Dapur FiezaSani - Senang Masak Ada Perencah Nasi Goreng Kampung Segera Ni
Bila dah kebuntuan idea nak masak apa, meh lah masak nasi goreng kampung segera je. Pakai perencah ni (rujuk gambar). Perencah nasi goreng kampung ni k.fiezz beli kat pasar tani pejabat. Tak pernah cuba pun sebelum ni. Masa duk tengok nak beli apa, tertarik dengan perencah nasi goreng kampung ni. Selain yang ni ada lagi perencah lain tapi k.fiezz nak cuba yang nasi goreng kampung ni dulu. Kalau sedap, boleh try yang lain pula.
Tempat yang k.fiezz beli perencah nasi goreng kampung ni memang jual produk muslim & sejuk beku (frozen). Selalu juga lah k.fiezz beli barang-barang kat situ. Mee lah, fish cake, kuih frozen. So terbaru k.fiezz beli perencah nasi goreng kampung ni pula. Kita support produk keluaran muslim..
PERENCAH NASI GORENG KAMPUNG
- Panaskan minyak. Lepas tu masukkan ayam/daging/udang/sotong (Ikut lah nak yang mana satu atau semua sekali pun boleh). Goreng sekejap sampai masak.
- Kemudian masukkan nasi putih & kacau sekata.
- Lepas tu masukkan sayur (k.fiezz guna sayur pak choy sebab sis tak suka kangkung) & diikuti dengan perencah kering nasi goreng kampung ni. Kacau bagi mesra. K.fiezz letak juga 2 biji telur. Kacau-kacau sampai telur masak lepas tu campurkan sekali dengan nasi. Gaul sekata.
- Boleh hiaskan dengan ikan bilis goreng dan cili.
- SIAP..
SEDAP TAK NASI GORENG KAMPUNG SEGERA NI?
Sedap. Mr hubby pun cakap sama. Weolls suka. Cara penyediaan pun senang. Main campak-campak je, kacau-kacau. Siap. Okey lepas ni boleh beli lagi perencah nasi goreng kampung ni buat stok kat rumah.
SIS SUKA MASAK YANG DAH SIAP PERENCAH MACAMNI..
6 Comments
Ok nanti nak carilah perencah nasi goreng KG ni hehhehee...
ReplyDeletetengok gambar end-product terliur
Senangkan bila dh ada perencah nasi goreng instang ni . Janji sedap ..tumis prencah letak nasik je siap
ReplyDeleteMudah cepat kan
ReplyDeleteSenang tidak payah tumbuk-tumbuk bahan.
ReplyDeletebesar gak satu peket tu hasi kejadian nasi goreng fiez pn nampak sedap sgt tu
ReplyDeletecik nor rmai yng nak mkn..buat perencah sendiri jer..perencah ni utk 2 3 org mkn jer bila msk nasi banyak xrasa dah perencah ni..hehe
ReplyDelete