Buat Stok Bawang Merah Kisar Untuk Senangkan Kerja Masak
Dapat idea buat stok bawang merah kisar & bawang putih buang kulit siap-siap sebab senang nak masak bila hari kerja. Terutama di bulan Ramadan ni. Aihh kelam kabut sekarang ni sampai rumah nak masak sebabnya LRT tengah bermasalah. K.fiezz kena turun naik tren dan bas, jadi lambat sampai kat rumah. Dah sampai rumah, hari biasa tak apa masak lambat sikit. Ni tengah puasa, nak berbuka pukul 7 lebih, tak ke kelam kabut nak masak. Pukul 6 lebih baru nak potong bawang bagai, aihhh lambattt..Jadi untuk memudahkan kerja, k.fiezz buat bawang merah kisar ni. Bawang putih tu pun ikutkan nak kisar juga tapi tak cukup stok pula. So tak apa buang je kulit dia dulu. Nak guna boleh kisarkan dalam mini chopper. Nanti dah restock bawang putih, baru kisar juga. Senang kerja..
Kerja lebih sikit hari cuti tapi memudahkan k.fiezz untuk masak di hari bekerja.
Biasalah kita wanita yang berkerja ni, memang kena cari jalan untuk senangkan kerja di rumah terutama memasak. Dekat pejabat dah penat lepas tu dalam perjalanan pula ulang alik rumah dan pejabat. Sampai rumah nak kena masak, aihhh memang terasa penatnya tu..So senang buat bahan kisar siap macam ni. Nak masak, ambil je. Sebenarnya nak masak ni tak susah pun cuma proses nak siapkan bahan untuk nak masak tu makan masa sikit. Betul tak?
Selain bawang merah kisar, cili kering memang wajib k.fiezz buat stok siap kisar macam ni juga. Cuma bawang merah ni je baru k.fiezz buat stok sebab dalam situasi k.fiezz sekarang yang sampai lambat kat rumah. Hari biasa k.fiezz okey je nak potong bawang lepas tu blend tapi ni tengah puasa, nak siapkan juadah berbuka sebelum Maghrib, jadi kena buat pantas sikit kerja memasak kat dapur..
Note - Ada terbaca satu tips di satu website ni, untuk bagi bawang merah kisar ni tahan lama, selepas siap kisar & sebelum simpan dalam peti ais taburkan sesudu sudu garam kat permukaan bawang merah kisar ni. Itu saja.
SENANG SIKIT KERJA MEMASAK DAH SIAPKAN BAHAN KISAR..
4 Comments
bila dah ada stok bawang memang mdah kerja dapur . ccl pun ada buat mcm ni . kisar sesiap mudah nk masak , jimat masa
ReplyDeleteHaah sebab bulan puasa. Kira hari-hari masak lauk untuk buka.
ReplyDeleteMy mom pun selalu kisarkan bwg
ReplyDeletemama baru buat ahad lepas.. senang nak masak bila dh siap kisar kan
ReplyDelete