Korang yang mencari homestay besar di Selangor, boleh check it out KDH Villa yang terletak kat Rawang ni. Serius besor giler. Complete dengan segala peralatan rumah & fasiliti lain. Sesuai sangat nak buat family day kat sini. Apa fasiliti yang ada kat sini?  Scroll sampai habis, hokay..

K.fiezz & mr hubby tahu pasal KDH Villa ni sebab group gamers mr hubby pernah buat gathering kat sini 2 tahun lepas. So masa family mr hubby  nak buat family day, terus suggest kat sini. Yang lain pun onzz jadi booked terus. Tarikh asal kitaorang booked kat KDH Villa ni bulan Februari yang lepas tapi masa tu salah seorang family member positif COVID jadi postpone ke November. Itu pun jenuh cari tarikh yang kosong. Fully booked tiap minggu kat KDH Villa ni weiii..

JOM TENGOK KDH VILLA

So ada apa kat KDH Villa ni?Let's tour..

kdh villa,homestay besar di selangor

Dari pandangan hadapan KDH Villa. Rumah ni 3 tingkat..
Nak parking kereta pun luas kat depan rumah ni jadi tak risau...

TINGKAT 1 

kdh villa,homestay besar di selangor

Ruangan makan utama.. 
Masa ni baru masuk so minum petang dulu yang mana sampai awal..

kdh villa,homestay besar di selangor

Lepas minum petang, eh ada pula ping pong table ni..Se round dulu..

kdh villa,homestay besar di selangor

Snooker pula...

kdh villa,homestay besar di selangor

Bilik orang gaji kata bff mama yang ikut sekali dalam trip family day kitaorang ni. Hehe. Idak lah bilik orang gaji cuma kedudukan bilik ni kat belah luar, terasing..Itu yang bff mama cakap bilik orang gaji..hehe. Bilik ni depan dengan kolam renang...

kdh villa,homestay besar di selangor

Ruang tamu..Besor giler, hokay..Nampak dalam gambar macam kecil tapi tak..Besorrr..

TINGKAT 2

Kat tingkat 2 ada 2 bilik & satu lagi ruang depan dengan bilik ada katil-katil..Jadi boleh tidur ramai-ramai kat sini..Tengok gambar yang kedua bawah ni..

kdh villa,homestay besar di selangor

Ni bilik utama di tingkat 2..

kdh villa,homestay besar di selangor

Bilik kedua kat tingkat 2..


kdh villa,homestay besar di selangor

Ni katil-katil yang ada kat tingkat 2..Berdepan dengan bilik utama..So kat sini boleh tidur ramai-ramai 1 family..

kdh villa,homestay besar di selangor

Bilik air kat tingkat 2..Kongsi beramai-ramai..

TINGKAT 1 - BILIK
kdh villa,homestay besar di selangor

Koridor tingkat 1 on the way ke bilik-bilik yang berada di tingkat 1..Kelebihan tingkat 1 ni, setiap bilik ada bilik air masing-masing..

Bilik pertama - berkunci..Tak boleh guna..

kdh villa,homestay besar di selangor

Bilik kedua..Bilik ni k.fiezz & mr hubby pilih sebab mengadap kolam renang. Buka je langsir terus nampak kolam renang...

kdh villa,homestay besar di selangor

Bilik ketiga

kdh villa,homestay besar di selangor

Bilik keempat..Paling besar.. Boleh tidur beramai-ramai dalam ni sebab ada 2 katil queen size bed, 2 single bed 

DAPUR

kdh villa,homestay besar di selangor

Meja makan kat bahagian dapur..

kdh villa,homestay besar di selangor

Ruangan tv..Yang ni dekat dengan dapur, meja makan utama, kolam renang, meja ping pong, snooker..

kdh villa,homestay besar di selangor

Dapur basah

kdh villa,homestay besar di selangor

Ada peti ais juga..

kdh villa,homestay besar di selangor

Kolam renang..Besar & luas..Puas hati berenang..Ecece..macam k.fiezz mandi je kat kolam renang ni. Padahal duk tepi ambil gambor..haha...


TINGKAT BAWAH

kdh villa,homestay besar di selangor

Bilik karaoke..Yang ni kat tingkat bawah...Lagu macam-macam..Pilih je nak lagu apa...
Bilik ni besar, siap dengan air cond, sofa..Rileks & nyanyi je..
Tapi karaoke ni kena bayar asing - RM250 untuk 5 jam..

