesti berdebar-debar ketika menontonnya.

    ReplyDelete