Untuk yang baca blog k.fiezz ni, mungkin tahu rawatan IVF yang k.fiezz & mr hubby cuba buat dalam usaha dapatkan baby. Bulan Ogos/September tahun lepas, k.fiezz ada cerita pasal perjalanan rawatan IVF kali pertama kitaorang & hasilnya tak menjadi. Huhu. 

Boleh baca sini, entry berkaitan < Mencuba Kaedah IVF Kali Pertama Untuk Hamil > .

K.fiezz & mr hubby ada 1 lagi frozen embrio. Awal bulan ni, k.fiezz & mr hubby teruskan percubaan rawatan IVF buat kali ke-2 dengan frozen embryo transfer (FET). Macam k.fiezz beritahu awal tadi, kitaorang masih ada baki satu saja lagi frozen embryo (dibekukan). Atas faktor usia k.fiezz, tak tunggu lama kitaorang terus proceed dengan frozen embryo transfer (FET) kali ke-2..

So menjadi ke tidak percubaan kali ke-2 ni..


PROSES FROZEN EMBRYO TRANSFER (FET)

5hb Mei 2023, k.fiezz & mr hubby ke PPUKM lagi sekali untuk proses frozen embryo transfer (FET) yang berbaki lagi satu saja lagi. 

Sebelum frozen embryo transfer ni, Dr akan scan dulu rahim & tengok ketebalan dinding rahim sesuai ke tidak untuk buat embryo transfer. Masa scan ni, alhamdulillah ketebalan dinding rahim k.fiezz memang sesuai 12mm, mengikut kata Dr, ketebalan yang sesuai untuk penempelan embrio atas 10mm. Bila scan, ketebalan rahim k.fiezz sesuai Dr setuju untuk teruskan frozen embryo transfer (FET). 

Sehari sebelum, Profesor yang handle kes k.fiezz maklumkan pukul 10pg esok (5.5.2023)  kena berada kat hospital. 

Esoknya, dalam 9.30pagi k.fiezz & mr hubby dah sampai kat hospital. K.fiezz masuk dulu & mr hubby cari parking. Lepas buat pendaftaran, tunggu giliran.  Sambil tu kena tahan kencing.  Tak boleh kencing sampai sejam selepas transfer. Ni untuk memudahkan masa proses frozen embryo transfer. Doktor boleh nampak dengan jelas keadaan dalam rahim kita sebelum nak masukkan embrio. 

K.fiezz memang dah sedia maklum pasal ni. so masa sampai tu terus pi kencing dulu. Dah siap kencing baru gi daftar. hehe. Ngelat. Tapi k.fiezz tak risau sebabnya sis ni sejenis senang nak kencing jadi dalam masa menunggu giliran sebelum kena panggil tu, memang dah penuh air kencing balik dalam pundi kencing sis ni..haha..

embrio transfer, rawatan ivf, frozen embryo transfer

Melangkah dengan penuh debaran masa masuk ke perkarangan PPUKM. Langkah yang penuh dengan harapan. 

embrio transfer, rawatan ivf, frozen embryo transfer

Sampai saatnya embabies k.fiezz & mr hubby yang berjaya dimasukkan dalalm rahim..
Salam sayang...

Selesai saja proses frozen embryo transfer (FET) ni, k.fiezz kena baring sejam. Lepas tu baru dibenarkan balik. Dalam masa menunggu ni, mr hubby kat luar selesaikan bayaran dulu. Lepas sejam lebih baru k.fiezz & mr hubby bergerak keluar dari hospital. 

PROSES MENUNGGU 2 MINGGU (2 WW)


Bermula 2 waiting week (2ww) atau bahasa melayu nya menunggu 2 minggu sebelum tahu keputusan samaada berjaya ke tidak k.fiezz mengandung.

