Masa cuti krismas hujung tahun lepas, k.fiezz & family naik ke Cameron Highland. hehe. Berani sungguh lah time musim hujan gi ke Cameron. Adeh, benornya risau juga tapi sebab dah booked homestay di Cameron Highlands tu. Kalau cancel tak dapat full refund. Mak k.fiezz memang risau sangat sebelum kitaorang cuti-cuti ke Cameron Highlands haritu. Dengan musim hujan lepas tu beberapa hari sebelum kitaorang naik tu, ada pula tengok kat Tik Tok banjir kat area Kg.Raja kat Cameron Highlands tu..Adeh..Sabar je lah. Beritahu kat mr hubby, dia cakap banjir kat situ patutnya air akan menurun ler sebab kat bukit..Kitaorang nak naik..Logik mr hubby cakap tu. hehe..Kalau risau pasal jalan pula, kitaorang naik ni dari belah Simpang Pulai. Jalan kat situ besar, okey sikit berbanding naik belah Tapah sana. So tawakal je dalam hati. Harap cuti-cuti di Cameron Highland ni berjalan lancar. 

Alhamdulillah, percutian kitaorang 3 hari 2 malam di Cameron Highlands okey & lagi best jalan tak jammed weiii..hehe..Sebab mak mertua cakap tengok kat mana entah, 40% yang dah booked cuti-cuti di Cameron Highland ni cancel booking..Jadi masa kitaorang ke sini, jalan clear..Tapi kitaorang tak ada jalan ke mana sangat pun..Cuma gi ke Teh Bharat minum teh sambil tengok pemandangan hijau kat situ...

Jom k.fiezz nak share homestay dekat pasar malam Cameron Highland, tempat penginapan kitaorang selama 3 hari 2 malam masa cuti-cuti kat sana..

HOMESTAY DI CAMERON HIGHLANDS


Homestay ni ada 4 bilik & 3 bilik air. Lengkap dengan segala kelengkapan rumah di dapur, ruang tamu & dalam bilik-bilik. Aircond jangan tanya. Homestay di Cameron Highlands, tak payah pakai aircond pun memang dah sejuk..Dalam bilik air pun dah ada water heater, jadi idak lah nak mandi atau ambil wudhu pun seriau nak sentuh air..haha. Cuma air kat sinki dapur, bila cuci tangan atau basuh pinggan/cawan, tahan le sejuk..K.fiezz memang asyik mencuci pinggan mangkuk je sebab ada sesi masak-masak juga, ater tangan dah naik imun kena air sejuk..haha..

Nak booked kat mana homestay dekat pasar malam Cameron Highland ni?
Di Agoda..

Selesa tak homestay ni?
Sangat selesa..Siap ada tilam tambahan lagi kalau datang ramai-ramai & tak cukup katil untuk tidur...

Fasiliti rumah?
Semua lengkap kecuali tuala tak disediakan. Bawa sendiri..hehe..Selain dari tu semua ada. Sabun mandi, tisu tandas..Sabun basuh pinggan pun ada..Barang-barang lain macam perkakas dapur kecuali tempat masak tak ada, tempat bbq ada disediakan kecuali arang..

Berapa rate?
Tak silap k.fiezz, RM1k lebih kurang untuk 3 hari 2 malam..

homestay di cameron highlands,cuti cuti di cameron highland

Homestay kitaorang yang no.2 dari tepi tu..Dekat belakang sikit ni ada taman mainan..Tak jauh pun jalan kaki je cuma sini agak sunyi sikit jadi kalau nak bawa budak-budak main, kena ada orang dewasa ikut sekali...

Jom tour dalam rumah pula, uolls...

homestay di cameron highlands,cuti cuti di cameron highland

Dapur..Belakang tu tempat untuk bbq..

homestay di cameron highlands,cuti cuti di cameron highland

Bilik kat tingkat bawah. Sebelah bilik ni, tandas..Lupa nak ambil gambar..Dalam video k.fiezz share kat Tik Tok, ada rekod...


homestay di cameron highlands,cuti cuti di cameron highland

Ruang tamu..Tv berfungsi..Alhamdulillah..haha..Fobia sejak kena homestay kat Rawang yang TV rosak tu..

homestay di cameron highlands,cuti cuti di cameron highland

Tangga naik ke tingkat 2..Tangga dia agak tinggi juga yea..Kena hati-hati bila turun naik...

homestay di cameron highlands,cuti cuti di cameron highland

Master bedroom..Ada 2 katil king saiz & extra tilam...


homestay di cameron highlands,cuti cuti di cameron highland

Bilik air dalam master bedroom...

homestay di cameron highlands,cuti cuti di cameron highland

Bilik ke-2 kat tingkat 2..Sharing bilik air...

homestay di cameron highlands,cuti cuti di cameron highland

Bilik ke-3 kat tingkat 2..Sharing bilik air...

homestay di cameron highlands,cuti cuti di cameron highland

Bilik air untuk bilik ke-2 & ke-3...

homestay di cameron highlands,cuti cuti di cameron highland

Tempat bbq kat belakang dapur...

