1st time lah sis buat kuih cek mek molek Kelate ni. Kisahnya kawan office k.fiezz bagi keledek oren. K.fiezz dah blur nak buat apa dengan keledek oren tu. Kawan k.fiezz bagi cadangan boleh buat kuih cek mek molek. Lepas tu k.fiezz tanya boleh buh tak dalam bubur cha cha sebab kebetulan mr hubby  ada beli bubur cha cha ni. Kemain banyak lah mr hubby pi beli. So k.fiezz ada lah buat bubur cha cha. Masa google resipi bubur cha cha, terjumpa banyak resipi dia yang letak sekali keledek tapi memandangkan k.fiezz tak ada stok keledek masa tu,  k.fiezz masak bubur cha cha kosong je lah tak ada buh apa-apa. 

Elok esoknya kawan office k.fiezz bagi keledek oren ni pula. Tapi takkan nak buat bubur cha cha lagi. Baru je buat. Kawan k.fiezz ada bagi cadangan buat kuih cek mek molek ni. K.fiezz cakap mana reti. Tak pernah buat. haha. So kawan k.fiezz ajar lah cara buat dia. Kawan k.fiezz cakap senang je buat dia. Anak dia 7 tahun pun reti..haha..

Selepas 2 minggu, baru lah terjadi kuih cek mek molek ni. haha. Sebab masa dapat keledek ni k.fiezz & mr hubby staycation kat hotel dengan family mr hubby. Semalam tak ada ke mana-mana, baru lah sis buat kuih cek mek molek ni..Nervous pula weiii..haha...


kuih cek mek molek, resipi kuih cek mek molek

RESIPI KUIH CEK MEK MOLEK

Resipi kuih cek mek molek ni k.fiezz ikut seperti yang kawan pejabat ajar. Ingat-ingat lupa cara dia sebab lepas 2 minggu baru buat..Tak apa kita cuba..

BAHAN-BAHAN :-

  • Beberapa biji keledek oren (K.fiezz guna lebih kurang 4-5 biji saiz sederhana)
  • Tepung gandum
  • Garam
  • Gula
  • Minyak (untuk menggoreng)

CARA-CARA :-
  1. Rebus dulu keledek sampai empuk. Nak tahu dah empuk ke belum, cucuk dengan garfu. Kalau masih keras,sambung rebus lagi sampai empuk.
  2. Tos & sejukkan keledek sekejap.
  3. Lepas tu boleh lenyekkan keledek (ada mixer. boleh guna mixer. kalau tak ada, guna lah apa-apa untuk lenyekkan keledek. Masa lenyekkan keledek ni, boleh letak garam sikit.
  4. Kemudian masukkan tepung gandum sikit demi sikit sampai adunan tak melekat kat tangan. Tepung tu masuk sikit-sikit tau sebab takut cek mek jadi ter lembik atau ter keras. Jadi adun sikit-sikit dengan tepung gandum sampai rasa adunan dah tak melekat kat tangan. Lepas siap ni, k.fiezz biarkan kejap adunan..
  5. Ambil dulang atau apa-apa alas, sapu sikit tepung (untuk elakkan melekat). Kemudian boleh buat satu per satu adunan secara bulat, buat lubang sikit untuk masukkan gula. Tutup semula dan buat bentuk bujur. Buat satu per satu sampai habis adunan. 
  6. Siap semua, boleh panaskan minyak. Pastikan minyak banyak untuk bagi adunan cek mek tenggelam dan cukup masak. Selain tu minyak pun kena betul-betul panas. Lepas tu boleh mula menggoreng sampai warna bertukar jadi kekuningan. 
  7. SIAP..

SEDAP TAK CEK MEK MOLEK SIS BUAT NI?


Haha..Harus lah sedap. Lembut.. Cuma k.fiezz ter letak gula sikit so kurang manis rasa dia..hehe. First timer. hehe. Lain kali dah tau nak letak gula banyak mana tapi mr hubby suka je gula kurang. Tak manis sangat kata dia..

So lepas ni boleh lah beli keledek selalu. Dah lulus buat cek mek molek kelate ni..hehe. K.fiezz suka kuih ni. Ingatkan susah nak buatnya. Laaa sonang je rupanya..Resipi cek mek molek ni dari kawan k.fiezz tau, orang Kelate. Original gitu..hehe...So nak cuba boleh lah...

SELAMAT MENCUBA...

5 Comments

  1. Menjadi tu elok cantik kejadiaannya ;)

    ReplyDelete
  2. Apabila baca cara buat memang senang.

    ReplyDelete
  3. alahai sedapnya, antara kuih yg mama belajar masa kat u dulu.. belajar dgn kawan kelate

    ReplyDelete