Masa proses menunggu 2 minggu ni memang k.fiezz baring saja dalam bilik. Cuma bangun untuk makan, mandi, solat. Lepas tu memang ber stoking 24 jam.  Selepas beberapa hari baru lah k.fiezz ada juga duduk, bangun jalan-jalan dalam rumah sebab tak elok juga baring je. Kadang dah bosan sangat, k.fiezz ada juga duduk sekejap-sekejap sebab pening asyik terbaring je. Semua kerja rumah masa k.fiezz 2ww ni dibantu oleh mak & abah. Import mak & abah dari kampung. Terima kasih mak & abah sebab tolong..

Dalam masa menunggu 2 minggu ni, k.fiezz memang dah dibekalkan 3 jenis ubat. 2 jenis untuk makan & 1 jenis untuk masukkan melalui miss v. Ubat-ubat ni untuk menguatkan rahim k.fiezz..

3 jenis ubat tu > Duphaston, Progynova & Utrogestan

Duphaston (Makan 1biji x 3 kali sehari)
Progynova (Makan 2 biji x 1 kali sehari) sebelum frozen embryo transfer makan 2x tapi selepas transfer, Dr cuma suruh makan 1 kali sehari)
Utrogestan (Masukkan melalui miss V 2 biji x 3 kali sehari)

Yang ubat progynova tu sedap, manis macam gula-gula. Suka pula k.fiezz makan. hehe. Ubat yang ni untuk tebalkan dinding rahim (kalau tak silap). Ubat ni k.fiezz dah ambil sebelum plan untuk buat FET kali ke-2 ni. Masa sebelum puasa k.fiezz ada appointment dengan Doktor & dibekalkan ubat ni. Cadangnya nak buat time dekat nak puasa tapi rupanya hospital tak buat masa bulan puasa. Jadi postpone lepas raya. So Doktor bekalkan dulu ubat ni & k.fiezz kena makan masa period time raya. Kebetulan period k.fiezz memang sentiasa on time, jadi senang nak agak bila period nak keluar. Keluar je period time raya, terus k.fiezz makan ubat ni sampai lah sepanjang proses menunggu 2 minggu ni disamping 2 lagi ubat yang lain. 

SELESAI 2 MINGGU MENUNGGU


Sepanjang menunggu 2 minggu  ni apa perubahan yang k.fiezz rasa. Kadang-kadang rasa loya (terutama bila bau handwash & gelwash), badan panas (tapi tak demam), cepat lapar. Tapi k.fiezz tak nak letakkan harapan. Mungkin ni semua mainan minda je sebab k.fiezz tahu ada embrio dalam rahim jadi otak kita ni duk fikir, mengandung. Bukan lah tak suka pula cuma tak nak letak harapan yang tinggi. Gitu kononnya padahal tetap mengharap. hehe..

MC k.fiezz yang hospital bagi dari 5 Mei - 16 Mei 2023. Masa sehari sebelum mc k.fiezz habis, k.fiezz whatsapp prof samaada 16hb tu kena datang hospital ke untuk ambil darah (untuk check beta hcg) samaada berjaya mengandung atau tidak. Prof tu cuma jawab 'nanti'. K.fiezz ni dah macam krik krik. MC k.fiezz sampai 16hb (selasa), esoknya Rabu kena kerja tapi sebab k.fiezz tak tahu samaada berjaya ke tidak penempelan embrio dalam rahim k.fiezz jadi k.fiezz ambil cuti rehat 3 hari (17hb sampai 19hb). Hari Jumaat (19hb) genap 14 hari proses menunggu. Esoknya  hari Sabtu, k.fiezz buat urine pregnancy test (UPT). Dup dap dup dap masa nak buat. K.fiezz sebenarnya sangat fobia dengan UPT sebab sepanjang belasan tahun kahwin ni, tak pernah dapat double line sekali pun. Jadi korang faham lah macamana perasaan bila kena buat UPT ni tapi k.fiezz terpaksa juga buat sebab nak tahu status k.fiezz macamana. 

Jeng jeng jeng..Bila buat upt, ni lah hasil dia..

embrio transfer, rawatan ivf, frozen embryo transfer

Kecewa...Memang kecewa sangat. Beritahu kat mr hubby. Mr hubby mula-mula okey je lepas je dia habis mandi, masuk bilik semula k.fiezz tengok mata mr hubby dah merah. Bila dah macam tu dengan k.fiezz sekali lah berjemaah menangis sekali. Dua-dua kecewa sangat sebab duit dah banyak habis tapi hasilnya macam ni. 2x buat, hasilnya sama.Uwaaaaa...