homestay di cameron highlands,cuti cuti di cameron highland

Serai ni ada cerita lawak dia..hehe...Masa nak buat bbq, baru perasan tak ada serai untuk renjis-renjis kat bahan bbq..So mak mertua k.fiezz keluar jalan kaki nak gi tengok kat pasar malam depan je homestay kitaorang ni kot ada orang jual serai..Tak sampai berapa minit mak mertua k.fiezz keluar, dia dah balik rumah sambil bawa serai gemuk ni, hah..Mak mertua k.fiezz cakap, ternampak pokok serai kat depan satu rumah yang berderet dengan homestay kitaorang ni. Mak mertua k.fiezz tengok rumah tu macam kosong..Jadi mak mertua k.fiezz ambil je lah serai ni. haha..  Nasib baik nak ambilnya senang je..hehe..

homestay di cameron highlands,cuti cuti di cameron highland

Selain dari bbq, aktiviti kitaorang masa stay sini main games. K.fiezz & mr hubby memang ada satu beg mainan termasuk lah mainan yang main kat pc/tv dan jenis mainan macam dam ular, sahibba ni..Bila gi bercuti je, kitaorang akan bawa beg tu..

homestay di cameron highlands,cuti cuti di cameron highland
Lepas dam ular, layan Sahibba pula..

homestay di cameron highlands,cuti cuti di cameron highland

Pi pasar malam Cameron Highlands yang berdepan je dengan homestay kitaorang ni..Rajin, boleh jalan kaki. Kalau malas. Naik kereta, park kat tepi jalan..Jalan kaki sikit je...Tapi nak naik kereta park tepi jalan pun payah gak, pasar malam ni dalam pukul 4ptg dah start so bila nak cari parking tepi jalan yang dekat dengan area homestay kitaorang ni, dah penuh kiri kanan jalan..Masa ni mr hubby yang hantar kitaorang sebab dia malas nak gi pasar malam..Lepas hantar kitaorang, dia balik rumah semula. Dia cakap dah nak balik, beritahu. Dia keluar kejap..Tapi lepas dah tour pasar malam, balik rumah  kitaorang jalan kaki je...

homestay di cameron highlands,cuti cuti di cameron highland

Ni jalan nak ke homestay..Balik dari pasar malam, kitaorang jalan kaki lah kat sini..Rumah yang kitaorang stay nun kat hujung..Jalan kaki dalam 5-10 minit juga ler...Depan perumahan ni nampak dah pasar malamnya tapi sebab tak ada jalan shortcut nak ke situ, jadi kita kena memusing baru jumpa jalan nak ke pasar malam..

homestay di cameron highlands,cuti cuti di cameron highland

Sambil-sambil jalan kat pasar malam, kita snap gambor..hehe..


CUTI-CUTI DI CAMERON HIGHLAND

Untuk k.fiezz homestay yang jadi penginapan kitaorang haritu, best sebab selesa & besar untuk datang ramai-ramai. Bila naik ke Cameron Highland ni ramai yang suka gi ke Pasar Malam Cameron Highland cuma masalahnya parking kat sini, susah sikit. Hat ni kitaorang dapat homestay dekat pasar malam Cameron Highland, jalan kaki sajo...Memang best lah..

Masa ni jalan-jalan pun seronok sebab orang tak ramai memandangkan ramai yang cancel booking jadi jalan clear tak jammed macam kebiasaan bila cuti sekolah...hehe..Kecuali masa nak turun haritu je, stuck kejap sebelum KEA FARM. Ramai orang menyinggah kat situ..Lepas dari tu, clear..Masa naik haritu pun jalan clear, turun pun sama juga...Alhamdulillah, cuaca pun masa kitaorang naik haritu tak hujan sangat..Hari pertama hujan tapi tak lebat sangat..Hari berikutnya, ada lah juga hujan tapi sikit-sikit je..Cuaca pun sejuk..Layan..Cuma makanan je mahaiii..haha..Nak cuti ke Cameron Highland ni kena sediakan ongkos lebih sikit bila part makanan..hehe..

Overall layan cuti-cuti di Cameron Highlands ni..Dalam risau-risau sebelum naik ke sini, alhamdulillah berjalan lancar tak ada sebarang masalah...

CUTI-CUTI RELEASE TENSION JAP...

5 Comments

  1. Seronoknya cuti-cuti di Cameron Highlands!

    ReplyDelete
  2. Seriau juga kalau jalan² musim hujan camtu kan..alhamdulillah, semua takda apa-apa. Seronoknya kak..dah lama tak pergi CM tu. Bila la nak pergi lagi

    ReplyDelete
  3. Pandai pilih tempat penginapan dekat dengan pasar malam.
    Hehe tertarik tengok bilik-bilik dan ruangan ada lukisan kartun. Eh takde dapur masak ya? Perasaan Puan Fieza rajin bercuti dengan ramai ahli keluarga. Alhamdulillah. Eratkan hubungan dan muafakat sebab kadang-kadang susah kumpul bersama di tempat orang
    Alhamdulillah percutian berjalan lancar. Bila kata tidak ramai orang macam jarang berlaku juga sebab selalu pergi selalu sibuk di sana.

    ReplyDelete