Kenduri Kahwin Akid dan Lia di Teluk Panglima Garang
Selamat Pengantin Baru Akid & Lia. Awal bulan ni, adik sepupu k.fiezz yang dalam family kitaorang panggil Akid dah selamat menikah dengan pasangannya Lia. Dulu kecil je Akid ni. Tau-tau dah besor panjang, dah jadi suami orang sekarang ni. hehe. Kejap je masa berlalu. Ni nanti dapat anak dah jadi ayah orang pula. hehe.
Sebab ke kenduri kahwin adik sepupu ni lah yang kitaorang menginap kat Jack & Sally Homestay di Teluk Panglima Garang. Ada k.fiezz share kat entry sebelum pasal homestay ni.
SEKITAR MAJLIS RESEPSI BELAH PEREMPUAN
Majlis resepsi kenduri kahwin belah pengantin perempuan di Teluk Panglima Garang, Selangor. Jom k.fiezz share corat coret sekitar majlis resepsi..
Ni masa sebelum gerak ke rumah pengantin perempuan..Bergambor dulu..Wajib..
Opah k.fiezz dengan 3 orang anak perempuan, seorang menantu, 2 orang cucu & seorang cicit..
Nak jugekkk..Mak long, Ibu, Umi & Nuha..hehe
Sesi menunggu pengantin lelaki bersiap kejap..Jadi kita posing-posing dulu sekeping dua..
Sis..harus lah kan..Wefie wajib..haha...
Pengantin lelaki dengan mak & adik perempuan dia..
Mak k.fiezz..Nak menyelit juga bergambor dengan pengantin lelaki..hehe
Pengantin lelaki dah siap..
Dah otw ke rumah pengantin perempuan..
Tadaaa..Pengantin berjumpa juga..hehe
Berhenti kejap untuk bergambor..hehe..
Sesi baling gula-gula kat budak-budak. Sis yang duduk kat tepi pun dapat juga seuncang dua..hehe..
Pengantin bergambar dengan family belah lelaki.. We olls..
Nak juga kan gambar dengan pengantin..hehe..Sis & mak...
Pengantin - Akid & Lia
Selamat Pengantin Baru untuk Akid & Lia. Jadi suami isteri yang baik antara satu sama lain dan kekal sayang menyayangi..Ewahh...Jiwang ayat sis..haha..Sentiasa tenang hokay melayari alam rumahtangga yang bermacam onak dan duri nya ni. Biasalah rumahtangga ni ada pasang surut dia. Kejap okey kejap idak..Bila berhadapan dengan masalah, cuba selesaikan dengan tenang, insyallah semua akan berjalan lancar. Paling penting, cepat-cepat buat baby..Bertambah lagi anak buah akak..hehe..
Kenduri belah lelaki dah buat juga seminggu selepas belah perempuan ni. Kenduri doa selamat tapi tak ada gambor sebab masa kenduri hujan lebattt...Biasalah hujung tahun ni, memang musim hujan lah..
SELAMAT PENGANTIN BARU...
















5 Comments
Semoga kekal ke jannah!
ReplyDeleteSelamat pengantin baru buat kedua mempelai semoga kekal bahagia sampai ke Syurga.. ;)
ReplyDeleteCeria sedondon berwarna biru.
ReplyDeleteSelamat pengantin baru buat Akid dan Lia.
meriahnya, selamat pengantin baru lia dan pasangan
ReplyDeletewah semua ikut tema ya , cantik . selamat pengantin baru buat Akid & Lia .
ReplyDelete