Terus masa ni k.fiezz cakap kat mr hubby, kalau dia ada calon lagi muda. K.fiezz setuju je untuk bagi kebenaran. Maklumlah k.fiezz dah berusia. Kemungkinan untuk hamil secara semulajadi tu sangat lah rendah. K.fiezz sendiri tak tahu mampu ke tidak untuk hamil secara natural sebab guna kaedah IVF ni pun tak berjaya. 

Lepas dah buat urine pregnany test & hasilnya negatif, kitaorang ke klinik pula untuk check melalui bacaan darah. Tapi biasanya kalau UPT dah negatif, bacaan darah pun akan sama juga cuma kitaorang buat untuk pastikan & hasilnya bacaan darah k.fiezz 2 saja. Uwaaa tambah lagi menangis kitaorang. Dah cakap tapi tetap nak berharap dah kenapa. Aihhh... Untuk yang tak tahu, pregnancy test selain dari buat UPT boleh juga check melalui bacaan darah (hormon mengandung dalam badan). Kadang ada upt tak boleh nak detect jadi boleh check dengan ambil darah (beta hcg). Beta hcg ni untuk check/confirm kehadiran hormon mengandung dalam badan. Lebih tepat keputusannya dari UPT..


NAK ULANG LAGI TAK IVF


Duit yang ada pun banyak dah habis untuk rawatan IVF yang ni, kitaorang tak bercadang nak ulang lagi proses rawatan IVF. Satu duit banyak dah habis, kedua - tak nak rasa sedih/kecewa macam ni lagi bila hasilnya tak seperti yang diharapkan. Sakit, sedih, kecewa, marah. Semua rasa ada. Mungkin ada hikmahnya yang Allah lebih tahu. Cuma k.fiezz & mr hubby sebagai manusia biasa ni, perasaan rasa sedih & kecewa sangat sangat tak boleh nak dielakkan..

Ada seseorang yang tahu pasal k.fiezz & mr hubby buat rawatan IVF ni tanya k.fiezz, berapa umur k.fiezz sekarang?K.fiezz malas nak beritahu sebab sis memang sensitif sikit bila orang tanya umur. Orang ni cakap kalau awal 30-an buat lah lagi tapi kalau dah 40-an tak payah lah buat sebab risiko. Erkkk, kenapa cakap macam tu masa k.fiezz dalam keadaan mood sedih. Kalau tak ada benda elok nak cakap, tak payah cakap apa-apa. Mungkin yang bercakap tak rasa apa tapi yang mendengar ni, sentap menusuk ke hati...Terus terasa tua ke aku. Tak layak ke aku nak mengandung sebab dah berumur. Rasa nak boikot je orang yang cakap tu.  Tapi buat masa ni biarkanlah orang tu..Sekarang ni kitaorang masih lagi dalam mood sedih. 

Untuk korang yang bakal buat rawatan IVF ni, jangan letak 100% harapan akan berjaya. IVF ni 50% mungkin berjaya, 50% mungkin gagal. Kalau berjaya harus lah kita happy tapi kalau gagal, siap sedia dari segi emosi sebab memang buat kita down dan sedih sangat. Bukan nak lemahkan semangat tapi proses rawatan IVF ni tak semudah yang disangka. Jangan ingat nak buat IVF sebab nak anak, nak anak kembar. Tu semua rezeki. Kita berusaha je. Peratus yang berjaya hamil melalui kaedah IVF ni tak tinggi sangat. Mungkin untuk yang masih muda, senang lekat tapi yang dah berusia macam k.fiezz ni agak susah sikit tapi ada je yang berjaya cuma peratusan tu tak tinggi. Tapi pada k.fiezz tak kisah lah muda ke tua, kalau Allah kata dah sampai rezeki kita sampai lah. Kalau belum, belum lah lagi. Cuma kita sebagai umatNYA,berusaha semampu yang boleh. 