Tadi cakap KDH Villa ni 3 tingkat..Tapi k.fiezz cerita tingkat bawah, 1 & 2 saja. Sebabnya tingkat 3 tak dibuka untuk penginapan..

Sehari lepas kitaorang check out, dapat info KDH Villa ni dalam proses pengubahsuaian. Jadi dalam & luar rumah mungkin akan berbeza dari yang k.fiezz share atas ni.

BERAPA SEWA KDH VILLA?


Rumah besor ni berap sewa dia, k.fiezz?Total untuk 3 hari 2 malam menginap kat sini RM3,800..Berpatutan & berbaloi dengan keluasan rumah ni. Sangat selesa cuma penat jalan dalam rumah sebab besor sangat..Masing-masing lepas habis family day ni mengadu sakit kaki. haha..


MAKAN MACAMANA?


Nak masak boleh je, kelengkapan dapur siap semua ada. Cuma part air Coway je, k.fiezz agak tak puas hati sikit. Mesin dia rosak ke apa tak pasti, sebab tiap kali nak ambil air, samaada keluar sikit & kecil atau  tak ada air langsung..Ada dengar cerita dari akak ipar, mesin Coway kat sini dah habis kontrak.  Faham lah dah habis servis ni memang tak berapa berjaga lerrr. Jadi nak ke sini, kena standby beli air mineral banyak ataupun masak air. Cerek elektrik ada..eh tapi KDH Villa ni tengah dalam proses renovation, mungkin ada penambahbaikan kat mesin Coway tu..Tak pasti..Wait & see...

Part masak pula, macam kitaorang haritu cuti masak. Kitaorang dah siap ambil katering dari luar. Jadi tiap kali makan orang katering hantar on time..Untuk order katering ni, ambil dengan kawan akak ipar. Makan 4x sehari..Memang makan je lah keja kitaorang masa menginap kat KDH Villa ni..hehe..


Jadi kalau korang yang mencari homestay besar di Selangor untuk buat apa-apa majlis macam family gathering boleh cuba ke sini. Kitaorang dah survey KDH Villa ni antara homestay besar di Selangor dengan harga berpatutan berbanding tempat lain. Untuk tahun depan family day, kitaorang dah booked kat sini juga..hehe..

Rekomen tak kat sini?

Sangat rekomen..Besar, ada fasiliti tambahan..So extra bonus di situ..

Cuma hati-hati sikit kat sini..Ada monyet..Hari ahad sebelum check out, sampah-sampah dah memang kat luar rumah..Habis kena kerja dengan monyet..Aihhh..extra job kat penjaga rumah tu nak bersihkan sampah-sampah yang bersepah..Penjaga kat situ pun masa kitaorang masuk tak beritahu yang plastik sampah jangan letak kat luar sebab ada monyet..Tak apa lah mungkin dia pun terlupa..So take note, menginap kat sini sampah-sampah letak lah dulu kat bahagian dapur basah tu..Ikat elok-elok supaya tak berbau. Time nak check out baru letak kat luar atau tanya lah pada penjaga rumah kat mana nak letak sampah-sampah supaya tak kena kerja dengan monyet-monyet..Bahagian luar dapur tu memang ada tong sampah disediakan cuma kalau banyak sangat sampah macam kitaorang haritu, memang tak boleh letak kat situ..Silap kitaorang juga lah sebab tak menanya...

Overall penginapan kat KDH Villa ni best..Santai, selesa, cantik & kemas..Kelengkapan lengkap dengan fasiliti tambahan..Semua bawah 1 bumbung..Tak payah nak keluar..Just have fun with family...

Apa aktiviti kitaorang buat kat sini?Nanti k.fiezz sambung next entry, hokay...


FAMILY DAY IS FUN DAY...

4 Comments

  1. klu rumah besar cenggini tak terduduk rasanya..hihi

    ReplyDelete
  2. Besar dan selesa sis.. Berbaloi dgn harganya.. ;)

    ReplyDelete
  3. Bagus juga pengurusan KDH Villa boleh beri penangguhan untuk tarikh lain. Selalu kalau dah tempah, tidak boleh ubah tarikh walaupun ada sebab.
    Memang harga berpatutan. Kawasan besar. Macam-macam aktiviti boleh buat.
    Mungkin tahun depan rupa KDH Villa sudah lain. Boleh banding apa fasililiti baru ditawarkan.

    ReplyDelete