Melayan The Chicken Rice Shop lagi lepas tengok Black Panther : Wakanda Forever 2-3 minggu yang lepas. Udah tengok wayang, perut lapar sebab dah ter skip lunch (wayang time t/hari) so keluar je dari panggung wayang, mencari tempat makan. Kitaorang tengok wayang kat Jaya Mall so lepas habis je tengok cerita, terus ke tingkat bawah untuk cari kedai makan yang kena dengan citarasa. Memandangkan mak & abah k.fiezz ikut sekali masa ni, jadi kitaorang pilih nasi. Antara deretan kedai makan yang ada, The Chicken Rice Shop saja yang nampak memenuhi kriteria & selera kitaorang yang lapar nasi masa tu. hehe. Jadi ke situ lah kitaorang. 

BLACK PANTHER : WAKANDA FOREVER

Sejujurnya cerita ni ikut citarasa k.fiezz, tak best. Bosan. Banyak bersembang. Aihhh. Udah lah bawa mak & abah k.fiezz pula masa ni. Memang rasa lama gilerr cerita ni nak habis sebab tak best. Mungkin orang lain rasa best, terpulang lah yea. Masing-masing punya citarasa. Untuk k.fiezz, tak best. 

Berbalik pada cerita kitaorang lunch + dinner kat The Chicken Rice Shop.


the chicken rice shop,set chicken rice shop

Sebelum start wayang.. Wefie dulu. Kitaorang tengok ni kat Jaya Mall. Memang tak ramai orang kat sini. Sukaaa...

LUNCH + DINNER @ The Chicken Rice Shop

Duduk je kat tempat, terus tengok menu yang ada..Mr hubby pilih set chicken rice shop yang untuk 5-6 orang makan walaupun kitaorang ber-4 je. Saja ambil extra sebab takut ada yang nak tambah..

the chicken rice shop,set chicken rice shop

Pilih set kedua kat bawah untuk 5-6 orang makan 


the chicken rice shop,set chicken rice shop

Ni menu dia weiii..Penuh atas meja. Yang tak masuk dalam frame gambar pun ada. Kat kerusi tepi k.fiezz pun ada weiii. Meriah.

the chicken rice shop,set chicken rice shop

Wefie dulu. Orang lain semua dah tak sabor nak makan sebab laporrr..

the chicken rice shop,set chicken rice shop

Side dish yang sampai dulu. Tak tahu lah nama dia apa. Rasa dia kenyal-kenyal gitu macam nata de coco. Sis tak suka..Sebab dah tua-tua ni, gigi tak berkerjasama kalau makan benda-benda yang kenyal-kenyal macam ni. Tak lut. haha..Tapi ambil juga lah rasa sikit sedap  ke idak. Okey lah rasa dia. Manis..

Favourite k.fiezz bila ke The Chicken Rice Shop ni tetap pai tee...

SEDAP TAK?

Sedap ni subjektif sebab ikut selera masing-masing, betul tak. Tapi dah nama The Chicken Rice Shop, mana pernah tak sedap. Sedap je. Tu pasal kat restoran dia, full house je memanjang. Tapi The Chicken Rice Shop ni memang memenuhi kriteria orang Malaysia yang tak lepas dengan nasi. Kalau dah lapar sangat nak cari nasi, cari lah The Chicken Rice Shop ni. Confirm kenyang. Kitaorang makan ni dah lambat 4 lebih dekat pukul 5, dah pakej makan untuk dinner sekali. Memang kenyang sangat. Berbaloi lah dengan harga dia yang boleh tahan itu. hehe

Siapa Suka The Chicken Rice Shop?Sep sikit... 

7 Comments

  1. Untuk tekak SA memang sedap la.....

    ReplyDelete
  2. Wah mak & abah tengok sayang.
    Memang banyak makanannya. Elok kenyang ke malam.
    Belum ada kesempatan ke TCRS.

    ReplyDelete
  3. https://rabiadawiyah21.blogspot.com/2022/12/top-commentar-disember-2022.html.

    Tahniah kakk

    ReplyDelete
  4. saat makan la yg paling best berbanding tengok wayang hehhe

    ReplyDelete
  5. wakanda fovever!! mama tak boleh la haha

    ReplyDelete