Bila buat rawatan IVF ni, kita kena bersiap sedia dari segi masa (berulang alik ke hospital), kos, untuk isteri siap sedia badan proses pengambilan ubat secara suntikan & makan, isteri juga kena tahan sakit masa proses ovum pickup (pengambilan telur). Secara jujur untuk k.fiezz, proses ni paling sakit sepanjang rawatan IVF. Kemudian selepas proses embryo tranfer, kena banyak bedrest, pantang makanan/minum & sentiasa berjaga-jaga. Paling kena kuat masa nak dapat keputusan samaada berjaya atau tidak. Masa ni isteri & suami kena kuat. Bersedia dengan apa juga keputusan. Kalau kita terlampau letak harapan tinggi, itu yang jadi sedih dan kecewa sangat-sangat macam kitaorang bila keputusan tak seperti yang diharapkan. 

Jadi bila buat rawatan IVF ni, bak kata seorang  pegawai tempat k.fiezz kerja ni sebab dia pernah buat IVF juga. Bila kita dah melabur belasan atau puluhan ribu untuk buat rawatan IVF, jangan harapkan hasil dia seperti yang kita nak. Anggap kos untuk IVF ni duit tepian kita guna yang hasilnya 50-50...

Untuk yang bakal mencuba kaedah IVF, SELAMAT BERJAYA..Kuat okay dari segi mental,fizikal dan kewangan (paling utama)..hehe...

K.fiezz & mr hubby buat masa ni nak healing dulu. K.fiezz nak rehatkan kejap diri dari fikir pasal baby, pregnant buat masa ni. Nak pulihkan semula badan, emosi. Ikutkan k.fiezz dah putus asa nak cuba pregnant, rasa harapan tu macam tipis sebab faktor usia. Entah lah..Bagi k.fiezz dapatkan semula semangat macam sebelum ni untuk terus mencuba sampai berjaya (Insyaallah)...Aamiin..

8 Comments

  1. Allahuakbar.. Ana yg baca dari awal sampai habes ni pun menitik air mata.. Pernah dgr jugak ttg IVF ni betapa perlunya kekuatan mental,fizikal,kewangan & lain-lain.. Moga akak diberi kekuatan, ketabahan & rezeki yang baik utk masa depan :)

    ReplyDelete
  2. jangan putus asa fieza..ikhtiar selagi boleh..kakak Cik Nor 9thn kawen baru dapat zuriat..insyaAllah..perancangan Allah itu yang terbaik utk kita

    ReplyDelete
  3. Masya Allah kuatnya sis! Sekurang2nya sis dan suami dah ikhtiar sehabis baik, rezeki tu datang dari Allah. Semoga rezeki zuriat tu akan datang jugak dekat sis & suami, ameen YRA...

    Sebelum dapat anak sulung, saya pernah buat rawatan kesuburan jugak tapi setakat ambik pil je, tak sampai buat IVF lagi. 2x buat, 2x gugur. Lepas tu pasrah je, cuba sibukkan diri sambung Master sebab taknak fikirkan sangat pasal zuriat. Alhamdulillah masa sambung belajar tu tiba2 dapat tau pregnant anak sulung. Subhanallah cantik aturan Allah, kalau pregnant awal memang ke sudah takkan sambung belajar 🥰

    Yakin Allah tu sebaik-baik perancang dan everything happens at the right time 🤗

    ReplyDelete
  4. saya bersimpati dan mohon reda dengan ujian begini...ada hikmahnya...in sha Allah

    ReplyDelete
  5. Innalillahiwainnailahirajiun. Moga Allah beri yang lebih baik.
    Apabila baca pengalaman Puan Fiezz, rasa lagi berat ujian daripada saya.

    ReplyDelete
  6. Allahuakbar... be strong, pedulikan org nak ckp apa pun. semua ni aturan & ketentuan dr Allah. Allah uji sbb Allah tau akak kuat utk hadapi semua ni..
    hugs dear...

    ReplyDelete