Semalam birthday mr hubby yang ke-4x (rahsia)..hehe.. Happy Birthday to u, sayang..Konon nak wish tepat pukul 12 sekali mr hubby dah Zzz dulu. So KIV wish birthday masa bangun sahur. hehe. Happy birthday to you, sayang. Semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik, umur yang panjang, dilimpahkan rezeki & happy always with me walaupun semalam terbergaduh sekejap. hehe. Ceritanya k.fiezz tersentap sekejap dengan mr hubby masa tengah nak berbuka. Mr hubby ter naik sikit volume dia. Ater sis pula jenis cepat sentap. Memang mood out lah kejap semalam masa berbuka. Cadangnya lepas berbuka nak ambil kek untuk potong tapi sebab sis sentap kejap, KIV dekat pukul 9 baru sesi potong kek..haha..Benornya sekali tunggu fruit basket delivery yang k.fiezz order untuk buat surprise kat mr hubby tapi yang hantarnya lambat sampai, suruh mr hubby potong kek dulu.

BELI KEK @ SOGO

Cadangnya mula-mula k.fiezz malas nak beli kek sebab manis kan. Mr hubby kena kurangkan pengambilan makanan manis tapi birthday boy cakap terus terang, kek kena lah ada..Alamakk..haha..Tak ada dalam list nak beli kek. 

Tapi udah birthday boy cakap pasal kek, nyinggah lah k.fiezz kejap kat SOGO beli kek. Ikutkan sekarang k.fiezz malas nak singgah masuk SOGO memandangkan nak kena naik bas dari SOGO lepas tu turun kat stesen LRT H.Tuah untuk naik tren pula. Kalau menyinggah SOGO, jadi lambat sampai rumah. Nak masak lagi. Tapi semalam tak apa lah excuse for you mr hubby, gigih singgah kejap SOGO beli kek. Nasib lah kedai bakery kat dalam SOGO tu tingkat bawah je. Tak payah nak turun naik eskalator..Jimat masa di situ..hehe..


SIMPLE BIRTHDAY CELEBRATION

Memandangkan tahun ni birthday mr hubby jatuh pada bulan puasa, jadi sambut birthday secara sederhana. Nak belanja makan time berbuka kena keluar malam. Flat rumah k.fiezz tu kalau keluar malam, nak masuk balik parking bercinta cari parking. Jadi sambut birthday kat rumah je, potong kek & beli fruit basket untuk birthday boy.  Harap birthday boy suka..

Hadiah, tak sure birthday boy nak apa. Mr hubby cakap nak anak. Sis jawab 'doa banyak-banyak tambah di bulan Ramadan ni'. Aamiin..

K.fiezz cakap kat mr hubby, cari lah nak beli apa nanti k.fiezz bayorkan je sebab taste mr hubby ni boleh tahan juga benornya. Mr hubby cakap nanti dia cari kat shopee &  masuk dalam bakul. Sis kena check je dalam bakul & bayarkan..Alamakk..Seremm..Harap tak mahal sangat..haha..



birthday

Birthday cake beli kat Sogo..Beli saiz kecil sebab sesuai untuk 3 orang je yang ada kat rumah..
Sis, mr hubby & adik..



birthday

Sesi potong kek...K.fiezz pilih flavour pilihan sebab nampak yang ni je best..
Chocolate Premium..Manis sikit..Tak apa sesekali kan...

fruit basket delivery


Fruit basket delivery order dari seller online IG..
Memang k.fiezz request nak buah epal semua sebab favourite mr hubyy..


SERVIS DELIVERY FRUIT BASKET..


Untuk seller yang k.fiezz order fruit basket ni, k.fiezz tak berapa puas hati. Masa deal mula-mula sebelum tempahan, okey je. Tapi masa sebelum nak hantar ni, dia ada bagi gambar bakul buah yang dah siap tapi jenuh lah k.fiezz zoom besorkan gambar sebab tak nampak terselit coklat ferero sebab sepatutnya ada. K.fiezz scroll balik conversation kitaorang, memang ada. Dia sendiri yang beritahu akan letak buah, coklat ferero & bunga sikit . Mula k.fiezz nak buat diam je tapi k.fiezz tanya juga lah sebab masa deal dia inform ada benda-benda ni. Nasib lah sis tanya, dia terlupa nak letak, sebelum delivery dia akan selitkan coklat ferero.  Setel part ni.

Lepas tu dia ada beritahu lambat sikit delivery sebab baru berbuka. K.fiezz okey je lah. Masa isi detail untuk order, dia ada minta no telefon penerima. So k.fiezz bagi no. telefon mr hubby. K.fiezz punya assuming seller / runner akan call mr hubby sebelum nak hantar bakul buah ni. Tunggu punya tunggu memang tak ada langsung call mr hubby. K.fiezz duk tengok-tengok juga handphone mr hubby takut tak dengar ke apa tapi memang tak ada sebarang call pun. Tak apa tunggu je lah diaorang hantar..

Dalam 9.30malam macam tu baru sampai tapi tak call mr hubby pun. So tak tahu apa point minta nombor telefon penerima. 

Seller ni call k.fiezz & dia cakap tunggu kat bawah. Oh maiii..K.fiezz terus lah cakap, eh tak naik ke?Dia cakap kalau guna runner pun, diaorang tak naik sebab kalau naik ada extra caj lagi. So biasa runner hantar kat bawah je. Oooo gitu yea..Kenapa tak beritahu awal-awal masa k.fiezz isi form order. Terang-terang k.fiezz tulis alamat penuh siap ada no blok, tingkat berapa & no.unit rumah. Bila pelanggan tulis macam tu maksudnya  hantar sampai depan rumah. Kalau tak buat servis naik sampai rumah atau ada extra caj, beritahu awal-awal. Dia cakap nasib baik yang ni dia hantar sendiri, jadi dia naik juga lah. K.fiezz semalam memang nak turun dah. Agak tegang juga lah masa proses penghantaran ni semalam..Dia nak naik, k.fiezz cakap tak apa dah on the way turun. Tapi dia naik juga, k.fiezz cakap tunggu kat depan lif tingkat..Dah sampai tingkat k.fiezz, dia nak ambil gambar so k.fiezz cakap boleh je tapi gambar k.fiezz lah sebab mr hubby kat rumah..Yelah expectation k.fiezz nak buat surprise untuk mr hubby tapi kalau dah kena turun ambil sendiri, apa benda surprise nya. Lepas tu dia cakap tak apa lah dia hantar sampai depan rumah. Dia tanya suami sis  pakai baju ke tak sebab nak ambil gambar sekali. Kebetulan memang mr hubby dah pakai baju sebab potong kek sebelum tu. 


Untuk seller yang buat delivery surprise bouquet macam ni, patutnya korang kena beritahu jelas & terang pada customer sekiranya servis korang cuma hantar sampai bawah je untuk rumah jenis bertingkat (flat/kondominium/apartment) terutama untuk yang buat di kawasan KL/Selangor.  Rumah pelanggan kat KL/Selangor ni banyak yang jenis bertingkat. Kalau kata ada extra caj pun beritahu juga, jadi pelanggan tak salah faham & bagi review tak best pasal business korang. 

Apa nama seller yang k.fiezz order fruit basket ni?ermmm tak nak share sebab tak nak bagi bad record kat seller ni. Lagipun dia cari rezeki juga. Cuma part yang k.fiezz cerita kat atas ni boleh improve kan lagi supaya tak salah faham macam sis...

K.fiezz pun next time nak order delivery bouquet macam ni kena tanya dulu seller ada buat ke tak servis hantar sampai depan rumah sebab sis duk rumah flat...
 
So sayang, happy birthday..hehe..Tetiber ada issue di hari jadi..

3 Comments

  1. wah..so sweet..hepi bestday buat husband fieza..:)

    ReplyDelete
  2. Nasib baik tanya pasal coklat.
    Itulah tidak seronok kalau ada bends tidak ikut perancangan. Rasa serik untuk pesan lagi.

    ReplyDelete
  3. bagus ni hadiah yg sihat. happy birthday buat en hubby fiez

    ReplyDelete